Untuk apa? ala untuk menggediks gediks santai ngan adik beradik aku pada majlis tunang nanti lah!. hihhi... oh ya bila? haaa... majlis tunang yang dirancang pada 12
dis 15 nanti. memang teruj! macam macam gambar aku jumpa kat youtube
and website dan aku snap pic beberapa mini pelamin yang aku yakin aku
boleh buat sendiri.
![]() |
ini antara yang menangkap mata fikiran aku. ia cantik, minimalis, lembut, utuh dan nampak macam jimat. bunga bunga tu aku bleh sewa je nanti kan |
![]() |
yang ini kombinasi pastel color yang sangat menyentuh jiwa. aku duk bayang diri sendiri berpakaian merah terang golek golek kat celah celah color pastel tu. humangaih!! lawa.... krikkk kriiikkk |
ha yg ni aku suka sebab sure murah dan boleh didapati dalam umah mak aku je. like tapak tilam tu blh pakai tilam baby adik aku hahahahah |
![]() |
yang ini comel dan simple. konsep jurai jurai tu aku nak tiru nanti |
![]() |
yang ni the best design. nampak elegen. sure mahal tapi aku rasa aku blh tiru dengan jayanya |
![]() |
yg ini kombination semua yang aku nak kat atas tadi. ada pastel, ada jurai jurai, ada jambakan bunga dan adalampu serta sentuhan elegen. tapi atas lebih simple dan moden kan? |
soal kos, itu belakang kira. nanti dah pilih pelamin mana yang berkenan di hati barulah kira kos.. hihi... time google tu ada juga aku terlintas macam mana nak pasang langsir tu nanti. mana nak cari palang besi tu? mana nak beli bunga besau besau tu? time tu lah teringat nak sewa je bunga bunga tu nanti kat mana mana kedai kawen berhampiran. mesti ada kan? bantal-bantal ngan pentas kecil ala aku songlap lah kat mana mana umah kawan ke kan hahahahah... kata sayang...
hihihi
nak tenguk yang mana? nantilah... dah deko baru aku update gambar ya...
dalam
hati ini tak ada yang lebih aku niatkan selain nak tenguk wajah yang
tersayang tersenyum saat dia dan keluarga melangkah masuk dalam rumah
selepas upacara merisik dan bertunang nanti. aku nak dia happy... dia
bangga dan dia gembira di hari bahagianya. bukan untuk diri aku
semata-mata.aku nak dia rasa bertuah dan gembiranya menjadi bakal tunanganku... huhu ni dah start nak terbang ke awan neh.. cet
ala mini pelamin tu just nak buat latar masa sarung cincin dan bergambar je kan. apa pun tetap nak yang terbaik di mata yang tersayang dan keluarganya. apa yang penting aku kena ikut pesan dia, untuk cut cost.... jimat... jangan belanja sembarangan, tanya dia dulu. jangan pandai pandai... hihihhi.... dia pesan macam tu sebab dia tahu bakal bini dia ni boros tahap gaban.. woootttt woootttt....
lepas ni aku nak google deko hantaran pulak.... nampak tak keterujaan aku kat situ? huhu ...
XOXO...
doakanlah ya
--
Thank you & best regards,
Lala
Lala