Rabu, 29 April 2015

setiap hari di FB inbox message...

Stranger : Assalam boleh berkenalan? Lebih serius? (kadang-kadang ayat lain. korang pepaham je la sendiri)

Saya: Wsalam. Ramai minta. Pening nak pilih... 


ooo gelak eh? tu la kalau saya cerita korang tak nak percaya.... k bye!


Hahaha... itulah yang berlaku dalam FB inbox saya hari-hari. kalau tidak dilayan manusia ini sampai ke tahap memaki. Jadi saya ambil jalan tengah, ada yang saya layan ada yang saya biarkan... layanan saya pula akan dimulakan dengan jawapan jawapan yang annoying macam tu. 

tujuan saya cuma satu, saya nak buat orang yang PM saya tu rasa meluat, menyampah, ngeri dan seterusnya meninggalkan conversation kitorang tu atau terdiam terus lalu block dan unfrend saya.. muahahaha ... maka say apun selamat tak diganggu atau dimaki hamun lagi...

Betul. Kekadang sifat riak tu buat ornag benci. ngeh ngeh ngeh... tpai mana yang degil dia akan teruskan perbualan. ha yang tu saya suka. memang saya suka jenis yang degil degil ni sebab seangkatan je dengan saya... (kadang-kadang je saya degil hokey!")

by the way hidup ini macam macam kan...

Hujang turun mencurah... kemudian berhenti.... unggas berterbangan... dimakan cicak... cicak dimakan burung.. burung terperangkap jaring... manusia rebut... dan akhirnya semua mati... kitaran yang berulang-ulang tak pernah padam sampai sangkakala bertiup nanti. yang tinggal gersang dan gurun tandus... alam berputar dari satu generasi ke generasi....banyak cara hidup dan banyak juga cara kematian... salam perkenalan semua...


Jumaat, 24 April 2015

Lelaki kalau dah bodoh...

Pengalaman masa buat laporan kat satu tempat rahsia dengan beberapa orang yang rahsia...
Masa ni saya menyamar jadi orang lain kat tempat lain...
hihi... pening ke? leks lu...

Lelaki: Nak nombor telefon awak boleh? (fakta: dia tak kenal saya dan dia tak tahu saya sedang bertugas)

Saya: Ermmm... hihi... tak boleh. ok bye. (saya bangun dna duduk tempat lain)

Lelaki tu tak berputus asa dan datang semula duduk sebelah saya. Kali ni lebih rapat dan tanya lagi...

Lelaki: Saya bukan apa. Mana tahu akan datang kita boleh jumpa dan kenal-kenal...

Saya: Tapi saya tak nak kenal. Lagi pun saya tak join dah group-group awak lepas ni. Ok bye... (saya bangun lagi) betul-betulkan pakaian dan tukar tempat duduk lain. Tudung saya dah nak serabai pun sebab saya kalau lemas memang mudah mempamerkan kerimasan pada manusia lain)

Lelaki, tak tahu malu tu, dia mai lagi dan rapatkan muka ke telinga saya.

Lelaki: Saya tak ajak pun awak join lepas ni. Saya cuma nak nombor telefon awak je... Perempuan kalau dak seksi tutup macam mana pun dia nampak seksi juga...

Eh, eh... memang nak kena hamun anak saitan ni. Masa tu saya dah hilang sabar. Menggunakan kuasa power rangers tahap infiniti, saya pusing dan balas balik...

"Lelaki kalau dah bodoh, pakai macam mana smart pun tetap nampak bodoh!" Saya ambil beg tangan dan balik...


Rabu, 22 April 2015

Kisah mama dan Aisyah...

Sekadar nak kongsi kisah ini….

Sejahat-jahat mana pun manusia, apabila dah ada anak-anak sebagai amanah ALLAH yang dipertanggungjawabkan, kita tetap nak didik yang terbaik dan mahu mereka jadi soleh / solehah bukan?

Begitulah aku...

Kadangkala aku menangis tengok wajah-wajah mulus dan polos anak-anak ketika tidur. Seorang berumur tujuh tahun... seorang lagi lima tahun...

Menangis sebab ‘Terpukul’ diorang tu satu hal, tapi menangis sebab aku tak tahu macam mana nak jaga dan macam mana nak didik diorang menjadi orang berguna, mengamalkan agama dan taat pada perintahNYA, serta tidak mengejar dunia pada zaman duniawi ini.

Ha... aku nangis sebab aku bukan orang yang banyak ilmu macam orang lain. Aku kurang sabar. Kurang ilmu, kurang warak, kurang segala-galanya... tapi terpaksa tempuh waktu-waktu sebegini sorang-sorang...

Aku takut kalau diorang membesar tanpa ilmu yang akhirnya membawa diorang kepada jalan dunia semata-mata, tanpa bekalan cukup untuk ke akhirat yang nyata lebih kekal abadi. Sedangkan aku sendiri tercari-cari...

Terasa beratnya tanggungjawab menjaga anak-anak. Balik kerja kita penat. Kita memasak. Kita basuh pakaian. Kita angkat jemuran dan lipat pakaian. Siap memasak kita suapkan mereka makanan.  Lepas tu pantau kerja sekolah... kemaskan kerja seni yang dia tak siap masa kat sekolah... ajar mengaji... iron baju... kemas beg sekolah... buat susu... prepare untuk tidur... sesi menghafal surah lazim...

Ya Tuhan... ampuhnya hati aku kadang-kadang... hilang masa untuk diri sendiri. Tahu-tahu dah tertidur sama.

Bila gagal kawal perasaan... aku marah... aku menangis dan aku tak endahkan diorang.

Apalah sangat akal yang diorang ada selain nak main, nak gelak, nak nangis, nak usik-usik dan bergaduh. Abang buli adik, adik buli abang... bingit... tengah ajar mengaji pun sempat jugak diorang bergaduh... haishhh...

..........................

Teringat perbualan aku dengan Aisyah (lima tahun) masa dalam perjalanan nak hantar dia ke rumah pengasuh.

Waktu tu jam 7.30 pagi. Baru lepas hantar abang Iman (tujuh tahun) ke sekolah.
Sememangnya waktu pagi; iaitu waktu perjalanan hantar anak-anak baik ke sekolah mahu pun ke rumah pengasuhlah menjadi ruang dan kesempatan terbaik yang aku gunakan untuk bersembang dengan anak-anak.

Selalunya setiap kali aku berpesan kepada abang Iman, Aisyah akan diam saja kat seat belakang sambil nyonyot botol susu dia tu. Tapi tak tahu entah angin apa yang merasuk dia, hari itu dia kerap menyampuk...

“Kalau mama lambat jemput, ingat pesan mama, abang tunggu sahaja dalam sekolah ya. Jangan lari-lari kawasan parkir, nanti cikgu undur kereta tak nampak abang, sebab abang kecil lagi...”

“Okey mama...” Jawab Iman

"Yelah mama..." Aisyah mencelah...

“Sebelum masuk kelas baca doa ya. Minta pada ALLAH supaya abang faham apa yang abang belajar hari ini. Balik nanti boleh share dengan mama.”

“Okey mama...” jawab Iman.

"Ha betul tu. Nanti ajarlah adik pulak..." Aisyah menyampuk lagi.

“Kalau dengar cakap mama dan cakap cikgu nanti ALLAH sayang... dengan kawan pun kena berbaik-baik. Kalau kawan main kasar-kasar cakap dengan kawan abang tak nak main dah.”

“Okey...”

Kali ni Aisyah diam...

Lepas abang confirm melepasi pintu pagar, aku tekan pedal minyak dan teruskan perjalanan sambil intai Aisyah dari cermin pandang belakang.

Si kecil tu diam tak berkutik. Puting masih dalam mulut. Lagak dia macam boss yang tengah berkhayal entah fasal apa.

“Adik!” Seru aku. Dia berdiri di tengah-tengah antara dua kerusi hadapan. Tiba-tiba dia bersuara.

“Mama ni asyik cakap fasal ALLAH je. ALLAH sayang ALLAH sayang... mananya ALLAH tu? Ada ke? Hah takde pun! Takde pun!”

Dia pusing-pusing kepala buat lagak macam tengah
cari ALLAH.

Haishhh... serta-merta aku tekan break kereta. Aku park tepi jalan then aku duduk dengan posisi pandang ke belakang menghadap dia. Nak ku ketuk kepalanya terasa kasihan tapi memang rasa marah datang mendadak. Aku cari idea. Budak lima tahun ni kena bagi faham macam mana ya?

Lepas tu aku dapat idea! Ni semua idea dalam buku ke internet entah aku tak ingat mana aku baca. Terus ku picit hidung Aisyah sambil cakap,

“Ha boleh bernafas tak? Boleh bernafas tak?”

Dia mengeliat.... sambil tepis tangan aku. Tak lama aku picit tapi cukup la buat dia tercungap-cungap dan terkejut dengan perbuatan aku. Bulat mata dia pandang aku. Air mata dah bergenang kat kelopak. Sikit je lagi nak berderai.

“Mama tutup hidung adik macam mana nak bernafas?!” Aisyah bersuara tinggi. marah betul dia dengan aku...

“Ha tau pun! Adik bernafas dengan apa?

“Dengan udaralah!” Time ni Aisyah masih main kasar. Kening dia berkerut pandang aku.
“Ye ke? Mana udara? Mana? Mana? Mama tak nampak pun...”

Aisyah diam...
Air matanya jatuh...

Aku tarik kepala Aisyah aku rapatkan ke dada aku. Aku cium ubun-ubun dia. Mak aku pesan baca Fatihah dan tiup ubun-ubun anak masa tidur. Ha aku selalu buat macam tu supaya dia dengar kata. Menjadi atau tidak aku tawakal je.

Aisyah menangis tapi tak bersuara. Aku tahu dia ketakutan tapi sikap Aisyah ni kental. Aku faham sangat...

“Mama tak suka adik cakap macam tu. ALLAH tu ada. Sama lah macam udara. Kalau adik tanya mama, mama tak tahu macam mana nak jawab. Tapi macam mana adik rasa udara tu ada... macam tu lah ALLAH ada. ALLAH yang ciptakan kita...” aku nasihat dia.

Tak tahulah perumpamaan aku boleh difahami atau tidak. Rasa macam bercakap dengan orang dewasa. Tapi jawapan Aisyah selepas itu buat aku pula yang nak menangis.
“Okey mama. Adik minta maaf...”

Dan aku sambung pandu kereta...

:( :( 


Isnin, 13 April 2015

POST MORTERM DIRI SAYA TAHUN LEPAS

POST MORTERM DIRI SAYA TAHUN LEPAS

PENCAPAIAN 2014

- ada banyak yang kurang dalam kehidupan dan pencapaian saya pada tahun 2014. apapun sedikit yang boleh dikategorikan sebagai PENCAPAIAN seperti berikut:-

- saya masih duduk di rumah yang dibeli pada 2013 :P konon-konon nak pindah selepas setahun duduk. Hehe, boleh kategori sebagai pencapaian ke? gasaklah...

- mencapai target gaji yang saya nak sebelum berusia 30 tahun (2015) huhu 

- keluar dari penderitaan hati yang panjang... ni fasal apa? biar hanya ALLAH yang tahu

- Mendapat kawan yang diberi nama BONEKIANs


KEGAGALAN 2014

- aduhai banyaknya kegagalan 2014

- gagal mangurus kewangan dengan baik
- gagal buat buku/novel pertama
- menutup syarikat dengan menjual shares pada harga rendah sob..sob.... :( bukan rezeki saya mungkin.
- gagal membaca semua buku-buku yang saya beli konon untuk mempertingkatkan diction dan pengetahuan diri (sebahagiannya masih ada dalam almari buku saya dengan pembalut plastik!)
- liabiliti melebihi aset...
- gagal tamatkan pelajaran tahun 2014... banyak paper saya drop sebab kekangan waktu dan akhirnya ada baki beberapa paper lagi yang kena forward ke 2015 :P 

PERANCANGAN 2015

- Saya nak bercuti ke luar negara sebanyak empat kali sepanjang 2015 (huhu tingginya cita-cita). apapun dua negara dah lepas awal tahun ini iaitu Krabi Island, Thailand pada Januari dan Bali Indonesia pada  28 Mac lalu.

- Saya nak buat buku / novel untuk menjana pendapatan tambahan

- mengurangkan liabiliti dalam usaha mengukuhkan ekonomi keluarga

- memberikan perhatian yang lebih mengenai pendidikan dan aktiviti persekolahan  anak-anak
(untuk ini langkah pertama saya sudah maju menjadi salah seorang anggota PIBG sekolah.. uiksss...padahal anak dajah satu je pun... tak kisahla kan asalkan saya tidak ketinggalan mengenai aturcara sekolah. secara tak langsung saya dapat beri yang terbaik untuk anak)

- memberhentikan sikap boros!!! oh Tuhan... :( saya sedih mengenangkan hal ini. ke mana hati nak kubawa bila diri dibanjiri tekanan... shopping mall...) jahat sungguh

OK cukup dulu setakat ini... sayonara kenangan...

--
Thank you & best regards,
Lala