Jumaat, 24 Januari 2020

CINTA ADALAH APABILA KAU BIMBANGKANNYA

Hari ini...
22 Jan... aku mula sedar bahawa kenangan yang manis itu tetaplah seketika... pada akhirnya kita tetap akan bersendirian...
.
Dulu aku tak pernah sukakannya. Aku elak bertemu dia dan aku layan dia biasa biasa saja. Entah bila aku jatuh sayang pun aku tak tahu...
Sedar sedar hati aku mudah sakit bila dia mengelak daripada berjumpa aku... betulkah cinta? Atau kerana aku sekadar suka dengan sikap ambil berat dia...
.
Ya
Perempuan memang mudah perasan
Orang baik... orang ambil berat... orang bagi ayat manis..  dah syok sendiri. Lepas tu makan hati. Itulah aku. Perempuan.
Anehnya bila ada yang datang dan luahkan perasaan aku geli pula... hmmm...
.
Hari ini aku betul betul menangis kerana rindukan dia. Rindu sangat2. Rindu saat saat kami bersama. Rindu ketika dia sanggup tunggu aku bersiap lama lama... rindu ketika dia sanggup menghabiskan masa yang panjang untuk aku. Rindu ketika dia memberikan bahunya untuk aku berpaut dari jatuh. Meskipun pada akhir aku tahu rupanya kesanggupan itu bukan kerana cinta, aku redha...
.
Dan aku berdoa
Ya ALLAH
Andai tidak kau takdirkan dia mengasihi dan mencintai aku... kau takdirkanlah hati aku membenci dan melupakan dia...
Cabutlah dia dari ingatan...
Tariklah segala rasa kasih dan sayangku terhadapnya...
.
Cinta adalah apabila kau mula bimbangkan seseorang melebihi kebimbangan terhadap dirimu sendiri. Maka hentikanlah kebimbangan itu Ya TUHANKU...
Ya RABB yang memiliki segenap hati di dunia ini.. perkenankanlah Ya ALLAH... kasihani aku... Aamiin

Sabtu, 28 Disember 2019

SAM GLOBAL RESOURCES bimbing 250 usahawan aiskrim

KUANTAN, 28 Disember 2019 – Seramai 250 usahawan baharu telah dibimbing menerusi program keusahawanan aiskrim HALAL berasaskan durian “The Ice Cream Protege Programme” (TICPP) dan Ejen SAM 8005.

Ketua Pegawai Eksekutif SAM Global Resources, Mohd Hisham Zamri atau dikenali sebagai Sifu Sham berkata, bakal usahawan yang dikenali sebagai protégé yang telah menyertai TICPP diajar menguasai kepakaran menghasilkan aiskrim, ilmu kewangan, pemasaran, pengurusan bisnes, sumber manusia, penjenamaan dan juga cara mencapai standard industri.

Menurutnya, program ini merupakan inisiatif SAM Global Resources yang merupakan pemain utama industri dalam pembuatan aiskrim halal keluaran Bumiputera berpusat di Kuantan, sejak 15 tahun lalu.





“Lebih 15 tahun kami berkecimpung dengan dunia pembuatan aiskrim, bermula kaedah manual kepada mesin, maka tiba masanya ilmu yang dikumpul dicurahkan kepada mereka yang berminat untuk menambah dan menjana pendapatan.

“Apa yang lebih utama adalah penekanan aspek persijilan halal dan usahawan dibimbing menjana pendapatan sehingga empat angka meskipun bermula dengan modal yang sangat rendah.

“Pakej latihan dan bimbingan yang berstruktur disediakan kepada mereka bagi membantu mereka mengedar dan menjual Popsicle keluaran kami” katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Ejen SAM 8005, Produk Baharu Berasaskan Durian dan Kafe Dooyan oleh SAM Global Resources di Kompleks Dagangan Mahkota Indera Mahkota di sini, hari ini.

Beliau berkata, protégé TICCP berpeluang mengedar dan menjual popsikel keluaran mereka sendiri manakala pelancaran Ejen SAM 8005 pula bertujuan untuk membuka peluang kepada mereka yang tidak mampu menyertai program protégé. Mereka boleh ambil produk dan edar dari ibu pejabat.

Pada 2010 SAM Global Resources telah melahirkan lebih 500 usahawan aiskrim menerusi program Mentor Mentee yang kemudian dinamakan Saudagar Aiskrim Malaysia.

Hadir sama selaku perasmi majlis ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah.

Menurutnya, produk baharu berasaskan durian oleh SAM Global Resources ialah Popsicle Durian Musang King yang akan diedarkan melalui Ejen SAM8005 yang mana mereka akan berada di lokasi- lokasi tumpuan ramai sekitar Kuantan.

Selain popsicle Durian Musang King, SAM Global Resources juga menghasilkan produk aiskrim lain antaranya soft ice cream dan hard ice cream berasaskan Durian Musang King yang mana orang ramai boleh menikmatinya di Kafe Dooyan yang akan dibuka dengan tagline “The Premium Durian Ice Cream Café”.

Untuk rekod, Kafe Dooyan boleh dikatakan sebagai kafe pertama yang menjual produk berasaskan durian halal berstatus bumiputera di Pantai Timur umumnya dan di Pahang, khasnya.

TAMAT-


Jumaat, 27 Disember 2019

KEMPEN KESEDARAN THAILAND

HATYAI, Thailand - Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla melancarkan Kempen Kesedaran mengandungi lima peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi pelancong Malaysia yang ingin memasuki negara jiran itu, semalam.

Kesemua peraturan dan undang-undang itu membabitkan penunggang motosikal dan pemandu kenderaan Malaysia yang bertujuan bagi mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan termasuk dipenjara di negara ini.

Lima perkara itu ialah tidak merokok di 26 kawasan pantai popular yang ditetapkan; tidak menghisap rokok elektronik atau vape; tidak menggunakan walkie-talkie yang tidak berdaftar; mendaftarkan kenderaan yang dibawa masuk dan membeli insurans perlindungan kenderaan.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Afandi Abu Bakar berkata, kelima-lima peraturan dan undang-undang itu penting dipatuhi kerana masih ramai rakyat Malaysia tidak menyedari perkara tersebut.

“Bagi yang sudah biasa memasuki Thailand dengan kenderaan, boleh jadi mereka mengetahui tentang perkara ini, tetapi mungkin tidak bagi yang baharu (memasuki Thailand).

“Ini terbukti dalam kes baru-baru ini (Januari lalu), seorang rakyat Malaysia dipenjara kerana melakukan kesalahan membawa walkie-talkie dan malangnya dia tidak tahu tentang peraturan itu.

“Justeru pihak konsulat mengambil langkah proaktif untuk melancarkan kempen kesedaran ini untuk disebarkan ke platform media dan laman sosial,” katanya selepas melancarkan Kempen Kesedaran dan Kongsi anjuran Persatuan Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia-Thailand (Maltha) dengan kerjasama Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla dan Thaksin University di sebuah hotel di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Gabenor Songkhla, Rachit Sudpoom dan Presiden Maltha, Soontorn Noiboonma.

Dalam pada itu, Mohd. Afandi berkata, terdapat beberapa kes yang ditangani Pejabat Konsul Malaysia di sini, kerana melanggar lima peraturan dan undang-undang yang ditetapkan berkenaan, namun jumlahnya tidaklah membimbangkan.

“Kita (konsul) mengambil langkah pencegahan awal bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang ditahan atas kesalahan undang-undang di negara ini.

“Ada antara peraturan itu masih baharu iaitu larangan merokok di kawasan pantai (popular) termasuk Pantai Samila di sini yang banyak dikunjungi rakyat Malaysia, yang dikuatkuasakan pada 2017,” katanya.

5 Kesalahan �memasuki

Thailand

l Menghisap rokok elektronik atau vape - Penjara tidak lebih 10 tahun atau denda THB500,000 (RM64,000).

l Tidak mendaftarkan kenderaan yang dibawa masuk - Penjara tidak lebih 10 tahun atau denda empat kali ganda nilai kenderaan atau kedua-duanya dan kenderaan dirampas.

l Menggunakan walkie-talkie - Penjara tidak lebih lima tahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya.

l Membeli insurans perlindungan kenderaan (digalakkan)

l Merokok di pantai popular - Penjara tidak lebih setahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya.

Rabu, 25 Disember 2019

HI TEA HIKER SEMPENA ULANGTAHUN ROH


Kalau korang suka hiking, pasti korang akan faham dan rasa manisnya persahabatan... di sana kau kenal erti lawan dan kawan, siapa selfish, siapa rider, siapa gile, siapa pusher, siapa yang boleh beri kau semangat sampai berjaya...
.
Macam yang team Reacreation Outdoor Hikers ni tunjukkan. Me first time join kumpulan ni masa trip naik Bukit Kutu. Dan persahabatan berterusan sehingga menemukan semua klien klien ROH di bawah satu pertemuan Ulang Tahun Pertama ROH di Pantan Kempadang.
.
Bertemakan Hawaii, semua para pendaki ROH bersuai kenal dan dihiburkan dengan pelbagai acara seperti sukaneka, cabutan bertuah, karaoke dan lepak santai... Terima kasih Wan dan Aleef yang bawa saya ke grup ni. Uols semua memang best. tak sempat sapa semua tapi harap ukhwah kita terjalin selamanya ya. salam sayang ~ Lala (sinar harian / timurdaily.com / youtube freeandeasychannel )
enjoy those photos....




























Jumaat, 20 Disember 2019

8 INFO MENARIK TENTANG TERENGGANU!

Hi guyss! ini senarai LAPAN TENTANG TERENGGANU!

8 lokasi rare
- kampung jambu bongkok
- kampung mangkuk
- perkampungan pertukangan kg.raja
- kampung pasir raja (homestay)
- sand bris dungun
- kampung batu puteh marang
- kampung seberang takir
- kampung nelayan rhusila

8 pelancongan Kenyir
- casting/memancing toman
- lawatan ikan kelah santuari
- perkampungan gajah
- kenyir island hopping
- air terjun kenyir
- gua bewah kenyir
- houseboat kenyir
- taman herba & orkid

8 bukit
- bukit maras
- bukit jong
- bukit besar
- bukit keluang
- bukit bauk
- bukit harimau menangis
- bukit puteri
- bukit batu singa

8 pulau
- pulau perhentian
- pulau redang
- pulau kapas
- pulau lang tengah
- pulau tenggol
- pulau rhu
- pulau bidong
- pulau kekabu, marang

8 masjid
- masjid kristal tti
- masjid terapung p.perhentian
- masjid kayu ulul albab
- masjid tembila tmn ilmu
- masjid 8 kubah
- masjid terapung kuala ibai
- masjid raja chendering
- masjid terapung seberang takir (new)

8 pantai pelancongan
- pantai batu buruk
- pantai tok kiter chendering
- pantai bukit keluang
- pantai mok nik kemaman
- pantai teluk lipat
- pantai batu pelanduk
- pantai teluk ketapang
- pantai rhu 10/penarik

8 lokasi pelancongan
- kampung cina/chinatown
- pasar payang 2 / pesisir payang
- terengganu drawbridge
- muzium terengganu
- taman tamadun islam
- kampung keropok lekor losong
- uptown kontena
- warisan sari gamelan
- bot penambang river cruise

8 pelancongan warisan
- terrapuri heritage house of terengganu
- warisan pahlawan
- batu bersurat
- makam haul tokku pulau manis
- noor arfa batik
- wanisma craft tangan tembaga
- muzium dungun
- muzium bukit besi (new)

8 gunung terengganu
- gunung CBL
- gunung sarut
- gunung tebu
- gunung lawit
- gunung padang
- gunung gagau
- gunung gajah terom
- gunung mandi angin

8 makanan terengganu
- satar ikan
- keropok lekor
- ikan/sotong celup tepung
- nasi kerabu
- nasi dagang terengganu
- nasi minyak terengganu
- nasi lemak ikan
- nasi kukus gulai kawah

8 media terengganu
- amazing terengganu
- discovery terengganu
- ohmyganung
- orangkite
- jalan jalan terengganu
- visit beautiful terengganu
- experience terengganu
- kuterer

8 influencer terengganu
- kak tun (makan makan)
- mat dan (wakil tourism)
- naquib (lagu terengganu)
- kuda putih (bomba ular viral)
- dr.sam (mb terengganu)
- ustaz azhar idrus (semua kenal)
- azizul hasni awang (rocketman)
- mat said (mantan mb) 😅


INFO Perkongsian instagram :
Amazing Terengganu
www.instagram.com/amazingterengganu

#amazingterengganu
#terengganu #visitmalaysia2020
#vm2020 #visitbeautifulterengganu
#tourismmalaysia

8 LOKASI PELANCONGAN KELANTAN!

sempena Visit Kelantan 2020.

- gelanggang seni
- muzium istana jahar
- muzium istana batu
- perkampungan kraftangan
- muzium perang kerapu bank
- tambatan diraja/menara tinjau
- dataran merdeka
- pantai cahaya bulan
- pantai melawi
- pantai senok nami beach
- pantai sri tujuh
- pantai irama
- pantai mek mas
- pantai geting / perusahaan budu/ikan kering
- gunung stong
- stesen keretapi tumpat
- atap singhora bachok
- medan ilmu
- lorong palestin
- masjid ismaili
- masjid ar-rahman
- masjid muhammadi
- masjid beijing rantau panjang
- beca kelantan
- pertukangan keris
- wau puyuh
- batik dan songket asni
- festival wau antarabangsa
- kem baha/gunung stong
- bukit panau
- pasar siti khadijah
- bazar siti aisyah
- pasar siti fatimah
- raflesia terbesar lojing
- wayang kulit pak dain fusion
- dikir barat
- muzium islam

Semoga bermanafaat pada rakan2 kelantan utk mempromosikan vm2020 dan visitkelantan 2020.

😊

Perkongsian instagram : Amazing Kelantan

BERTUKARLAH KEPADA PILI CEKAP AIR ! JIMAT BIL

Well hari ni saya tugasan di Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang, menghadiri majlis penukaran pili percuma tajaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

SPAN telah menaja sejumlah 2,280 pili air konvensional di masjid utama dan rumah golongan B40 terpilih di negara ini, yang mana pili jenis konvensional sebelum ini akan ditukar kepada Pili Cekap Air.

Span memperuntukkan kos RM114,000 bagi tujuan tersebut yang akan memanfaatkan puluhan ribu rakyat Malaysia!

kalau korang nak tahu pili cekap air ni boleh jimatkan penggunaan air sehingga maksimum 70 peratus air tau.

ha macam mana tu? menurut Pengarah Kanan Bahagian Operasi Wilayah SPAN, Ir Mohd Jalaludin jika menggunakan pili biasa pengeluaran air bagi satu minit penggunaan ialah 8 hingga 10 liter tapi dengan Pili Cekap Air anda cuma guna 1.5 liter hingga 4 liter sahaja bagi tempoh sama! memang jimatlah kan?! confirm bil pun rendah lepas ni.





so korang sambutlah kempen penggunaan pili ni dengan mencari produk yang ada label Produk Cekap Air. Ade kategori 1 hingga 3 bintang. Nak lebih jimat pilih yang 3 bintang!.

SPAN juga dah kenalpasti lima produk berkaitan air yang telah dilabelkan di bawah Skim Pelabelan Produk Cekap air (SPPCA) iaitu telah diuji dan dilabelkan. Ada banyak jual di pasaran.

saya dah try pili tu serius air dia tetap laju dan puas, bezanya cuma banyak buih.

Laporan penuh boleh lihat di portal Sinar Harian.

SPAN juga telah menganjurkan seminar berkaitan SPPCA melibatkan penggiat industri di kawasan Perindustrian Gebeng dan Malaysia China Kuantan Industrial Park (MCKIP) berkenaan penggunaan produk cekap air bagi membantu mengatasi isu kekurangan bekalan air di kawasan itu, pagi tadi.


Tamat