Khamis, 25 April 2013

NOVEL I LOVE YOU AYAM! - BABAK: Nakal2 kat sekolah


HARI ni April Fool. Hanna mengenakan serkup hitam di seluruh kepalanya. Serkup hitam itu ditarik menutupi muka macam abang mesen rumput depan sekolah. Bezanya abang mesen rumput tu nampak mata, tapi Hanna tak. Selepas itu, Hanna menyarungkan telekung pula. Seram! Memang seram gila tenguk Hanna waktu itu. Sebijik macam hantu yang tak ada muka. Hanna menoleh ke cermin. Mak!!! Terkejut tengok bayangan sendiri dalam cermin. ‘Hehe... jaga kau Haslida. Tahun lepas kau takutkan aku ye... tahun ni aku takutkan kau pulak. Huhu...’

Hanna menoleh jam di tangan, pukul 12 malam. Masa ni masa terbaik untuk pergi mengacau kawan-kawan. Hanna mengenakan kain sarung pula. Di bilik bacaan itu hanya ada dia dan Siti Zanariah. Siti Zanariah hanya tersenyum melihat tingkah Hanna. Dia seorang ulat buku, tak hairanlah kalau dia masih menelaah pelajaran sehingga jam 1 sekali pun.

“Siti, kau seram tak tenguk aku pakai macam ni?”Soal Hanna.
“Ish seramlah. Tegak bulu roma aku ni. Tempat yang takde bulu roma pun dah tumbuh bulu. Mana kau dapat idea macam tu?”
“Hehee... kelakar lah kau ni. Dapat idea semalam. Secara tak sengaja serkup aku ni tertarik ke depan lepas solat isyak. Terus aku dapat idea nak cipta hantu macam ni...”
“Eh tapi ni hantu apa ye?”
“Entah, jerangkung kot. Aku mana pernah jumpa hantu...” jawab Hanna selamba. Tiba-tiba sahaja bulu roma Siti menjungkit. ‘Alamak! Macam ada anasir-anasir jahat je kat Tingkat 3 ni’.
“Siti aku dah nak keluar ni. Nak kacau Dorm 203. Dorm Haslida kat bangunan baru. Jom! Kau nak ikut?” pelawa Hanna, walaupun dia tahu jawapan Siti ‘tidak’.
“Eh boleh jugak. Tapi aku nak jalan dengan kau sampai Tingkat 1 je sebab aku nak masuk bilik. Rasa macam nak tidur awal je hari ni.” Jawab Siti menyembunyikan perasaan takutnya tadi. Hanna pelik. ‘Bukan ke minah misteri ni suka tidur jam 2 atau 3 pagi. Kenapa hari ni awal pulak? Ahhh... lantak kaulah Siti’.
Elok sahaja kepala Hanna menjengah ke luar pintu, seseorang di hadapan tiba-tiba  kejung melihat Hanna. Bibirnya terkunci rapat. Matanya bulat macam tertelan pensel.
“Assstttaaaghfirullahhalazim... al lazila ila hailla...huwalhayyulqoyyum...waatubu ilaih..” Mimi mengalunkan isghtighfar panjang. Tak sedar dia dah terkencing. Matanya masih gagal terkatup biar pun seluruh kudrat yang ada Mimi paksa untuk menutup mata. Mimi tak mahu tenguk hantu spesis takde muka yang berada di hadapannya kini.
“Mimi! Mimi! Ni aku lah Hanna!” Hanna dah terlambat waktu buat pengakuan itu pada Mimi sebab Mimi dah pun terlentang atas simen.
‘Aisehman! Macam mana aku boleh lupa yang aku tak tarik lagi serkup hitam aku ni. Aduh... patutnya dah sampai depan bilik Haslida baru aku sarung penuh muka. Tak pasal-pasal tersampuk kat kawan aku pulak. Siap terkencing dalam seluar lagi nih...waduh gi mana sih!’
“Mimi! Mimi!” Hanna menampar-nampar kecil wajah mimi yang biru tak berdarah. Walaupun Hanna dah buka telekungnya Mimi masih membatu diri.
“Agaknya Mimi dah masuk ke alam khayalan....” Ucap Siti.
“Jom angkat dia. Busuk gila ni. Makan apa lah kawan aku ni sampai kencing busuk!”
“Nak bawak ke mana Hanna?”
“Kita heret je ke bilik air...” jawab Hanna sambil membuka keseluruhan pakaian sembahyangnya. Takut terkena najis Mimi.
Dan Siti tidak membantah. Mereka mengheret Mimi menuju ke bilik air yang terletak di hujung bangunan aras tiga itu. Hanna tarik kaki sebelah kiri, Siti tarik kaki sebelah kanan. Nampak macam kejam tapi itu saja cara yang mereka boleh guna kerana Mimi berat macam anak badak air. Kelihatan air kencing Mimi membentuk garis-garis halus seperti lantai kena mop.
Sampai di bilik air, Hanna dan Siti membaringkan Mimi tepi kolah. Mata Mimi masih buntang ketika Siti menghalakan sebaldi air ke arahnya.
“Wat! Wait kejap! Kau gila ke nak simbah air sebaldi sambil mata dia terbuka. Kang buta pulak kawan baik aku nih. Kejap aku tutup mata dia dulu...” Serentak itu Hanna meraup muka Mimi sehingga mata kawannya itu tertutup rapat.
“Bismillah...” Ucap Siti lantas menjirus tubuh Mimi. Basah kuyup dengan seluruh pakaiannya. Mimi terloncat serta-merta.
“Sejuk....” ucap Mimi. Hanna ketawa. Siti juga.
“Hanna jangan ketawa... aku nampak hantu... hantu cina...” Kata Mimi tersekat-sekat. Masih ada rasa takut dalam hatinya yang tak dapat disembunyikan daripada Hanna dan Siti Zanariah.
“Hantu Cina?” Hanna menyebut perkataan itu tanpa mengeluarkan suaranya. Jari telunjuknya menunjuk diri sendiri sambil mata memandang Siti Zanariah. Seolah-olah pertanyaan itu ditujukan kepada Siti. Siti sudah menekup mulut. Baru tadi mereka rasa bahawa Hanna menyamar Hantu Jerangkung, kini Mimi menamakannya Hantu Cina pula. Siti masih mahu ketawa. Akibat gagal menahan, ketawa Siti terhambur juga. Baldi di tangan Siti tercampak ke tepi. Baldi itu bergolek-golek dan masuk ke dalam longkang.
Mimi memandang seluruh tubunya yang basah lencun. Hidungnya kembang kempis terhidukan sesuatu. Macam bau hancing je...
“Ke..kenapa korang ketawa? Kenapa korang jirus aku?” Soal Mimi kehairanan.
“Kau tu tidur mengigau sampai terkencing. Sebab tu kitorang bawak kau ke sini...” Hanna menipu.
“Iye ke? Tapi ni kat aras tiga. Kenapa pulak aku mengigau sampai ke sini?”
“Eh entah. Mana aku tahu. Kau mengigau naik bilik bacaan. Nasib baik aku dan Siti nampak. Lepas tu kau kencing depan pintu...”
Makaih! Mimi menekup muka. Malunye beb.
“Takpelah Mimi. Kau mandi dulu dan tukar kain basahan. Aku turun ke dorm kita and ambilkan baju kau,” beritahu Hanna.
“Okey okey. Thanks Na. Siti kau temankan aku ye. Aku takut sebab tadi aku mimpi nampak hantu cina...” Mimi yang masih kebingungan meminta simpati. Siti mengangguk.
Selesai mandi Mimi mengelap-ngelap rambutnya sambil berjalan menuju ke bilik bacaan. Dia ingin tahu di mana dia terkencing dan kenapa dia mengigau sampai ke bilik bacaan itu. Hanna dan Siti mengikutnya dari belakang. Sempat Hanna menunjukkan isyarat diam kepada Siti dan Siti juga begitu. ‘Kalau Mimi tahu aku yang sakat dia mampus aku...’
Di bilik bacaan, Mimi tidak terus masuk sebaliknya berdiri di depan pintu. Sisa-sisa najisnya masih ada di situ. Dia kemudian mencapai mop di hujung pintu dan mengelap sisa najisnya itu. Hanna dan Siti masuk ke bilik bacaan dan menuju ke meja masing-masing. Siti mengemas buku-buku yang dibacanya tadi. Hanna juga buat-buat kemas buku. Padahal langsung tak telaah apa-apa. Esok cuti. Sabtu dan April Fool.
Sedang Mimi terbongkok-bongkok menyusun selipar, dia terlihat segumpal kain di tepi pintu. Mimi menonggeng ke arah kain itu. Tangannya dihulur untuk mengangkat longgokan kain putih itu. Hanna yang melihat dari jauh dah merah padam mukanya. ‘Aduh... telekung aku!’
“Kau yang jadi hantu tadi ye Siti??” Di saat Mimi bercekak pinggang marahkan Siti, Hanna sudahpun tergolek dog ke bawah kerusi. Belum sempat kepalanya diangkat, bucu meja pula mengena hujung dahi. Dua kali terhantuk bucu. ‘Aduh... benjol bucu tangga hari tu pun belum baik lagi, tambah pulak benjol satu lagi’ Mimi dan Siti memusingkan badan.
“Hanna!” pantas Mimi berlari mendapatkan Hanna.
“Kau tak apa-apa ke beb? Kepala kau benjol. Besarnya!” Mimi menjerit kecil. Terkejut dengan bejol di kepala Hanna. Masa tu, Hanna nampak bintang bintang kecil di langit menari tarian zapin.
“Peningnya kepala aku beb.” Sambil picit kepalanya yang dah semakin pusing.
“Kau berangan apa tadi sampai terjatuh kerusi...” Mimi mengomel sambil membantu Hanna bangun.
“Tu lah, banyak sangat mengencing kawan... baik kau terus terang Na. Tuhan marah kat kau ni, sebab tu lah terhantuk...” Siti memerli. Di hujung bicaranya ada ketawa kecil. Namun, melihat benjol Hanna yang dua biji itu mengundang simpati Siti. Mimi mengerutkan dahi.
“Kencing apa ni? Aku tak faham...”
“Hehee...” Senyum macam kerang busuk, Hanna kembali duduk di kerusinya sambil tangan kanan menekan benjol baru.
“Aku tipu kau Mimi. Sebenarnya aku lah yang jadi hantu tadi. Aku nak takutkan Haslida kat bilik dia, tup tup kau yang menjengah dulu depan pintu.”
“Tak guna punya kawan!” serentak dengan itu kepala Hanna diketuk dengan buku.
“Aduh...” Hanna mengaduh untuk kesekian kalinya. Siti ketawa.
“Kau ni tak simpati kat aku langsung. Dah dua biji benjol atas dahi ni tau. Kau nak tambah pulak kat atas kepala...”
“Kau tu yang kejam! Sampai terkencing aku dibuatnya tau tak?! Aku tak pernah jumpa hantu. Pelik juga bila orang alim muslimah macam aku ni disakat hantu.”
Huh! Mengaku muslimah! Uwek! Hanna memasukkan jari telunjuknya ke dalam mulut. Lagak mengejek seperti nak muntah. Nak gelak sampai pagi boleh? Haha boleh pulak kawan aku ni perasan muslimah. Melihat aksi Hanna yang over acting Mimi menjegilkan mata. Terus Hanna menyamar jadi patung.
“Eh tapikan. Real beb kau jadi hantu. Kenapa kau nak usik Haslida? Kau nak balas dendam last year April Fool ye?” Mimi meneka.
Sememangnya mereka masih tidak dapat melupakan tragedi last year semasa mereka di Tingkatan 4. Hanna sedang enak tidur sewaktu Haslina and the gang masuk ke Dorm G di bangunan lama dan menangkap Hanna lalu disumbatkan dalam guni. Hanna yang tidur mati langsung tak sedar mereka mengangkat dan menghumbannya ke bawah ampaian nun di hujung asrama. Dekat dengan hutan, tapi masih dalam pagar sekolah. Berhujan berembun
Hanna masih elok mengerekot dalam guni itu sampailah azan subuh berkumandang baru Hanna sedar dia terkurung dalam guni. Puas dia mengeliat-ngeliat minta tolong dan cuba membuka ikatan guni namun tak terlerai. Nasib baik mak guard yang buat rondaan ternampak makhluk terkinja-kinja dalam guni. Mak guard buat-buat berani je sewaktu mendekati tiga guni besar sedang mengeliat. Rupa-rupanya Mimi dan Elina juga diikat.
“Tak guna! Punyalah malam tu aku mimpi naik kereta Lamborgini tahu tak? Rupa-rupanya aku tidur kat atas rumput bawah ampaian. Dalam guni pulak tu! Nasib baik aku tak nak terberak malam tu. Kalau tidak mahu terberak dalam guni... so malam ni aku nak balas dendam. Biar dia takut sampai terkencing dalam kain... hahaha...” Hanna ketawa. Mimi juga. Siti...turut serta.
“Kalau macam tu aku pun nak jadi hantu cina jugak lah!” Mimi bersuara girang.
“Weh bukan hantu cina lah... aku rasa jerangkung...” Siti memberi pendapat.
“Alah tak kisahlah janji seram giler! Tahap gaban!”
Dan mereka ketawa. Pantas masing-masing mencari telekung dan serkup hitam. Malam itu Elina tidak turut serta kerana diserang cirit birit yang melampau. Agaknya sebab banyak sangat makan limau mandarin.



Xxx
DI DORM 202, Haslida, Ijah dan Aimi sedang seronok bersembang. Dari cerita fasal kampung masing-masing, cerita boyfriend dekat kelas sampa ilah kepada cerita hantu mereka leka bersembang. Mentang-mentanglah esok Sabtu.
“Korang ni dah merepek cerita hantu pulak ni yang kembang tengkuk aku ni. Baik aku tidur. Aku nak berangan jumpa Farid. Dah lah dua hari cuti. Huh, demam aku sebab tak nampak muka Farid.” Gumam Aimi sambil melompat atas katil. Aimi sukakan Farid tapi lelaki itu tak pernah tahu.
“Eleh Aimi muka je gangster. Baru cerita pasal hantu jerangkung dah takut. Rileks la wei. Bukan betul pun hantu-hantu ni... auta je” Ejek Haslida. Tidak sedar, Mimi, Hanna dan Siti sudah menapak tangga mendekati pintu dormnya.
Jam sudah 1.20 pagi. Haslida juga berkira-kira untuk tidur. Selepas seterika baju kurung kuning yang akan digunakan esok untuk ke bandar, Haslida memang dah tak ada kerja. Kerja sekolah tu banyak tapi tangguh dulu. Malam esok baru buat. Cuti kan dua hari. Haha... apa salahnya mengular dulu. Rakan-rakan seramai 20 orang ahli dorm itu ada yang sudah lama diulit mimpi dan ada yang masih berada di bilik basuhan.
Kruhhhh...kruhhh... tiba-tiba Haslida dan Ijah menangkap satu bunyi yang macam bunyi mesen rumput.
“Aik? Kejap je Aimi dah tidur. Siap berdengkur lagi. Teruk betul!” Komen Ijah sambil menjeling ke arah Haslida.
“Biaq pi lah Ijah oiii. Mai kita sambung cerita hantu,” Jawab Haslida dalam bahasa utara.
“Malaslah Ida. Kalau ramai-ramai cerita aku naklah. Ni tinggai kita berdua je aku pun naik takut. Nak tidur jugaklah,”
Tiba-tiba, bunyi pintu dorm pula diketuk.
Tuk... tuk...
“Eh siapa pulak yang datang dorm kita malam-malam ni? Bukak jela pintu sendiri bukan kunci pun...” Ijah mengomel sambil mengemas katilnya. Bersiap sedia untuk tidur.
“Ijah hang dengaq tak?”
“Dengaq la awat pulak tak dengaq. Pi lah bukak pintu tu. Kalau budak dorm kita mesti depa main masuk je toksah ketuk pintu. Budak dorm lain tu. Agaknya kawan hang kot Ida. Siapa tu? Ala si Manja...ha... Manja datang kot.” Teka Ijah yang sudah pun terlentang atas katil kesayangannya.
Haslida tidak membantah arahan Ijah. Mungkin betul Manja datang ke biliknya selepas habis ulangkaji. Haslida membuka pintu. Matanya memandang terus ke depan. Tak ada sesiapa. Yang nampak hanyalah bangunan dorm aspura yang tersergam indah depan bangunan dorm aspuri. Kelihatan penghuni T 201 masih belum tidur. Siap main ragbi dalam dorm. Hampeh! Komen Haslida.
“Takda siapa pun Ijah... wei jangan main-main wei.. siapa ketuk pintu tadi...” Haslida bertanya perlahan. Waktu itu, Wani, Salihan dan Fifi dah pun mengangkat kepala dari katil masing-masing. Tiba-tiba mereka pun naik seram.
Hanna sudah mahu ketawa bila tenguk gelagat Haslida yang tidak menyedari kehadiranya. Mimi dan Siti sudah mengekek. Suara kekekan mereka itu meremangkan bulu tengkuk Haslida. Haslida menyentuh tengkuknya.
Tiba-tiba Haslida rasa kain baju kurungnya ditarik dari bawah. Dengen penuh rasa debar, Haslida memandang ke bawah. Ada tiga ekor hantu sedang bertinggung. Siap buat peace. Haslida menjerit sekuat tenaganya sampai bergegar katil Dorm 202.
“AAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!”
Ash hadulallailahaillallah.. terdengar Haslida mengucap dari dalam dorm. Haslida berjalan mengundur ke belakang sambil meraung-raung dan membaca segala surah yang dihafalnya termasuklah Alif Ba Ta. Dia sudah terkencing.
“Alif..ba... ta... tsa...” Haslida membaca huruf mukaddam itu dampai habis. Seluruh ahli dorm terjaga dan mendapatkan Haslida yang sudah terlentang di tengah dorm. Haslida tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Baru sebentar tadi cerita pasal hantu jerangkung, kini tiga ekor menjelma depan mata. Wajah hantu itu hitam legam. Jari telunjuk Haslina menghala ke pintu depan. Seluruh mata tertumpu ke situ. Ijah memberanikan diri untuk menjenguk ke pintu.
Aaaaa!!!!!!!! Haslida kembali menjerit membuatkan Ijah terloncat ke belakang.
“Hang ni buat terkejut aku je Ida. Diamlah sikit biaq aku tenguk. Takda apa-apa pun kat depan. Hang menjerit sampai satu alam berputaq.” Demi mendengar bicara Ijah, Wani pula buat-buat berani menjenguk ke luar dorm. Kali ini dia pergi sampai ke kaki lima. Mencari-cari kelibat hantu yang ditakutkan Haslida. Dah macam kena rasuk Wani tenguk. Ceh padahal dada Wani pun berdebar hebat.
“Booooo!!!!” tiba-tiba bangunan aspura mengeluarkan bunyi. Rupa-rupanya seisi aspura mendengar jerita Haslida. Wani cepat-cepat menutup pintu. Dia bersandar depan pintu.
“Korang dengar tak tu?” Wani bersuara.
“Dengar. Budak aspura ejek kita...” Jawab Aimi.
“Bukan tu. Suara Warden Wahida dengan Warden Asmah. Aku rasa diorang nak datang dorm kita.” Beritahu Wani lagi. Sebagai ketua dorm, Wani rasa makin berdebar. Tiba-tiba Wani melompat ke atas katilnya yang berada di atas katil Haslida. Katil double decker.
“Aku nak buat pura-pura tidur. Lantak koranglah ye. Cakap kat warden aku tidur mati...” Ucap Wani lalu meniarapkan diri di atas katil. Rakan-rakannya terpana. Salihan memangku kepala Haslida. Badan Haslida menggigil.
“Korang aku rasa Haslida dah kena sampuk, tenguk ni dia menggigil...”
“Sampuk?!” Wani terkejut. Serta merta dia melompat turun dari katil. Lagak Wani tak ubah seperti dukun sedang menjampi serapah.
“Bu...bukan sampuklah Wani.... aku rasa Ida terkencing lagi sekali!! Yark!!!” Fifi menjerit. Salihan menolak Ida jatuh terjelepuk ke lantai.
“Tak guna punya member. Habis baju aku! Padanlah terketar-ketar rupanya tengah lawaskan kencing!” Marah Salihan.

Xxx
HANNA, Siti dan Mimi tidak dapat menahan geli hati. Mereka sudah tergolek-golek ketawa di tepi tangga. Telekung dan serkup kepala telah dibuka. Hanya kain sarung yang masih terlekat di tubuh. Sedang asyik golek-golek sambil ketawa, Hanna terlanggar sesuatu.
“Seronok ketawa? Kamu semua buat apa kat sini?” Cikgu Wahida dan Cikgu Asmah sudah  berdiri mencekak pinggang di belakangnya. ‘suara tak sedap mesti suara Cikgu Wahida’ getuh hati Hanna.
“Apa kamu bertiga buat dekat sini? Dah pukul 2 pagi... tak tidur lagi ke? Kamu tak dengar kawan kamu di Dorm 202 menjerit?” Cikgu Wahida bertanya lagi. Matanya terjegil. Lagi buruk daripada mata ikan.
“Erk...” Hanna menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Mencari idea untuk menipu.
“Kami...kami...kami solat hajat. Ha’ah solat hajat, ni telekung...” jawabnya sambil menunjukkan telekung di tangan.
“Ha’ah cikgu kami pergi solat hajat kat dorm 204. Lepas tu masa nak balik tadi Siti jatuh tergolek. Kami tengah gelakkan Siti lah ni sampai tak sedar pulak ada bunyi orang menjerit. Bunyi budak lelaki ‘Booo’ adalah. Maybe diorang pun nampak Siti tergolek...” Mimi menyambung cerita. Nasib baik cerita mereka kebetulan sekena dengan suara budak lelaki tu...
Cikgu Wahida memandang Cikgu Asmah sebelum mereka menapak semula menaiki anak tangga. Dorm 202 sudah hampir.
Gila! Siti membuat gaya mahu mencekik Mimi dan Hanna. Cepat-cepat mereka bertiga lari meninggalkan bangunan baru dan balik ke dorm masing-masing dengan ketawa yang masih bersisa...

Xxx
“AAAAAaaaaaaaaaaaaa!!!!” Satu suara nyaring menggema suasana asrama puteri. Hanna, Mimi dan Siti yang sedari tadi galak bercerita kepada Mimi tentang kejadian mereka mengusik Haslida terkejut beruk; sampai Elina tertelan biji pulasan yang sedang dimakannya. Uhuk! Uhuk! Elina batuk sambil menggapai-gapaikan tangan meminta simpati kawan-kawan. Pantas Siti memberikan bantuan dengan menepuk belakang dada Elina sekuat hati. Siti berbadan agak gempal. Ketukannya membuat Elina tersedak. Serentak biji pulasan tersembur dari mulut Elina dan tergolek-golek ke tepi katil.
“Mekasih.. uhuk..uhuk...” Sebut Elina terbatuk-batuk. Perit tekaknya akibat tertelan biji pulasan tadi.
“Suara siapa pulak yang macam kena sampuk tu? Dah pukul 3 pagi ni...” Hanna bertanya tanpa ditujukan kepada sesiapa.
“Eh jom! Aku dengar macam kat bangunan baru,” Natrah yang dari tadi bergolek atas katil mendekati empat sekawan itu. Keempat-empat mereka berpandangan sebelum semuanya bertindak drastik, keluar dari Dorm G. Mereka berlari ke bangunan baru. Mimi yang takut kena tinggal tak sempat pakai kasut sebaliknya hanya mencapai selipar dan berlari bersama.
Di Dorm 204, suasana hingar bingar. Norkumalasari sudah kerasukan. Dia mengamuk-ngamuk menayangkan gigi dan muka yang garang. Matanya merah menyala seperti baru lepas menangis. Cikgu Wahida dan Cikgu Asmah yang tadinya berada di Dorm 202 kini sudah berada di Dorm 204.
“Nor apa dah jadi dengan awak ni? Bawa mengucap... ni Cikgu Asmah ni... bawak mengucap...” Cikgu Asmah memberanikan diri memegang lengan Norkumalasari. Gadis itu meronta-ronta. Lima lagi ahli dorm itu membantu menangkap Norkumalasari. Keadaan bilik bersepah dikerjakan Norkumalasari.
“Cikgu kami dah panggil Ustaz Zawawi. Kejap lagi dia datang dengan Cikgu Bakhtiar...” Beritahu Haslina, ketua Dorm 204.  Ustaz Zawawi adalah ketua Warden Aspura manakala Cikgu Bakhtiar adalah timbalannya.
“Semua bagi ruang pada Nor ye. Jangan himpit-himpit. Haslina tutup pintu bilik awak. Saya tak mahu ahli dorm lain datang menjenguk. Nanti sesak dorm ini,” arah Cikgu Wahida pula. Demi mendengar arahan itu, Mimi, Natrah, Elina dan Siti cepat-cepat menekup mulut mereka dengan tuala yang tersidai di birai katil Haslina. Mereka mengesot sedikit ke katil double decker itu untuk mengelakkan kehadiran mereka daripada dikesan. Nor Lisa memandang Mimi. Mimi membuat isyarat diam. “Nanti aku bayar upah...” bisik Mimi.
“Siapa ni... siapa kat dalam Nor ni keluar... kenapa ganggu Nor?” Cikgu Asmah menyoal Norkumalasari. Seolah-olah dia bercakap dengan seseorang yang lain.
‘Wahhh... selama ni aku pernah dengar pasal orang histeria dan dirasuk. Kali ni betul-betul depan mata! Cayalah!’ Hanna bersorak dalam hati. Dia tak sabar melihat aksi seterusnya.
Norkumalasari terus meronta-ronta. Dia mengeluarkan dengusan yang garau. Kemudian Norkumalasari menjawab.
“Aku nak budak ni!!!” garau suara Norkumalasari tidak menggambarkan peribadi pemiliknya. Semua orang pucat lesi termasuk Cikgu Asmah yang pandai-pandai bertanya. Niatnya cuma mahu melengah-melengahkan masa sementara menunggu Ustaz Zawawi datang.
“Apa? Nak Norkumalasari? Gila apa hantu ni? Apa ada kat minah hitam legam tu? Dahla ada tahi lalat seketul kat atas hidung. Siap ada bulu dua helai... bukan cantik pun, nak buat apa? Ish ish ish... hantu gatal manalah yang terdesak ni...” Hanna mengomel depan Elina. Cepat-cepat tangan Elina menutup mulut Hanna.
“Shhh...kau ni nak kena halau ke?” Marah Elina. Suaranya berbisik.
“Tak apalah beb. Aku ni pengawas asrama. Takpe kalau aku dikesan berada di sini. Kau orang bertiga tu yang tak patut ada...” Jawab Hanna. Juga berbisik.
Elina, Mimi, Siti dan Natrah ketawa kecil.

Xxx
“WALAUPUN kami tak ada bukti nak mengatakan kamu bertiga yang mengusik Haslida dan menjadi punca Nor dirasuk malam tadi, tapi hati saya kuat mengatakan kamu bertiga ada kena mengena dalam hal ini. Hanna, kamu pengawas aspuri. Kalau betul kamu terlibat, kamu telah mengakibatkan tiga kawan kamu masuk hospital hari ini kamu tahu?”
Lembut Cikgu Asmah memarahi Hanna, Mimi dan Siti. Tiga sahabat itu menundukkan muka memandang lantai. Sampai ke sudah mereka tak mahu mengaku. ‘Yang part mengusik Haslida tu aku mengakulah aku dan kawan-kawan punya kerja. Tapi yang part Norkumalasari tu mana aku tahu sebab apa. Kalaupun Nor ternampak kelibat kami, tu bukan salah aku. Dia yang gatal tenguk tu siapa suruh? Aku nak mengusik Haslida je. Lagi satu,  macam mana pulak boleh tiga orang masuk hospital? Bukan ke aku sakat Haslida je semalam? Hish pelik... menipu ke cikgu aku ni...’ Omel Hanna.
“Lepas kami masuk dalam dorm, Haslida melompat-lompat macam kena sampuk kera. Habis merembes-rembes air kencing Haslida sampai termasuk dalam mulut Fifi. Tak fasal-fasal Fifi keracunan. Kalau kamu di tempat Fifi apa yang kamu rasa? Tak kesiankah pada mereka? Sampai jadi macam tu sekali akibat perbuatan kamu yang melampau? Nasib baik saya terserempak dengan kamu bertiga di tangga...” Kali ini Cikgu Wahida yang garang pula bersuara.
Mimi mengejek-ngejek kata-kata Cikgu Wahida tanpa mengeluarkan suara. Sememangnya Mimi benci dengan cikgu plastik itu. ‘Dahlah suka bergaya dan pakai kebaya ketat. Tak sedar diritu bulat dan hodoh. Lepas tu make up pulak setebal alam’.
“Mimi! Awak mengejek saya?” Cikgu Wahida menengking. Gulp! Mimi menelan liur.
“Mana ada cikgu. Saya tercekik tulang ayam pagi tadi. Tulang tu masih ada dalam kerongkong...” Tipu Mimi. Cikgu Asmah menggelengkan kepala. Mimi dan Hanna adalah pelajar kelasnya. Dia tahu perangai budak-budak itu yang suka menyakat orang. Dalam kelas pun selalu haru-biru dibuat mereka. Tapi, tanpa mereka, kelasnya sunyi.
“Petang nanti lepas makan malam, Jam 6.30 tunggu saya di depan dewan makan aspura. Tahu lah saya nak kerjakan kamu bertiga macam mana!” jerkah Cikgu Wahida. Mimi, Siti dan Hanna terus berlari keluar daripada bilik Cikgu Wahida dan Cikgu Asmah, merangkap warden aspuri.
“Habislah kita malu kali ni beb... macam manalah boleh terkantoi...” Mimi mengomel. Hanna hanya senyum.
“Tak apalah. Pandai buat, pandai tanggung. Aku lebih suka dia malukan or pukul kita depan pelajar aspura daripada dia masukkan rekod buruk dalam buku laporan kita kat Jabatan Hal Ehwal Pelajar.” Hanna menjawab. Siti mengangguk.
“Betul...betul.. terima jelah hakikat...” kata Siti.
“Ngek kau! Kalau Elina tenguk mesti dia mengejek kita. Malam tadi dia nyaris-nyaris merajuk bila kita cerita fasal Haslida tau. Dia bengang kita tak ajak dia...”
“Bengang tak ajak dia dalam hal ni tak apa. Sebab bukan kerja berfaedah pun... huhu”
“Ye la tapi Elina tu best friend kita... mesti la dia nak join walau pun kerja jahat,” jawab Mimi pula.
“Ala kita bukan tak biasa kena kutuk ngan Elina. Buat bodo je...” Jawab Hanna.
“Elina ok lagi ni kalau Zahiril nampak macam mana? Aduh malu!!!” Mimi menekup muka sambil menghentakkan kaki ke lantai.
“Alamak! Aku pun ada boyfriend. Mesti Malik sindir aku!” giliran Hanna pula menekup muka. Siti sengeh sebab tak ada boyfriend.
“Ayam kau tu takde perasaan. Takpe! Tapi Zahiril, Bas aku... romantik. Nanti dia kecewa... huuuu.” Mimi seperti mengeluh buat hati Hanna panassss.


            Malik dapat megagak Hanna yang jadi hantu malam tadi sehingga menggemparkan seluruh aspura akibat jeritan Haslida dan Norkumalasari. Agakan Malik itu semakin menunjukkan kenyataan apabila Hanna, Mimi dan Siti dirotan Cikgu Wahida depan dewan makan aspura petang tadi. ‘Kena tibai kat bontot pulak tu. Hai nasib badan ada girlfriend gila-gila macam tu. Cuma pelik jugak bila kawan mereka yang seorang tu tak ada sama. Siapa tu? Ala si Elina. Kan mereka selalu bertiga, macam mana pulak boleh ada si Siti ulat buku tu dengan Hanna dan Mimi. Pantas kau Hanna! Seorang lagi budak aspuri berjaya kau tauliahkan jadi jahat...’

Tiada ulasan: