Daily Calendar

Jumaat, 29 Julai 2011

Nasihat abah...

Nasihat abah…
Hari ini aku menangis menceritakan seseorang pada abah. Nasihat yang sama seperti 11 tahun dahulu aku terima…
Abah kata, kalau kita benci sangat sangat pada seseorang tu, sehingga dah sampai tahap meluat, bacakan Al Fatihah dan niat untuk sedekahkan pada roh orang tu. Mudah mudahan Allah perlembutkan hati kita dan hati orang itu juga…
Persoalannya, bolehkah hati ini mendoakan kesejahteraan org yg kita tidak suka? Apatah lagi membacakan sekudus Al Fatihah dan menyedekahkan kepada rohnya yang busuk hati tu?
Hmmm…. Itu yg aku susah nak fikirkan…
Dulu, masa aku Tingkatan 5, masa aku masih belajar di Sekolah Menengah Teknik Temerloh, Cikgu Nazrul pernah panggil aku di perhimpunan (mungkin nak malukan aku atas perbuatan yang aku lakukan pagi tu)
Tumbuk orang… mmg aku salah tumbuk dia… tapi perbuatan aku tu bersebab. (kalau aku ceritakan dekat sini, tentu memalukan mangsa tumbuk aku tu… silap2 kalau dia dah lupakan semua ni jadi ingat balik.)
Masa tu lah abah nasihatkan aku perkara sama. Pukul orang, walaupun kita ada cara dan keupayaan, ia tak akan menghilangkan kemarahan dan kebencian kita terhadap seseorang.
Hanya sifat sabar, doa dan ayat ayat Allah sahaja yang mampu melembutkan hati… itu kata abah.. maka aku faham… Nasihat abah bermakna buatku…

Catatan 28 Julai 11_Syafiah Humaira, Hanim dan Sahari.
Syafiah Humaira…. Aku percaya semua rakyat Malaysia ingat dan kenal nama ini. Kisah pembunuhan kanak kanak 3 tahun ini bertul-betul menyentap perasaan. Jantung aku sentiasa berdebar kencang mengikuti kronologi pembunuhan kejam Syafia.
Kanak-kanak comel itu dipijak, ditendang seperti bola, dipukul bertalu-talu sehingga menyebabkan kulit kepala terkoyak, ususnya pecah dan pelbagai kecerderaan lain yang sangat menyayat hati.
Sepanjang mengikuti perkembangan kes, naluri keibuan aku bagai tersiat-siat. Apatah lagi, kematiannya kerana dibunuh teman lelaki ibunya, orang yang kukira rapat dengan mangsa!
Di sebalik kisah kematian Syafia, ada lagi yang lebih menarik dalam kehidupan kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa itu. Bila fikir semula, kepergian Syafia ada hikmahnya… biarlah si comel itu terus tidak tahu apa yang berlaku disekelilingnya…
Biar dia tidak tahu kisah ayahnya, biar dia tidak tahu perbuatan ibunya. Malu! Sungguh malu kanak-kanak itu jika dia tahu… sebab apa malu? Sebab masyarakat yg tidak tahu –menahu mungkin bisa membuat tohmahan melulu…
Hari ini, 28 Julai, bapa Syafia, Konstabel Sahari Usul ,33, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam daripada tuduhan membunuh pekerja bengkel warga Indonesia, antara jam 10 dan 11.30 malam, 13 Januari 2006.
Berita pembebasan Sahari disambut dengan teriak, ‘AKU BEBAS!’ daripada Sahari. Lelaki itu kemudian kelihatan mengangkat tangannya seperti meraikan satu kejayaan.
Dia bersalam dengan semua org sekeliling termasuk polis dan wartawan. Katanya, peguam, J Kuldeep yg membelana dalam kes itu adalah yg terbaik.
Dia berterima kasih kepada peguam itu sambil menyatakan kepada wartawan yang hadir “Apa-apa pun saya mahu ke kubur Syafia dahulu,”
Jelas bapa dua anak itu gembira.
Hakim Dr Badariah Sahamid mendapati tidak ada bukti yang menunjukkan Sahari berada di tempat kejadian pembunuhan.
Sedikit fakta mengenai pembunuhan itu, kononnya seorang penduduk membuat aduan di Balai Polis tempat Sahari bekerja, bahawa isteri penduduk itu mempunyai hubungan dengan lelaki Indonesia (Yusrizal).
Penduduk itu berkata, dia telah membuat laporan polis di tempatnya, namun balai itu tidak mahu menerima laporan menyebabkan dia mengadu ke balai polis itu pula.
Sahari kemudian menangkap Yusrizal di bengkel tempat lelaki Indonesia itu bekerja.
Di balai polis, dia dan dua rakannya, Koperal Ailias dan Konstabel Saiful telah menyoal siasat Yusrizal.
Sahari kemudian meminjam motosikal salah seorang rakan polis untuk pulang ke rumah. Ketika itu lah dia menyerahkan pistolnya kepada Saiful.
Rupa-rupanya, dalam tempoh itu lah kedua-dua sahabat Sahari membawa Yusrizal ke Ladang Caledonia, Kilometer 22, Jalan Kuala Lumpur-Kuala Selangor, Batu Arang, Gombak.
Dengan peluru di pistolnya itulah, Ailias dan Saiful menembak mati Yusrizal sebanyak 3 das di kepala..
Badariah membebaskan Sahari dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Ailias dan Saiful.
Ada beberapa fakta pelik dalam kehidupan mereka ini yg aku rasa korang semua blh faham sendiri.
… semasa bapanya ditahan di penjara Sungai Buloh (menjalani prosiding di mahkamah), ketika itulah ibunya (Siti Nor Hanim Aziz, 26) mempunyai teman lelaki bernama, Abang Mat'(suspek), (Mohd Fazli)
Sementara itu, Sahari ditahan reman tanpa jaminan di Penjara Sungai Buloh sejak tahun 2006 kerana kes bunuh lelaki Indonesia terbabit.
Ertinya, 4 tahun lalu Hanim tidak bertemu suaminya Sahari, malah dia pernah mendakwa digantung tidak bertali sejak 4 tahun namun, anak bongsu Hanim, iaitu adik bawah Syafia berusia 1 tahun 6 bulan. (namanya, usahlah aku nyatakan wlwpun aku tau dah pernah kelua paper).
Bagaimana Sahari yang sudah berada di penjara selama 4 tahun boleh mengandungkan Hanim?
Hanim dan teman lelakinya berjaya mengelirukan penduduk kampung kononnya sebagai pasangan suami isteri sah, tetapi dengan suaminya Sahari? Mampukah dia menutup semua itu?
Sama-sama kita tunggu kisah mereka… kalau mengikut kenyataan kakak Sahari semalam, mereka ingin membawa Sahari dan anak sulung mereka pulang ke Sarawak. Di sana, keluarga itu bakal memulakan penghidupan baru…
Sekarang Sahari terbukti tidak bersalah… bak kata kawan kawan reporter, duit tunggakan gajinya sepanjang lima tahun di penjara mungkin boleh buat bisnes….

=tamat=

Ahad, 10 Julai 2011

MANGSA HIDUP

Kadang-kadang aku merasakan diri sebagai mangsa hidupku sendiri. Aku yang tersalah membuat pilihan dan pertimbangan.kalaulah boleh dikembalikan waktu, aku ingin kembali seperti dulu-dulu. Ketika aku masih di zaman persekolahan… di waktu sepatutnya aku memikirkan masa depanku, mencorak kehidupan akan datang yang bakal aku tempuh. Tapi kenapalah ketika itu aku begitu naïf tentang hari ini… argh… pelikkan? Begitulah manusia. Dan aku harap titipan ini tidak membuatkan sesiapapun jemu untuk menyusurinya hingga ke bicara terakhir. 

Banyak sekali watak manusia muncul dalam hidup aku selama 25 tahun ini. Dan semuanya ada kaitan yang menyentuh hati kecilku. Ada yang menggembirakan… ada yang hanya bertamu sekejap dan kemudian pergi… ada juga yang aku sengaja cari dan aku lukakan hatinya. Malah ada yang aku Cuma kenal begitu-begitu sahaja... tapi kurindu sehingga kini…

banyak perkara dan cara yang menyebabkan aku menjadi kecil di hadapan sesuatu yang sering aku lupa. sulit... meluahkan perasaan yang haru biru saat ini..."

herba buasir

Herba buasir call saya untuk atasi masalah ini, 017 204 5969. Macam mana saya blh baik, amacam tu lah anda pun!
Atasi masalah buasir lepas bersalin
Kebanyakan ibu selepas bersalin mengalami buasir. Hal ini dapat dikesan melalui bengkak yang terjadi pada saluran dubur. Pembengkakan yang berlaku di bahagian tersebut disebabkan oleh pengembangan saluran darah di dubur ataupun ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur.

Kebiasaannya anda berasa sakit hasil daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak. Apabila hal ini terjadi, ia menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi sukar. Selain itu, pendarahan sewaktu membuang air besar juga boleh berlaku. Ini disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.
Bagi yang mengalami buasir selepas melahirkan, masalah ini biasanya terjadi akibat daripada amalan meneran sewaktu membuang air besar yang disebabkan oleh sembelit ataupun najis keras.


Selain daripada itu, masalah cirit-birit, batuk teruk, berdiri dan duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama serta kekerapan mengangkat benda berat turut boleh menjurus kepada masalah buasir.


Boleh terjadi serentak
Dalam pada itu, terdapat dua jenis buasir yang perlu diketahui. Ia merujuk kepada buasir dalaman iaitu buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur. Lazimnya, buasir ini tidak menyebabkan sakit ataupun gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum dan tidak merbahaya. Namun, kekerapan anda meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah.

Manakala buasir luaran pula merupakan jenis penyakit buasir yang merupakan bengkak yang terjulur keluar dari bahagian dubur dan mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit, bekalan darah akan terputus dan pembekuan darah akan terjadi di dalamnya sehingga menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala sebeginilah yang mendorong anda untuk mendapatkan rawatan perubatan sewajarnya.

Fakta menarik yang perlu anda tahu ialah kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara serentak ataupun berasingan.

Sabtu, 9 Julai 2011

9 Julai 2011

tengah aku baru nak blaja blaja buat blog... aisyah (9 bulan ) terjaga dari tido... dah aku terkalut2 nak layan budak kecik ni... memula elok je dia main kat lantai sambil aku proses blog kat meja... pastu si kecik ni bergayut pulak kat kaki aku... dia tak nangis tapi merungut.. hai budak, kecik2 da pandai merungut.. besa karang kuatbebel...

tak pasal2 aku mengalah n turunkan lap top ke bawah.... dah bila turun ke bawah panjang pulak tangan minah kecik ni.... adoyai... terkepak2 lap top aku... budak ni aku tumbuk karang diam... hehe bukan tumbuk marah tumbuk sayang campur geram...


sapa tak geram tenguk anak comei... hihi.. korang nak tenguk? jap ye... ni? hahaha no bohong je.. ni masa dia dalam pantang.... jap ye aku upload yg sekarang...

mulut dia tengah cakap mama n papa je...


yang sebelah kanan tu lah aisyah sekarang... hihihi... yang kiri tu abang dia.. danish nur iman. yang ni mulut tengah rancak bercerita pasal kisah kisah kat sekolah dia. Pada 8 ogos ni cukuplah umur danish nur iman 5 tahun....

aisyah sofea pulak, nak masuk 3 tahun pada 13 september ni....

comel kan? hahaaa... korang tak puji aku puji la sendiri....