Khamis, 31 Januari 2013

KARNIVAL KARANGKRAF 1 - 3 FEB 2013

Moh ramai2 ke Karnival Karangkraf ke 5 pada 1 Feb hingga 3 Feb 2013 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Lot 2, Jln Sepana 15/3 off Persiaran Selangor, Seksyen 15 Shah Alam.. Pelbagai tawaran menarik kami sajikan kepada pembaca untuk semua peringkat umur. Ada juga semakan daftar pemilih SPR, pameran muzium pdrm, K9, kenderaan terkini pdrm,  turut disertai pameran ATM yang akan membawakan hospital medan perang.


walau pun rasa nak marah sebab parking penuh tapi kehangatan dan kemeriahan karnival masih terasa.. ala adatlah kan kalau ada event event besa cam gini kita sesak... kalau tak sesak tak karnival namanya...

apa yg nak share ngan korang adalah pasal booth-booth kat karnival ni... awal tengahari tadi aku dah tour satu alam dah ngan kengkawan2. maklumlah hari ni jumaat, rehat panjang. siap bawak beg untuk pungut segala bagai pamplet n flyers yg dihulurkan.

satu prinsip aku kalau org hulur fryers kene ambik. kene support dan senangkan hati dia. walau pun aku tak bli at least aku rasa aku dapat sejukkan dan seronokkan dia seab dah mudahkan kerja.

aku pon penah duk keje edar flyers kat org. mencabar tau keje ni, kengkadang leh patah hati. hahahah... ok stop pasal flyers.

disamping gerai2 produk karangkraf - yang ada ribu ribu novel hangat Alaf21, Buku Prima, Karya Bestari, Oasis.... dan 30 majalah hebat n popular seperti remaja, maskulin, pancing, wanita, pengantin, Dll.. berikut adalah gerai yg aku suka:-

1st - Gerai paling comelll.... PENGANTIN... aku bagi 5 bintang... sebab gerai ni pink2 pudar... sayangnyer sebab terlalu ghairah berjalan n colect pamplet aku tak snap pix. takpe esok aku plan nak tour lagi n bergambar sakan... sebab esok dah tau mana nak tuju n tak terikat ngan time keje

2nd - Gerai Shurah... of course... sebab aku suka product2 shurah ni. dah la wangi murah lak tu.. yg bestnyer... beli satu percuma satu... beli rm10 pun dapat 2 bijik barang! (cth syampoo, mandian bayi, n mandian kita lah org pompuan...)

3rd - Gerai Kelab Ramli Awang Mursyid... ni gerai penulis kesayangan ramai! mari mari mari! ada fizah (pengerusinya yang comel), ada El yang ramah... dan ada mr atokz yg ehemmm...ensem...

4th - Gerai penternakan Arowana... gerai ni best sebab dia unik. ala-ala pelaburan jangka masa panjang la... tp aku tak melabur. hahaha....ni kalau org yg suka niaga memang patut berkunjung ke gerai ni.

5th - Gerai jabatan awam - PDRM, SPR, TUDM, NAVY, Tentera Darat, - kat sini banyak info berguna kita dapat. di samping, aku saja nak tau pangkat2 mereka dalam jabatan mereka ni. selama ni aku ingatkan sama.. macam mejar, mejar jeneral, kapten... so bila datang booth mereka ni kita tau la susunan pangkat mereka... (saja nak siasat. heheheh)

paling best sempat gak aku angkat semua senapang senapang n pistol yang depa display tu... wah berangan la jadi james bond kejap...


then... tu lah antara booth yg best... banyak lagi yg lain. kalau nak cerita memang tak abih.. especially booth yg jual murah. habih gak la duit kenaikan gaji hahahha

ok korang... adiosss.

DANISH NUR IMAN

Anak sulung aku.. umurnya sekarang empat tahun. bakal masuk 5 tahun pada 8 Ogos 2013.

Iman anak yg comel, lemah lembut, cute dan sensitif. kenapa sensitif? sbb dia tak blh kena marah. kalau kena marah atau tengking dia ingat kita benci dia.


nak handle iman kne handle with care. kalu blh tampal note 'fragile' hihi...

iman lahir pada 08 08 08. tarikh yang cantik untuk anak bertuah macam dia. nak tau tak kenapa aku pun sangat sensitip pasal feelings dia??

yup.. aku tend to defend diri Iman. even masa masuk sekolah hari tu pun aku leh gaduh ngan cikgu pasal tengking iman dengan sepenuh perasaan.

anak aku dah la lembut hati, kene maki langsung tak nak sekolah. (bab ni biar aku cerita dalam entri lain nanti). aku nak share sejarah kelahiran iman.

kelahiran yang aku n husband tunggu-tunggukan. anak first excited dia lain. korang ada anak, korang penah ngandung korang tahu la camana kan. walaupun masa tu aku masih rasa awal je nak beranak pinak tapi aku reda dgn ketentuanNYA.

mngkin bila aku ada anak nanti sikap baran aku berkurangan dan diganti dgn sikap sabar dan penyayang. n guess what? memang pun... aku rs aku dah ada sikap sabar yang tinggi. gred A. blh masuk book of record.. wahahahaa...

banyak komplikasi berlaku masa aku ngandung dia. aku tumpah darah, aku mabuk sampau 7 bulan, aku jangkitan kuman, uri turun ke bawah... semua tu bagi pengalaman sakit ngeri kat aku.

bila iman lahir, tak sampai dua jam dia terus masuk NICU. jangkitan paru-paru. Badan iman yang gedempol (3.6 kg tu) di cucuk sana sini. wayar2 sekeliling badan. iman kene bernafas dengan bantuan mesin oksigen.



Lama... aku berpantang tanpa baby. balik rumah tanpa baby. rasa cam dah nak mati.



doktor beritahu ada 9 antibiotik yg iman kene ambil. ada masa tubuh iman tolak antibiotik tu. dia jadi kebiru biruan dan nazak. iman macam koma. tak bergerak sikit pun masa aku n hubby melawat. even after 2 weeks dia lahir.




dada iman akan membengkak setiap kali rawatan sedut kahak... masa doktor kata iman dah 50-50 pada satu subuh, aku dah meraung-raung kat rumah macam orang kena sampuk. aku tak boleh terima kalau anak aku mati. aku rindu nak tengok dia.

aku belum sempat riba dan dukung dia... belum sempat susu kan dia direct dgn aku. belum sekali pun dapat cium dahi dia...

masa kali pertama doktor cakap iman 50-50, doktor memang pesan kebarangkalian utk baby macam iman sembuh tipis. tapi aku selalu doa... mak abah aku selalu doa supaya ada miracle dan diizinNYA untuk kami bawa balik iman ke rumah.


macam miracle bila lepas subuh suami aku keluar rumah dan tunggu iman kat hospital. masa tu dia update yg doktor dah cabut semua antibiotik sebab tubuh iman dah tak  blh terima, hanya tunggu dan lihat.

tiba-tiba iman bernafas semula...pantas doktor sambungkan wayar2 yg dicabut. nurse2 bagi mesin oksigen semula... suami aku berhenti menangis, terhenti baca yasin... YA ALLAH terima kasih Ya ALLAH. pinjamkan Iman pada aku dan aku janji akan jg amanahMU dgn baik...

aku doa sambil meraung kat rumah..aku ingat lagi. selimut aku tu aku gigit gigit sebab tak tahan tanggung perasaan ngilu dalam hati. aku takut iman mati...

hampir dua bln, baru aku blh bawa iman balik. mak abah dan adik beradik berkumpul rumah aku. diorang takut aku gila meroyan... gila tu tidak, tapi meroyan tu aku rasa ya....

mana taknya, susu aku membengkak. hari2 aku hantar kat spital. tapi susu tu tak blh diberi pada baby sebab nurse kata dia kene minum ssu formula yang dah dicampur ubat. aku pun tak paham. tapi memang susu aku banyak dalam fridge kat spital. mcm tak pernah bagi pada iman...

hari ni... selepas empat tahun... iman tumbuh jadi anak yang baik...aktif dan comel... cuma dia ada teman baik...

inhealer asma dia tu.... dia pun da paham yg dia sakit n takle main beria...nanti semput katanya...

so... itulah serba sedikit sebab aku teramat protect iman...
aku susah nak dapat dia. mana mana ibu pun mesti macam aku kan?? Adiosss!
USTAZ YANG KUBENCI

dah lama gila aku tak update blog kosong ni... lama tahap gaban... followwers pun ada berapa tu? satu je? kah kahkahhhh... gelakkan diri sendiri...tu pun kak ina. member opis sendiri....

lantaklah labu janji ko ngan aku suke.. siapa labu? kau lah! kau bukan aku!...aku tempayan.. ngeh ngeh ngeh...

sebenarnya aku ni bukan pandai sangat bab bab IT ni. maksud aku bab nak menggodek bende2 macam blog, twitter, emel, even facebuk pun kekadang aku failed. kesudahannya aku jadi malas nak update apa-apa sebab penat nak menggodek mende2 ni..

kan senang kalau takde rules, takde setting.. main hentam bangang je..haha boleh? mana blh... setiap perkara ada rules... bak kata bekas tuan rumah aku yang .. aduh... apa word aku nak describe ex tn rumah aku ni?

huh! nape kelua pasal dia plak ni? otak aku ni mongek cakap pasal dia kenapa? kenapa!!!! aku tak suka dia. dalam list tak suka aku dia yg no 14. eh no, lepas hari ni dia kena letak dalam list no 2. no 2 selepas .. jeng..jeng..jeng....heheheh.. bebudak opis aku maybe tahu sapa kat nombor 1. puii

EOISOD DUKA TUAN RUMAH TERKINI

cakap pasal ex tuan rumah aku ni kan.. mm dia perkenalkan anam dia sbg ustaz. aduyai tak layak kupanggil ustaz sebenarnya.

masa nak masuk rumah ni aku pregnant dua bulan. aku mabuk teruk dan tak larat berulang dari rumah lama aku kat damansara ke tempat kerja.. kat shah alam ni (pejabat sinar harian kesayangan ramai). dek kerana kesiankan aku, kawan baru juga kerja kat sinar masa tu (kila) carikan aku rumah tu.

kebetulan mak sedara dia duk tempat sama. aku pun menyewa la kat situ. Pegi tenguk sekali je then aku terus setuju. kalau ikut ustaz tu pas duduk nanti if ada masalah btau je. sebab aku pun tak terpikir nak cek beria atau nak cari rumah lain. aku tak larat n mabuk.

dah masuk rumah tu... mak aih. dinding buruk tu aku tak kisahla kan sebab aku da tengok awal2 n aku minta permision nak cat. tapi macam2 hal.

aku cerita masalah pertama.

1 - sinki and toilet sumbat. oleh kerana tuan rumah lama masa aku bujang2 dulu pernah ajar tuang air panas n beli asid kat kedai, aku dan hubby selesaikan sendiri... (AKU TAK CLAIM)

2 - aku pernah tegur dia pasal DB box rumah tu tak tuka lagi masa aku belum masuk barang2. DB box tu yg lama zaman tok nenek dulu kot. dia kata takpe ok lagi. kalau tak pakai air cond ok. Aku jwb mmg takde aircond. (sumpah masa tu aku tak pakai aircond lagi sebab rumah lama kat damansara aircond provided n kami tak terpkir pun nak beli aircond. Sbb belum ada peruntukan)

bila aku da masuk rumah tu, panas nak mampus! Tak tahu SAKA sapa tertinggal kat rumah tu or rumah tu sememangnya berpuaka. sebab menurut makcik2 terdekat, rumah tu da lama takde penyewa. (beberapa bulan )  last sekali student duduk, rumah tu kene pecah masuk dan diorang hilang laptop n byk lagi barangan penting.

aku n suami decide pasang aircond. Dgn aircond, dengan astro, dengan laptop, charger hp, peti ais, mesin basuh yg beroperasi setiap hari, kettle, microwave, manala DB tu nak support letrik kuat2.  dua hari je bertahan elektrik terus padam.

itulah aku da kata, tuka DB box tu tuka! ustaz ni kedekut nak mampuih. bila kami adu kat dia, dia salahkan kami sebab pasang aircond. Halu ustaz, kontraktor kata kalau tak sebab aircond pun memang akan blackout sbb ada DB tu zaman kurun.

dia ngamuk sakan rumah dia nanti berlubang. sampaikan lubang pasang astro pun dia marah sebab merosakkan rumah dia.. aduyai, padan lah dulu penyewa dia student je... tapi takkan kami nak cari rumah lain? ingat senang nak kumpul deposit? aku dah la mabuk. so aku minta juga tukar DB box tu.

nak buat appoinment dgn kontraktor ustaz ni pun satu hal. Dua kali aku n hubby cuti tahun sebab nak tgu dia datang, dua-dua kali spoil. alasan tak free sebab pergi baiki rumah lain dulu.

masa ni tahap kesabaran laki aku da nak habis. dia call ustaz n nak buat apointment baru. dengan selamba nyer ustaz ni minta kami tinggalkan kunci rumah kat kontraktor dia supaya kontraktor dia blh datang bila2 masa mereka free untuk baiki letrik.

??? memang tak dapat la. Gila ke dia? kalau org rompak macam mana? siapa yg aku nak salahkan?
barang dalam rumah tu banyak walaupun belum kemas. (eh belum kemas lagi senang nak kebas) siap packing dalam plastik sampah itam)

begado laki aku n ustaz ni dalam phone pasal taknak tgl kunci rumah. ustaz ni riak siap kata dia ada 16 ke 20 bijik rumah. semua penyewa dia blh tinggal je kunci kat kontraktor. huh pembohong tahap dewa.

dua hari kami bermalam tanpa letrik. bayangkan aku yang terboyot2 dengan anak (iman masa tu tak sampai 2 tahun kepanasan). kami tido depan pintu depan (buka pintu) sambil berkipas. Malu gak dengan student rumah depan tapi buat dunno je.

iman nangis memalam sebab panas. sabor jer la. lepas dua hari baru datang tuka DB box baru....


huhhuhuuuu  stop kejap cerita pasal dia eh. sebab kepala aku da migrain.....sambung kat entri lain.... ala korang takyah baca pun takpe. entri tak elok hahahha....




Rabu, 30 Januari 2013



CERPEN PENDEK




Tajuk: AKU SUKA DIA oh My Putera Tarabas



Aku bukanlah nak sangat dengar apa yang dia ngumpatkan pasal aku... lebih-lebih lagi pasang telinga, tapi dah fitrah manusia macam tu, makanya aku memang takleh elak dari curi-curi dengar apa yang Noni budak hantu tu bualkan dengan Kak Gina.

"Betul Kak Gina. Dia tu saya suruh buat lain dia buat lain. Tak ikut arahan ketua. Saya nak pastikan apa yang dia tulis tu betul. Kalau salah tulis nanti kena saman. Ala senang cakap Adella tu memang keras kepala. Ikut sedap dia je nak buat apa pun." Cis! memang pasal aku! nak makan penumbuk perempuan ni.

masa tu aku dah kepal semua jari jemari aku yang rucing macam playar muncung tirus ni kejap kejap. Tak sabar nak hempuk penumbuk padu ni kat muka Noni.

Buk!! Noni terhenyak ke belakang. Ceh, napa aku tumbuk bahu je? la... kebetulan dia tengah nak berpusing, maka tumbukan aku tersasar. Habis tumpah air nescafe susu yang Noni baru bancuh atas baju dia. Nasib baik tak kena aku. Noni menjerit-jerit macam mak lampir sebab kepanasan. Woah ... dia pakej dengan menangis sekali. Kak Gina menyambut Noni.

"Adel! Apa awak buat ni?" Kak Gina tegur aku. Dengan muka yang menyinga aku merapati Kak Gina.

"Akak pun sama kan? Suka jadi batu api. saya tak tumbuk akak pun da cukup baik. So, stop talking now! telinga saya da sakit." Maki aku pada Kak Gina. Berkerut-kerut muka akak yang dah masuk umur 40 tahun tu menahan maki dari aku. Tu la, sapa suh cari pasal, kan da dapat maki seketul. Sabar Della sabar. Kau tak gaduh ngan Kak Gina. Kau gaduh dengan Noni.

Aku tahu tak lama lagi kena la panggil dengan boss besar. Alah buat dunno je la. Dah memang Noni yang cari pasal. Berdesing telinga aku ni kalau tak dihentikan proses pengumpatan diorang tu tadi.

Kalau dibiarkan masuk pulak bab peribadi. Pastu tokok tambah, lepas tu entah apa lagi. Kan? Aku capai kunci kereta dan terus keluar dari pejabat tanpa pandang siapa-siapa. Aku tau banyak mata yang memandang masa tu, ekoran drama sebabak yang aku buat pada Noni dan Kak Gina.

Kalau drama tumbukan aku tu dahsyat sah sah story aku yang keluar muka depan surat khabar esok. hahahah... budusssnya aku!


**************************

"Mel! Jemput aku jap. Kat tepi jalan opis aku ni. Adoyai, tok sah banyak tanyalah! kereta aku tak nak hidup pulak ni. Kau je paling dekat, kaulah jemput aku... cepat. aku tunggu lima minit. Kalau kau lambat aku pancit tayar kereta kau esok!" Ugut aku lantas matikan talian telefon bimbit. Hish, dengan aku pun nak menjawab Mel ni. Tengah panas terik macam tu nak je aku hempuk handphone tu ke tanah tanda protes dengan Mel sebab Blackberry curve tu Mel yang bagi masa hari jadi aku bulan lepas. Bila da rosak aku claim la yang baru. hahahahah... Mel kan syok kat aku.

Tengah aku terkebil-kebil kepanasan dan dan jugak time tu si Fazlan lalu. Pergh! Hensemnya! Agaknya orang nama Fazlan memang hensemkan? Dah lama aku syok kat mamat ni tapi dia tak pernah pandang aku pun.  Aku tak tahu pulak apa nama penuh mamat ni tapi yang pasti dia memang hensem tahap dewa.

Macam  Putera Tarabas dalam drama The Cave Of The Golden Rose... cewah Fantaghiro tu, akulah! hahahaah....



Masa kecik-kecik dulu aku suka sangat berangan nak kahwin dengan Putera Tarabas ni.  Walaupun tak tahu maksud kahwin tu apa tapi aku nak kawin jugak. Tak sangka bila aku jadi reporter kat surat khabar Sinar ni aku dapat jumpa orang yang sebijik macam muka Tarabas. Terus aku mandatkan Fazlan jadi Putera Tarabas aku. lalallala.... bertuah kau Fazlan, tapi aku minat kau dari jauh je la. Sebab kau tak satu department dengan aku. So aktiviti men'tackle' kau jadi terhad.

Tengoklah nanti, bila aku dah naik jawatan jadi editor ke, aku try kau ya! Tunggu tau...

Selamba je Fazlan lalu depan aku macam tak nampak. Sikit pun tak bunyikan hon ke apa ke walaupun aku dah beria-ia sisir rambut pulas ke tepi ala-ala Nora Danish. Konon-konon nak bagi Fazlan nampak kecunnan aku time tu. Ceh, berangan je lah. Baik aku tunggu Mel. Dia je yang berkanan dekat aku yang ganas ni.



Orang kerajaan kedekut tandas

PERIHAL orang kerajaan kedekut senyuman selalu penulis dengar. Cogankata dan kempen-kempen menjaga tingkah laku dan air muka terhadap orang awam atau pelanggan sebilangan sahaja yang mengamalkan.

Pendek kata, semua jabatan begitu meskipun Sinar Harian pernah menjalankan tinjauan berhubung attitude kelompok manja kerajaan ini.
Tapi perihal satu ini amat kelakar untuk dikongsikan, apapun penulis nak hebahkan juga. Orang kerajaan rupanya kedekut tandas!

Kisahnya begini, penulis yang datang ke pejabat seawal pagi dikejutkan dengan berita sepupu yang kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke ICU.

Terkejutnya penulis sampai tangguh rutin pagi, iaitu membuang segala sisa toksin dari badan yang biasa dilakukan sebagai permulaan hari.

Memandangkan semua keluarga berada di Pahang dan penulis ahli yang paling hampir dengan HKL, ibu saudara meminta penulis menunggu anaknya.

Penulis minta kebenaran boss dan bertolak ke Kuala Lumpur. Destinasi pertama menjemput suami di Kompleks Kerajaan Jalan Duta.

Awal tadi rutin tertangguh, makanya sampai di Kompleks Jalan Duta penulis jadi tak keruan. Penulis minta suami tunggu dalam kereta sementara penulis berlari mencari tandas paling hampir.
Masuk pintu depan, penulis nampak papan tanda arah ke tandas. Di pintu tertera ikon orang ber'skirt' yang biasa ditampal di tandas.

Penulis serbu saja sebab bom dalam perut itu kalau dah menggelegak tak boleh disimpan. Silap hari bulan orang kiri kanan boleh kena tempiasnya!

Masuk sahaja saja ke tandas, seorang perempuan gemuk berbaju merah sedang menyarung tudung bertanya kepada penulis, 'you dari mana?'. Wahh angkuhnya. Penjaga tandaskah? Penulis senyum saja dan terus masuk bilik kecil lantas melepaskan hajat.

Dari dalam bilik kecil penulis dengar dia mengomel. Wanita separuh usia itu berkata kepada seseorang "Orang luar mana boleh masuk tandas ini. Panggil jaga and tangkap halau!". Aduhh penulis rasa nak tembak wanita itu dengan peluru-peluru dari dalam perut ini.

"Tolonglah kakak, ini kes kecemasan!" Jerit penulis dalam hati. Nasib baik terlalu sakit perut maka penulis diamkan saja dan menyudahkan urusan dalam keadaan hati terguris.

Rupa-rupanya dalam tandas pun orang kerajaan tidak bertolak ansur...
Kepada pengurusan, penulis minta maaf kerana tidak sengaja masuk ke tandas kakitangan.
Sumpah! hatta di tepi sungai pun, penulis sanggup buang kalau dah sakit perut macam itu.
Lagipun penulis singgah sahaja. Ada urusan lebih penting yang penulis nak kejar di HKL. Sampai jumpa lagi...