NOVEL 2 - PELANGI SELEPAS HUJAN
Bab 1
Dua kali diasak ajakan teman yang
bekerja di sebuah kelab eksklusif di ibu kota, akhirnya Zulia bersetuju dengan
syarat keselamatan dan identiti dipelihara. Wati nampaknya tidak main-main
menerima permintaan Zulia untuk melalui dan merasai sendiri beberapa hari
pekerjaan sepertinya.
Ya, beberapa minggu lalu sewaktu
bertemu gadis Sabah berkulit sawo matang itu, Zulia secara berseloroh
mengutarakan cadangan kepadanya. Tidak sangka, Wati mengaturkan sesuatu untuk Zulia
bersama pengurus kelab yang juga rakan baiknya. Pelayan hidmat pelanggan atau
lebih dikenali sebagai GRO??? Biar betul??? Zulia seorang wartawan. Mana
mungkin Zulia mampu menyamar menjadi pekerja di bidang itu. Bagaimana jika ada
pelanggan yang mahu lebih? Bagaimana jika Zulia terperangkap? Kalau wartawan
menyamar pelanggan, itu biasa, tapi wartawan menyamar GRO, itu luar biasa!
Zulia masih mengurut dada. Zulia takut.
Tapi Wati memberikan jaminan. Zulia dimintanya bertemu dahulu dengan
pengurusnya. Tiba pada jam 12.30 malam pada hari Jumaat malam Sabtu, Zulia
diperkenalkan dengan James. Lelaki berbangsa China itu telah berkhidmat hampir
13 tahun. Penampilannya segak, tidak seperti kebanyakan pengurus atau bouncer-bouncer kelab malam lain yang
boleh dilihat di beberapa kelab sekitar Kuala Lumpur. Ada yang kelihatan bengis
dan berbadan gempal tanpa senyuman.
Degupan jantung yang maha hebat tidak
pernah berhenti walau sesaat. Aduhai... takut benar bila berada dalam dimensi
baru melibatkan golongan-golongan kelab malam dan bouncer. Mungkin sekali sesiapapun yang berselisih dengan mereka
bertiga adalah ketua kongsi gelap yang mempunyai pistol atau bom di pinggang.
Mungkin juga mereka handal bermain pisau dan pedang seperti dipertontonkan
dalam filem-filem.
Ya, sepanjang penyamaran Zulia kerap
hayal dan bermonolog dalam hati. Meski pun diberikan pekerjaan sebagai pembantu
kaunter yang bertugas sebagai penunjuk bilik karaoke kepada tetamu yang datang,
kehidupan dari sisi gelap pelayan wanita yang bekerja di kelab itu masih dapat Zulia
hidu.
Peluh suam merenik di dahi dan bahu
meski pun kedinginan aircond masih terasa. Zulia panas, rimas dan berasa sesak
dengan asap rokok, ditambah bunyi bingit dari celah-celah bilik karaoke kelab
eksklusif dua tingkat itu.
“Ti, kalau ada yang raba aku, siap
kau!” Zulia memberikan amaran. Sakit hati apabila Wati respons dengan ketawa
kecil.
“Kau kategori lain. Bawa tetamu ke
bilik karaoke. Ambil pesanan dan hantar. Itu saja. Kalau kena raba, kau
ketuklah kepala customer. Itu pun kalau tak nak kena buang kerja hari pertama!”
dan Wati ketawa lagi. Zulia tahu, Wati yakin Zulia tidak akan mendapat layanan
seperti itu.
Ya, nasib Zulia baik apabila James
hanya mencadangkan Zulia sebagai pembantu kaunter. Jika tidak, Zulia khuatir
tidak dapat menjaga tingkah laku dengan baik; kerana kemampuan Zulia menangkis
serangan tangan-tangan gatal ketika melatah, amat hebat!
Malam itu Zulia lihat sendiri cara
kerja Wati dan kawan-kawannya. Kebanyakan berbangsa Melayu dan Vietnam.
Ternyata untuk kelab eksklusif seperti ini, wanita Melayu mendapat rating
utama. Mungkin kerana gaya berpakaian yang lebih daring dan manja, serta
kelebihan berbahasa Inggeris, mereka disenangi. Pelanggan terdiri daripada
pelbagai latar belakang. Ini berdasarkan pemerhatian zULIA melalui kepelbagaian
warna kulit, bangsa dan warganegara berdasarkan lenggok bahasa.
Rakan-rakan sekerja Wati masih belum
mesra dengan Zulia. James hanya memperkenalkan Zulia sebagai gadis part time di
kelab karaoke itu. Selain Zulia, ada beberapa lagi gadis Melayu yang membuat
kerja sambilan di situ seperti Zulia. Ada di bahagian bar, ada juga yang
memilih menjadi pelayan seperti Wati.
Setiap kali keluar dari bilik karaoke,
Wati mengenyitkan mata sambil menayangkan tips pelbagai mata wang ke arah Zulia.
Zulia mencebik.
“Tak semua kerja kelab melibatkan seks.
Macam di sini. Ia memang kelab eksklusif. Tapi kami ada bahagian tertentu. Di
tingkat ini, bahagian karaoke. Tingkat atas, kelab. Sana lebih bingit. Aku
pernah naik tingkat atas. Kerja jadi perempuan kelab. Macam biasalah, jadi
pelacur. Tapi lepas tu tak suka kerja sana. Aku tukar sini. Lebih santai dan
tak tertekan.
“Pelanggan pilih pakej karaoke
berdasarkan bilik dan jika pakej yang mereka pilih ada menyediakan pelayan
wanita, aku akan masuk. Kerja aku, menyanyi, dengar mereka menyanyi. Duduk tepi
pelanggan. Hidangkan air. Berikan air. Kalau mereka nak lebih, boleh runding
dengan pelayan lain. Aku tak tawar khidmat seks. Pengurus pun tahu.” Cerita
Wati di waktu sengkang.
“Baguslah. Tapi, tak takut ke kalau-kalau
kau terperangkap dan dijadikan mangsa pemerdagangan orang. Maksudnya, dihantar
ke negara lain? Jadi pelacur?.” Soal Zulia. Kali ini lebih terperinci.
“Hish. Di sini tak ada. Sini pekerja
bebas keluar masuk. Nak kerja, kerja. Tak nak kerja, berhenti. Yang berhenti
dan kerja semula pun ramai. Sebab itu aku berani ajak kau datang di sini. Biar
kau tengok sendiri.” Jawab Wati selamba. Esoknya, dia berjanji perkenalkan Zulia dengan rakan sekerjanya yang memberikan khidmat seks selepas waktu bekerja.
BAB
BAB
Ahad. 12.30 malam. Tidak ada waktu kerja yang
spesifik untuk Zulia dan Wati memandangkan James tahu tujuan sebenar Zulia mengikuti Wati ke kelab itu. Dia hanya senyum menyambut kedatangan Zulia, tapi
segera berbisik dan mengingatkan Zulia agar tidak terlalu menonjolkan diri.
James kata, kadangkala sifat kewartawanan Zulia agak terserlah kerana biasanya pekerja baru lebih-lebih lagi pekerja sambilan,
tidak banyak bertanya. Dia bimbang kalau-kalau Zulia tersilap dan orang yang ditanya
mengesyaki sesuatu. Pasti dia menjadi sasaran dan Zulia pula akan terima sesuatu
yang lebih buruk. "Dunia gelap, siapa boleh menduga bukan?" Kata James. Zulia mengangguk
perlahan.
Rose (bukan nama sebenar) duduk bersimpuh di
deretan kerusi yang dikhaskan untuk pelayan. Rambut ikal mayangnya diwarnakan
dengan warna perang. Rose mengenakan gincu merah terang, menyerlahkan lagi
wajah putih mulus miliknya. Solekan alis mata disapu tebal dengan warna pekat
hitam. Pandangannya menikam. Rose agak sombong pada awalnya, tapi selepas
dibisikkan sesuatu oleh Wati, dia sudi bersuara.
“Dah empat tahun saya kerja di sini. Sejak
saya menjanda. Bekas suami, berjawatan besar di jabatan kerajaan. Tapi tak
pernah fikir soal nafkah anak. Saya pilih jalan ini. Lucunya, bekas suami tahu dan
pernah jadi pelanggan di sini.” Luah Rose seakan telah lama memendam dan
menanti masa untuk meluahkan.
“Saya sakit hati dengan dia. Sebab itu saya
kerja kelab. Lagi pun saya perlu banyak duit. Sewa rumah, insurans anak-anak,
sekolah, bil perubatan dan banyak lagi. Saya penat tanggung seorang. Sebelum
pilih kerja kelab, saya meniaga di rumah. Tapi tak banyak membantu.” Kata janda
tiga anak ini.
Skirt paras peha dengan padanan t shirt putih
ketat berlengan sendat, menampakkan lagi kecantikan Rose meski pun bertubuh
agak berisi. Senang cakap, bodynya mantap. Boot hitam separas lututnya juga
menarik perhatian Zulia. Lupakan soal pakaian. Semua perempuan GRO telah
terbiasa membuat ‘self grooming’ untuk meraih perhatian pelanggan. Kalau dah
namanya perempuan, wajah tidak secantik mana pun jika dikenakan make up, pasti
cantik juga Eh! Tutup cerita Rose. Dia banyak merintih mengenai kejahatan
suaminya.
Jam 3.30 pagi. Isnin. Wati membawa Zulia ke
sebuah kelab di Klang. Kata Wati, pemiliknya Melayu. Kelab ini mempunyai sebuah
lagi cawangan dengan menggunakan nama yang hampir sama, juga terletak
berdekatan. Ia bersaiz sederhana dengan di hadapannya tersergam sebuah
restoran, dipercayai untuk menutupi kegiatan kelab, juga mengaburi pihak
berkuasa.
Di sebelah restoran, ada tangga kecil menghala
ke tingkat atas, juga dikatakan letaknya bilik-bilik karaoke dan sebuah hotel.
Premis hotel itu pula tidak diketahui sama ada milik orang yang sama, atau
individu lain yang merasakan relevan membuka perniagaan berdekatan kelab malam
itu.
Melangkah ke dalamnya, konsep kelab agak
santai dengan ruang terbuka di tengah-tengah. Beberapa tiang di kiri dan kanan
kelab merupakan tempat terletaknya deretan sofa-sofa empuk untuk pelanggan
bersantai bersama-sama GRO.
Di hujung sudut, ada pentas kecil KIRA-kira
setinggi dua kaki untuk band jemputan membuat persembahan nyanyian dan tarian
ala eksotik. Selain penyanyi band, pengunjung juga dijemput hadir untuk
menyampaikan lagu. Ada yang sumbang, ada yang bagus suaranya. Rata-rata
pelanggan saya lihat berumur lebih 40-an atau lewat 30-an. Mereka segak. Ada
kerja bagus barangkali.
Atau mungkin juga pelanggan di sana dalam
kalangan navi (tentera laut) dari negara seberang atau negara lain yang
berlabuh di Pelabuhan Klang. Ternyata, telahan Zulia mengena. Suzi, rakan Wati mengiakannya.
Pelanggan tetapnya juga seorang tentera.
Suzi duduk di sebelah Zulia sambil menghidangkan
segelas coke. Zulia menggelengkan kepala sambil tersenyum, sebagai tanda menolak
lembut coke yang dihulurkannya. Berdekatan kami, ada kaunter deejay dan speaker
yang membingitkan.
“Sini ramai GRO Indonesia. Persaingan sengit.
Bergaduh sesama GRO kerana rebutkan pelanggan itu biasa. Tapi sebab owner
Melayu, tak berkira soal duit, saya fikir banyak kali nak berhenti.” Suzi
memulakan bicara. Dia janda anak empat. Tapi lebih kurus berbanding Rose dan
Wati.
Ironinya, ketika masih bersuami, Suzi
sememangnya bekerja sebagai GRO. Suami pula bekas bouncer kelab tersebut.
“Dulu masa bekas suami kerja sini, selamat
sikit. Tapi bila saya bercerai dan suami kerja di kelab lain saya kena lebih
hati-hati. GRO Indonesia ada yang pakai ilmu. Tak tahulah nak cakap macam mana
tapi dalam dunia kelab malam ni macam-macam boleh berlakukan?.
“Saya pernah menari bogel belakang kaunter
deejay. Masa tu saya tak sedar apa saya buat. Yang saya tahu saya memang
kepanasan. Saya buka baju seluar. Menari sambil menangis. Nasib baik
kawan-kawan nampak. Mereka tangkap saya bawa ke bilik air belakang premis.
Jirus air dan pegang saya sampai pitam. Lepas tu bawa balik. Esoknya baru saya
tahu, ada yang letak ‘ice’ (syabu) dalam coke saya.” Cerita Suzi.
-tamat-