Jumaat, 29 Julai 2011

Catatan 28 Julai 11_Syafiah Humaira, Hanim dan Sahari.
Syafiah Humaira…. Aku percaya semua rakyat Malaysia ingat dan kenal nama ini. Kisah pembunuhan kanak kanak 3 tahun ini bertul-betul menyentap perasaan. Jantung aku sentiasa berdebar kencang mengikuti kronologi pembunuhan kejam Syafia.
Kanak-kanak comel itu dipijak, ditendang seperti bola, dipukul bertalu-talu sehingga menyebabkan kulit kepala terkoyak, ususnya pecah dan pelbagai kecerderaan lain yang sangat menyayat hati.
Sepanjang mengikuti perkembangan kes, naluri keibuan aku bagai tersiat-siat. Apatah lagi, kematiannya kerana dibunuh teman lelaki ibunya, orang yang kukira rapat dengan mangsa!
Di sebalik kisah kematian Syafia, ada lagi yang lebih menarik dalam kehidupan kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa itu. Bila fikir semula, kepergian Syafia ada hikmahnya… biarlah si comel itu terus tidak tahu apa yang berlaku disekelilingnya…
Biar dia tidak tahu kisah ayahnya, biar dia tidak tahu perbuatan ibunya. Malu! Sungguh malu kanak-kanak itu jika dia tahu… sebab apa malu? Sebab masyarakat yg tidak tahu –menahu mungkin bisa membuat tohmahan melulu…
Hari ini, 28 Julai, bapa Syafia, Konstabel Sahari Usul ,33, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam daripada tuduhan membunuh pekerja bengkel warga Indonesia, antara jam 10 dan 11.30 malam, 13 Januari 2006.
Berita pembebasan Sahari disambut dengan teriak, ‘AKU BEBAS!’ daripada Sahari. Lelaki itu kemudian kelihatan mengangkat tangannya seperti meraikan satu kejayaan.
Dia bersalam dengan semua org sekeliling termasuk polis dan wartawan. Katanya, peguam, J Kuldeep yg membelana dalam kes itu adalah yg terbaik.
Dia berterima kasih kepada peguam itu sambil menyatakan kepada wartawan yang hadir “Apa-apa pun saya mahu ke kubur Syafia dahulu,”
Jelas bapa dua anak itu gembira.
Hakim Dr Badariah Sahamid mendapati tidak ada bukti yang menunjukkan Sahari berada di tempat kejadian pembunuhan.
Sedikit fakta mengenai pembunuhan itu, kononnya seorang penduduk membuat aduan di Balai Polis tempat Sahari bekerja, bahawa isteri penduduk itu mempunyai hubungan dengan lelaki Indonesia (Yusrizal).
Penduduk itu berkata, dia telah membuat laporan polis di tempatnya, namun balai itu tidak mahu menerima laporan menyebabkan dia mengadu ke balai polis itu pula.
Sahari kemudian menangkap Yusrizal di bengkel tempat lelaki Indonesia itu bekerja.
Di balai polis, dia dan dua rakannya, Koperal Ailias dan Konstabel Saiful telah menyoal siasat Yusrizal.
Sahari kemudian meminjam motosikal salah seorang rakan polis untuk pulang ke rumah. Ketika itu lah dia menyerahkan pistolnya kepada Saiful.
Rupa-rupanya, dalam tempoh itu lah kedua-dua sahabat Sahari membawa Yusrizal ke Ladang Caledonia, Kilometer 22, Jalan Kuala Lumpur-Kuala Selangor, Batu Arang, Gombak.
Dengan peluru di pistolnya itulah, Ailias dan Saiful menembak mati Yusrizal sebanyak 3 das di kepala..
Badariah membebaskan Sahari dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Ailias dan Saiful.
Ada beberapa fakta pelik dalam kehidupan mereka ini yg aku rasa korang semua blh faham sendiri.
… semasa bapanya ditahan di penjara Sungai Buloh (menjalani prosiding di mahkamah), ketika itulah ibunya (Siti Nor Hanim Aziz, 26) mempunyai teman lelaki bernama, Abang Mat'(suspek), (Mohd Fazli)
Sementara itu, Sahari ditahan reman tanpa jaminan di Penjara Sungai Buloh sejak tahun 2006 kerana kes bunuh lelaki Indonesia terbabit.
Ertinya, 4 tahun lalu Hanim tidak bertemu suaminya Sahari, malah dia pernah mendakwa digantung tidak bertali sejak 4 tahun namun, anak bongsu Hanim, iaitu adik bawah Syafia berusia 1 tahun 6 bulan. (namanya, usahlah aku nyatakan wlwpun aku tau dah pernah kelua paper).
Bagaimana Sahari yang sudah berada di penjara selama 4 tahun boleh mengandungkan Hanim?
Hanim dan teman lelakinya berjaya mengelirukan penduduk kampung kononnya sebagai pasangan suami isteri sah, tetapi dengan suaminya Sahari? Mampukah dia menutup semua itu?
Sama-sama kita tunggu kisah mereka… kalau mengikut kenyataan kakak Sahari semalam, mereka ingin membawa Sahari dan anak sulung mereka pulang ke Sarawak. Di sana, keluarga itu bakal memulakan penghidupan baru…
Sekarang Sahari terbukti tidak bersalah… bak kata kawan kawan reporter, duit tunggakan gajinya sepanjang lima tahun di penjara mungkin boleh buat bisnes….

=tamat=

Tiada ulasan: