Khamis, 3 Oktober 2019

BAYAR HABIS PINJAMAAN YAYASAN PAHANG DAN DAPAT REBAT 15 PERATUS SEKARANG!




Hari ni saya selesai urusan pembayaran pinjaman pendidikan YAYASAN PAHANG menggunakan akaun 2 KWSP. Rasa lega dan happy yang amat sangat macam baru lepas jatuhkan batu besar yang ada atas kepala.
.
Saya share perkara ni di whatsapp status dan ramai PM saya tanya macamana caranya dan betul ke ada rebat? Yes! Untuk YP jawapannya Yes! (Refer gambar promo)
.
Diskaun ni sah dari Oktober hingga Disember 2019 dan syaratnya adalah bagi peminjam yang menyelesaikan bayaran secara sekaligus ke atas baki pinjaman termasuk caj caj lain. Tiada had baki tau.
.
Maknanya kalau baki anda 50k, tetap dapat diskaun 15 peratus! Haaa tinggi kan? Susah nak jumpa offer macam ni sebab biasanya tak sampai 10 persen.
.
Bukan hanya untuk yang bayar tunai, macam saya pilih untuk guna akaun 2 di KWSP pun layak dapat diskaun.
.
CARANYA:- (bagi peminjam YP shj)

1) pergi ke pejabat YP di Tanjung Lumpur aras bawah

2) minta penyata baki pinjaman macam contoh dalam gambar. YP sudah ada standard format untuk keluarkan penyata tu kepada KWSP. YP dah kira siap siap berapa baki hutang kita (saya percaya pemiutang lain pun macam PTPTN, Dll ada format sendiri)

3) bawa penyata tu ke mana mana cawangan KWSP. Semak baki akaun 2 korang lepas tu isi borang dari KWSP pastu tunggu nombor giliran.

4) KWSP akan keluarkan surat dan menyatakan lulus atau tidak. Proses pemindahan/bayaran ke akaun pemiutang ambil masa dua minggu atau 20 hari. Untuk kes saya, ngam ngam tempoh rebate!
.
Kalau baki akaun 2 korang cukup, memang guarantee lulus!

5) dah selesai urusan di KWSP tunggu sahaja resit/maklum balas daripada YP. Senang kan!

CARA KEDUA (PEMOTONGAN GAJI) tapi tak ada rebat

1) ambil surat dari YP yang ditujukan kepada majikan dan submit kepada majikan. Tunggu je lah slip gaji bulanan... yang ni semua tahu dah kan... okbai

Pemilihan PKR Ranting Semambu



NOR KHALILAH GUSTI HASSAN
KUANTAN - Pemilihan PKR Ranting Semambu bagi jawatankuasa baharu sesi 2019/2022 menyaksikan Chan Chun Kuang dilantik sebagai Ketua Ranting yang baharu menggantikan penyandang terdahulu, Lee Chean Chung.
Sementara itu Ong Tee Tock mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua PKR Ranting tersebut.
Menurut Chun Kuang, sebanyak dua usul dikemukakan dalam Pemilihan tersebut untuk diangkat ke peringkat pimpinan tertinggi.
"Dua usul dibawa, pertamanya kami harap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk undur diri dan serah pucuk pimpinan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Mei tahun depan.
"Kedua kami harap kerajaan negeri Pahang memberikan geran tanah kepada pemilik bangunan di Bandar Sungai lembing dan keutamaan kepada 31 keluarga yang merupakan mangsa kebakaran di Kampung Sungai Lembing baru baru ini," katanya.
Pemilihan diadakan Isnin lepas dengan kehadiran 20 ahli.
Bagi jawatan Setiausaha disandang olehOng See Chern; Bendahari: Chew Yok Kim; Ketua Wanita: Chan Cheng Lan manakala Ahli Jawatankuasa pula terdiri daripada Foo Yoon Kong, Yap Chee Xiong, Wong Geok Hwa, Ng Chooi Keong, Chow Kok Chew.
Difahamkan, Chean Chung tidak mempertahankan jawatan bagi memberi fokus terhadap tanggungjawab beliau di peringkat negeri dan pusat sebagai Ketua Cabang Indera Mahkota, Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang dan Bendahari Agung Pusat.
Tamat


331 generasi kedua Felda Triang, bakal dapat geran



NOR KHALILAH GUSTI HASSAN
KUANTAN - Seramai 331 generasi kedua Felda Triang Tiga Taman Lamanda bakal menerima geran Perumahan selewat-lewatnya Oktober ini.
Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah berkata, hal ini merupakan berita gembira buat Generasi Kedua Felda tersebut setelah proses pemilikan geran itu tergantung selama lima tahun.
"Baru-baru ini kita telah melaksanakan program Bicara Warga Felda Zon Bera di atas inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Datuk Mohd Fadil Osman.
"Banyak perkara yang kita kemukakan dan beberapa isu diangkat warga Felda dan yang menjadi keutamaan adalah berkenaan geran individu pemilik atau pembeli rumah Generasi Kedua di situ. Alhamdulillah kata sepakat telah diambil dan generasi kedua bakal memiliki geran mereka sendiri tidak lama nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Sementara itu, Mohd Fadil berkata, pihaknya membuat semakan di Pejabat Tanah Bera dan mendapati dalam setiap projek perumahan pihak pejabat tanah akan menyerahkan geran sejak awal kepada pemaju.
Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab pemaju untuk menyediakan maklumat dengan mengisi borang dan menyediakan dokumentasi berkaitan, sebelum diserahkan kepada pejabat tanah untuk tujuan pindah milik atau pertukaran nama geran.
"Jadi dalam hal ini kita minta pihak pengurusan Felda di sini bertindak seperti sepatutnya dalam tempoh sebulan dari tarikh kita adakan sesi Bicara Warga Felda Zon Bera kelmarin," katanya.
Sementara itu katanya, berhubung Projek Perumahan Generasi Kedua Felda di Felda Triang Satu dan Felda Kumai, yang dihentikan, pihaknya sedang memikirkan alternatif untuk disyorkan kepada Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan peneroka Felda, terbela.
Tama t

Perkasa wanita dengan Majlis Pembangunan Wanita


Shahniza bergambar bersama barisan jawatankuasa Majlis tersebut. (Gambar)


KUANTAN - Majlis Pembangunan Wanita Negeri Pahang ditubuhkan sebagai dedikasi kerajaan negeri untuk memfokuskan pembangunan wanita negeri ini secara lebih holistik.
Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, pihaknya bersama jawatankuasa yang telah dilantik akan merancakkan pelbagai aktiviti membabitkan wanita.
Sehubungan itu katanya semua NGO wanita di negeri ini diseru untuk berhubung dengan Majlis itu untuk memulakan usaha memperkasa dan memartabatkan wanita di negeri ini.
"Terima kasih kepada yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan rakan-rakan exco terutama Datuk Seri Sallehuddin Ishak yang menyokong dan membantu penubuhan Majlis ini.
"'Saya ingin semua wanita mengambil maklum mengenai kewujudan Majlis ini di mana selepas ini kita akan merancang pelbagai aktiviti berkaitan," Katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Terdahulu, beliau turut mempengerusikan Mesyuarat Pertama Mahlis tersebut di Wisma Sri Pahang, di sini, baru baru ini.
Dalam mesyuarat tersebut beliau menyampaikan surat-surat lantikan kepada Ahli-ahli Majlis yang terdiri daripada individu-individu yang dikenalpasti boleh membantu usaha memperkasa wanita di negeri ini.
Tamat

Pesta tanglung, tradisi yang dirai bersama




KUANTAN - Lebih 300 ahli Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pahang menyertai Pesta Tanglung 2019 anjuran persatuan terbabit di perkarangan Masjid Sultan Ahmad Satu, di Kuantan, baru baru
ini.
Pengerusi MACMA Pahang, Datuk Izzudin Chong berkata objektif program bagi merapatkan hubungan ahli persatuan selain sebagai dakwah
kepada umum serta memperkenalkan budaya masyarakat Cina.
Beliau menjelaskan acara itu merupakan tradisi dan budaya masyarakat cina mempunyai pelbagai pengajaran khususnya memupuk silaturrahim.
"Sebagai seorang muslim kita tidak meninggalkan budaya Cina yang kita raikan sejak nenek moyang lagi seperti Pesta Tanglung ini.
"Kita bersatu pada hari ini sebagai salah satu langkah dakwah untuk memberitahu kepada umum bahawa agama dan bangsa itu adalah dua perkara berbeza. Walaupun saya bangsa Cina tapi saya seorang Islam.
"Justeru kaum lain yang beragama Islam, masih boleh meraikan festival ini kerana ia tradisi kaum Cina bukan amalan ugama lain dan saya menyeru semua kaum saling faham memahami serta menerima budaya antara satu sama  lain," katanya ketika ditemui media pada festival itu di sini, baru baru ini.
Pesta Tanglung lazimnya dirayakan pada hari ke-15 dalam bulan kelapan.
Mengikut kalender Cina secara asas pesta petani di China ketika bulan mengambang penuh pada musim luruh serentak dengan musim menuai.
Selain, perarakan tanglung turut diadakan persembahan tarian naga.
Dalam pada, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri sallehuddin Ishak berkata, kaum Melayu tidak perlu bimbang jika ada ahli keluarga yang berkahwin dengan bangsa lain kerana semua kaum di Malaysia tahu cara pergaulan dan adat masing-masing.
Beliau menyatakan perlu ada usaha berterusan dalam menjalankan dakwah tanpa mengira kaum dengan cara menghormati budaya dan juga tradisi sesebuah kaum;
" Islam sebenarnya diamalkan oleh semua kaum di dunia. Walaupun memeluk Islam tetapi tradisi kaum masih kekal iaitu cara hidup yang berbeza tetapi akidah tetap sama.
"Menjadi kewajipan kepada kita sebagai orang Islam untuk menerangkan bahawa Islam itu bukanlah hanya untuk kaum Melayu sahaja," katanya.
Tamat

Kerajaan Pahang bantah tutup UNITEN



KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang membantah penutupan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) untuk menutup Kampus Sultan Hj Ahmad Shah (KSHAS) di Bandar Muadzam Shah, Rompin.
Menteri Besar Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sejak kemasukan 200 pelajar pertama pada tahun 2001 hinggalah kemuncaknya pada tahun 2015 universiti tersebut telah mendidik  4,300 pelajar dan jumlah ini turut menyumbang kepada peningkatan aktiviti sosio-ekonomi Bandar Muadzam Shah.
“Sungguhpun kini jumlah pelajarnya menurun kepada 1,300 orang tetapi ini sebenarnya merupakan kesan daripada faktor ekonomi nasional dan dunia. Apabila keadaan ekonomi bertambah baik saya percaya, jumlah kemasukan pelajar akan kembali ramai.
"Kerajaan Negeri meminta pengurusan UNITEN serta pengurusan tertinggi TNB agar dapat menyemak kembali perancangan itu dengan mengambil kira bantahan oleh Kerajaan Negeri dan pelbagai pihak lain,” katanya dalam satu kenyataan media.
Wan Rosdy berkata, di samping berjasa mendidik ramai anak bangsa di negeri ini, universiti itu juga mempunyai nilai sentimental yang amat bermakna kepada negeri Pahang kerana namanya mengambil sempena nama Almarhum Paduka Ayahanda, Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada keputusan Lembaga Pengarah UNITEN pada 24 September lepas mengenai inisiatif yang dikenali ‘Reimagining UNITEN’, bagi memusatkan kampus-kampusnya yang ada hanya ke Putrajaya.
Di bawah inisiatif ini juga, UNITEN dikatakan akan berganding bahu dengan Jabatan Real Estate Ventures (REVD) TNB untuk mentransformasikan UNITEN KSHAS di Bandar Muadzam Shah kepada premis TNB yang baharu.
“Walau apapun perancangan yang ada, dengan memberi apa juga istilah ‘bombastic’ kepada usaha tersebut; pucuk pangkalnya ialah UNITEN KSHAS di Muadzam Shah akan ditutup. Ini sememangnya Kerajaan Negeri tidak dapat terima lalu membantahnya,” katanya.
Beliau menambah, ketika Kerajaan Negeri meluluskan tanah seluas kira-kira 68 hektar (168 ekar) kepada UNITEN pada penghujung tahun 1990-an ialah bagi maksud pembinaan segala jenis infrastruktur yang diperlukan agar terbina sebuah kampus yang dapat menampung keperluan pendidikan dan penginapan ribuan pelajarnya.
Oleh itu katanya, sepertimana positifnya pandangan Kerajaan Negeri tentang kewujudan UNITEN KSHAS, begitulah juga diharapkan di pihak UNITEN dan TNB.
“Adalah diharapkan, daripada melakukan usaha untuk menutupnya, adalah lebih wajar berusaha untuk menyemarakkannya lagi dengan pengenalan lebih banyak kursus peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjananya, dengan tidaklah terhad kepada adanya Kolej Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (COBA) sahaja,” katanya.
Tamat

Makanan penyebab kanser. Awas! Jauhinya

1. Air berkarbonat dan gula

Air berkarbonat ataupun air Soda dipenuhi gula – gulalah bahan bakar kanser yang utama, dan walaupun ada air berkarbonat yang “tanpa gula”, ia sudah cukup buruk untuk anda – kerana ia juga sering mengandungi pewarna karamel tiruan. Warna tiruan ini dipanggil Caramel IV dan mempunyai bahan kimia karsinogenik (penyebab kanser) 4-MEI sebagai hasil sampingan proses berasaskan ammonia. Alternatif – Air biasa selalu menjadi pilihan terbaik, tetapi jika anda benar-benar mengidam kemanisan air soda, pilihlah jenama yang tidak menggunakan Caramel IV.

2. Daging merah

Walaupun daging panggang sungguh lazat, para saintis mendapati bahawa dalam suhu tinggi yang digunakan untuk memasak, ia menghasilkan hidrokarbon penyebab kanser kerana perubahan struktur kimia dan molekul daging. Alternatif – Makan daging merah dengan berhati-hati dan masak dengan teliti, pilihan lain adalah makan daging putih sebagai ganti, seperti ayam.

3 . Popcorn

Diacetyl adalah apa yang membuatkan rasa bertih jagung ketuhar mikro anda menjadi lazat apabila ia keluar dari ketuhar mikro, tetapi apabila dipanaskan, bahan ini menjadi asap bertoksik kepada manusia. Juga, lapisan di dalam beg itu karsinogenik. Dan akhirnya, pengeluar popcorn tidak perlu melaporkan sama ada biji mereka adalah GMO atau tidak, kerana kemungkinan besar ianya tidak. Alternatif – Beli biji organik dan popkannya dalam ketuhar (oven) dengan minyak zaitun, atau dalam “air popper”.

4 . Tomato dalam tin

Makanan berkaling  berbahaya kerana tin dipenuhi dengan BPA kimia, pengubah hormon yang telah didapati mengubah sel-sel otak tikus. Tomato dalam tin adalah sangat memudaratkan kerana keasidannya menyebabkan BPA meresap ke dalam makanan, menjadikannya lebih tidak sihat untuk dimakan. Alternatif – Beli produk segar atau beku bergantung kepada apa yang sesuai dengan anda.

5 . Minyak sayuran ekstrak

Minyak sayur ini diekstrak dari sumbernya secara kimia. Mereka juga mempunyai paras lemak omega-6 yang berbahaya, yang mengubah struktur membran sel kita, dan akhirnya boleh menyebabkan kanser. Alternatif – Pilih beberapa minyak yang diekstrak secara semulajadi, seperti minyak Canola atau Zaitun.

6. Ikan salmon sangkar

Walaupun salmon yang ditangkap liar mempunyai kandungan protein yang baik untuk anda, lebih daripada 60% salmon yang digunakan di AS berasal dari hasil pertanian di mana mereka diberi makanan yang penuh dengan antibiotik dan racun perosak, yang terkumpul di dalam badan haiwan , dan apabila dimakan manusia, ia menjadi sesuatu yang memudaratkan. Alternatif – Makan ikan-liar atau gunakan suplemen minyak ikan yang dimurnikan untuk diet yang lebih baik.

7. Pemanis buatan/tiruan

Pemanis buatan kebanyakan dihasilkan oleh proses kimia, dan data tidak mencukupi untuk benar-benar mengetahui jika ia selamat atau tidak. Beberapa kajian mengatakan bahawa pemanis buatan menyebabkan toksin DKP (Diketopiperazine) terkumpul didalam badan dan berpotensi menyebabkan tumor otak. Alternatif – Jika anda mesti menggunakan perasa manis, pilih Stevia kerana ia semula jadi. Resipi tertentu juga boleh menggantikannya dengan penggunaan sos epal.

8. Tepung putih halus


Tepung putih halus tidak mempunyai apa-apa khasiat pemakanan kerana proses kimia yang perlu dilalui. Dan lebih buruk lagi, ia dilunturkan dengan gas klorin untuk mencapai warnanya putih. Ia juga penuh dengan karbohidrat, yang sangat mudah ditukar kepada gula – iaitu makanan kegemaran si Kanser – pada badan anda. Alternatif – Pilih tepung gandum yang tidak dilunturkan untuk memasak, dan baca label dengan berhati-hati untuk menentukan berapa banyak peluntur digunakan didalam produk yang dibungkus

8. Buah buahan dan sayuran bukan organik

Buah-buahan dan sayur-sayuran amat baik untuk anda, tetapi jika ianya disembur dengan racun perosak, ianya amat memudaratkan. Sebagai contoh, Altrazine adalah pembunuh rumpai yang telah diharamkan di Eropah kerana menyebabkan masalah kesihatan yang teruk pada manusia, tetapi masih biasa digunakan di AS. Kumpulan Kerja Alam Sekitar (EWG) mendapati bahawa hingga 98 peratus dari semua hasil pertanian konvensional, adalah tercemar dengan racun perosak yang menyebabkan kanser. Alternatif – Belilah yang organik sebagai keutamaan anda ketika memilih, dan cuci dengan cermat semua buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum makan.

9. Daging terproses


Ini termasuk produk seperti bacon, “hot dog”, sosej, dan daging deli. Pemprosesan makanan sering menambah jumlah garam yang banyak serta bahan kimia berbahaya, terutamanya nitrat dan nitrit yang digunakan untuk memelihara makanan bersama garam. Aditif ini bertujuan untuk membuat makanan ini lebih enak untuk dinikmati tetapi membawa risiko yang tinggi kepada kesihatan anda. Alternatif – Makan daging organik dan cari produk lain dengan pemprosesan minimum dan tiada bahan pengawet, dan jangan lupa untuk mencuci bahan-bahan dan masak dengan teliti

9. Potato cip / cip kentang

Cip kentang adalah penjenayah makanan kerana beberapa sebab. Satu, ia digoreng dalam lemak trans – Ingat perkara kelima dalam senarai ini? – dan ia menyerapnya, dan dua, cip kentang sarat dengan garam, yang bukan hanya meningkatkan risiko kanser, tetapi juga penyakit yang berkaitan dengan jantung. Kebanyakannya juga mempunyai bahan pengawet dan pewarna tiruan. Alternatif – Untuk snek yang baik, anda boleh mengambil beberapa Pretzels, bertih jagung semula jadi, atau beberapa kerepek pisang.

10. Gula

Masalah terbesar dalam kategori ini ialah sirap jagung fruktosa tinggi (HFCS), dan gula halus yang lain, mahupun gula perang juga boleh menjadi masalah kerana syarikat-syarikat besar hanya menambah molases, dan bukannya gula perang itu dihasilkan secara semula jadi. Gula halus adalah penyebab utama insulin memuncak didalam badan, dan gula memelihara pertumbuhan sel-sel kanser. Alternatif – Sentiasa meneliti senarai ramuan apabila membeli makanan yang dibungkus; Kandungan gula akan mengejutkan anda, walaupun pada beberapa makanan yang sihat. Puaskan mengidam makanan manis anda dengan mengambil buah semulajadi daripada mengambil gula-gula, dan anda akan baik-baik saja sepanjang hari.

11. Lemak tranz

Lemak trans terbentuk apabila pengeluar menukarkan minyak cair menjadi lemak pepejal, dalam proses yang dipanggil penghidrogenan, yang bertujuan untuk meningkatkan jangka hayat pelbagai produk. Tetapi sekarang anda mungkin tahu bahawa Trans Fat juga menyebabkan kanser, kerana pada tahun 2015 pengeluar makanan diberi 3 tahun untuk menghentikan penggunaan sebahagian minyak hidrogenasi (PHOs) dari produk mereka. Alternatif – It’s better if you eat something with low amount of fat instead, but if you want something with this kind of taste, eat food that have things like butter, which is saturated fat, but also be careful with how much you eat it, because it’s also dangerous

12. Daging salai


Daging yang biasanya salai adalah daging merah dan ikan, dan mereka biasanya dianggap sebagai makanan istimewa. Makanan yang disalai adalah sebahagian rutin yang tidak dapat dielakkan daripada perayaan dan majlis kenduri. Walau bagaimanapun, dalam proses menyalai atau membakar, mereka menyerap sejumlah besar tar, yang merupakan karsinogen yang terkenal. Selain itu, bacon, ham, sosej dan daging lain seperti ini juga tinggi garam. Pengambilan kerap daging bakar/salai telah dikaitkan secara statistik berkenaan dengan perkembangan kanser usus dalam kajian yang dikemukakan oleh Fritz, W, dan Soos, K (1980). Apabila menyalai makanan sedemikian rupa sehingga hangus terbakar di luar, hidrokarbon aromatik polisiklik dibentuk. Hidrokarbon aromatik adalah bahan kimia berbahaya yang menurut Penyelidikan Kanser UK, menyumbang pembentukan kanser. Walau bagaimanapun, ini hanya satu teori yang belum terbukti, jadi tidak ada asasnya untuk meyakinkan orang ramai untuk berhenti menghidangkan makanan barbeku. Pengambilan harian yang disyorkan bagi jenis makanan ini tidak ada jumlah yang disyorkan atau had yang ditetapkan, tetapi perhatikan pengambilan kalori harian anda yang dititikberatkan. Dua hingga tiga keping (200-300 gram) daging setiap hari sudah cukup untuk memastikan anda berasa kenyang dan tidak menjejaskan kesihatan anda.

12  jeruk

ALEXNIKA/SHUTTERSTOCK Makanan ini mengandungi beberapa pengawet dan nitrat yang berpotensi menjadi karsinogenik, kata Dr Bilchik. Khususnya, memakan banyak makanan jeruk meningkatkan risiko kanser perut dan esofagus, serta kanser tiroid dan ovari pada beberapa wanita, menurut Institut Kanser Kebangsaan. Ini adalah 6 gejala senyap kanser kolon yang anda mungkin terlepas pandang

PENCARIAN IKON ANAK MUDA! JOM JUMPA DS SHAHANIZA DI TAMAN TASIK MARAN MINGGU INI

Shahaniza (kanan) bersama Ahmad Taqiyuddin Hamid, pesilat dari Kg Bak-Bak Maran pernah mengharumkan nama Negeri Pahang dan Negara. Beliau memenangi pingat emas Sukan Sea yang lalu dan pernah dicalonkan sebagai Olahragawan Negeri Pahang tetapi nasib belum menyebelahi beliau.
Sumber foto: FB Ds Shahaniza


Pencarian Ikon Anak Muda Maran

KUANTAN - Lebih 50 pencalonan diterima dalam pencarian Ikon Anak Muda Maran bersempena sambutan program Gempak Orang Muda Maran yang akan diadakan di Taman Tasik Maran pada 6 Oktober ini.

ADUN Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, oleh kerana sambutan yang amat menggalakkan tersebut, beliau ingin menemui calon-calon dan akan membuat penilaian dengan cara mengikuti perkembangan calon secara lebih dekat.

"Apabila saya mengutarakan cadangan ingin mencari Ikon Anak Muda Maran, saya tidak menyangka akan mendapat sambutan yang sangat hebat. Ramai yang teruja mencalonkan individu-individu yang saya amat yakin semuanya layak diangkat sebagai ikon.

"Setelah meneliti, saya bercadang untuk bertemu sendiri dan mengikuti aktiviti-aktiviti mereka dalam tempoh beberapa bulan ini bagi memastikan Ikon yang terpilih itu nanti bakal menjadi inspirasi dan contoh terbaik kepada kita semua itu.

"Dengan itu, sempena program Gempak Anak Muda Maran, saya menjemput semua yang mencalon dan yang dicalonkan untuk hadir pada malam tersebut dengan mendaftarkan diri secara rasmi. Ini penting kerana kita memerlukan alamat,nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dan beberapa maklumat yang lain," katanya.

Perjumpaan itu katanya akan disusuli dengan  aturcara bertukar pandangan dan mendengar idea golongan muda demi kebaikan mereka.

Katanya hadir sama pada malam tersebut ialah selebriti Sharul Shiro, Zetty Mentor dan Lukman Faiz.


Tamat