Rabu, 25 November 2015

Habuan RM73,000 buat Johan Futsal Piala Tengku Mahkota Pahang

http://www.sinarharian.com.my/ultras/habuan-rm73-000-rebut-piala-tengku-mahkota-pahang-1.454100








SEBANYAK 84 pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang bakal berentap dalam Kejohanan Futsal Piala Tertutup Negeri Pahang bagi merebut piala pusingan bernilai RM53,000 serta tunai RM20,000.
Kejohanan yang dijalankan bersempena bulan keputeraan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, iaitu Julai telah dibuka penyertaannya kepada seluruh Dun Negeri Pahang sejak 7 November lalu.
Majlis perasmian kejohanan tersebut yang dijalankan di Hotel MS Garden Kuantan telah disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman, Datuk Johari Hussain mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri DiRaja Adnan Yaacob.
Johari, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pahang berkata, setiap Dun dibenarkan menghantar dua kumpulan masing-masing bagi merebut piala pusingan yang mana acara kemuncak akan diadakan pada bulan Julai tahun hadapan.
“Walau bagaimana pun kejohanan tetap dibuka kepada institusi pengajian tinggi dan jabatan kerajaan untuk menghantar pasukan terbaik masing-masing bagi bertanding di kejohanan ini.
“Kita menjangkakan penyertaan akan melebihi 84 pasukan yang mewakili 42 Dun tersebut, sebelum tarikh tutup, Jun tahun depan,” katanya pada sidang media.

Usaha sama kerajaan Pahang
Menurut Johari, kejohanan yang dibuka bagi kategori lelaki berumur 25 tahun ke atas ini merupakan usaha sama erat antara kerajaan Negeri Pahang menerusi Jabatan Belia dan Sukan Pahang, di bawah perkenan istana bersama Persatuan Peniaga Melayu Bersatu Pahang, selaku penganjur utama.
“Kerajaan negeri menyambut baik kejohanan ini kerana ia merupakan satu perlawanan berprestij dan kita mengalu-alukan cadangan bagi menambah baik serta penglibatan badan-badan korporat dalam bentuk tajaan.
“Kerajaan negeri menerusi Jabatan Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Pahang akan membantu dari segi kewangan dan perkara-perkara berkaitan serta persediaan padang-padang futsal. Kita mempunyai 163 gelanggang futsal di seluruh mukim dalam negeri Pahang,” katanya.

Erat silaturahim
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Melayu Bersatu Pahang, Rosli Awang berkata, kejohanan futsal ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim anak-anak desa menerusi sukan berprestij yang mendapat naungan Tengku Mahkota Pahang.
“Dengan kepimpinan dan penyertaan di semua peringkat Dun persatuan berasa bangga kerana dapat memperluaskan kejohanan futsal ke arah yang lebih tinggi.
“Ranking futsal negara kita sedang ke arah kejohanan dunia. Kategori lelaki kini berada di tempat kelima di Asia manakala di peringkat dunia negara kita berada di tempat ke 56. Itu maklumat yang saya dapat dan ini jelas menunjukkan perjalanan futsal dalam negara kita amat luas dan berprestij.
“Saya harap dengan bantuan kerajaan dan ahli dewan undangan negeri, exco dan ahli korporat akan membantu melancarkan kejohanan ini. Kejohanan akan dilangsungkan di Kuantan bermula 20 hingga 26 Julai 2016 dan satu majlis gilang-gemilang sempena upacara penyampaian hadiah akan dijalankan selepas kejohanan,” katanya

Isnin, 19 Oktober 2015

LIMA HARI SEBELUM MAJLIS MERISIK


Hari ini, lagi lima hari sebelum tarikh si dia datang melamar.. aku dah dup dap dup dap.. tak tahu apa respons abah and mak bila anak dia nak dilamar oleh seorang jejaka bujang dari kelantan yang dah bermastautin kat blok belakang rumah mak sejak lapan tahun lalu...(hihihi dekat ngan umah je rupanya jodoh aku)
walau pun kami belum sure dan cuma 70 peratus yakin lamaran si dia akan diterima ayahnda dan bonda aku, tapi aku punya semangat nak bertunang n menikah tu dah lain macam dah. biar tak sure takpe janji ada perancangan awal ye tak? ahaksss...
Lepas balik outstation dari Sibu Island Johor kelmarin, beberapa hari ni memang jadual masa lapang aku telah kusibukkan diri dengan menggoogle mini pelamin DIY je. 
 
Untuk apa? ala untuk menggediks gediks santai ngan adik beradik aku pada majlis tunang nanti lah!. hihhi... oh ya bila? haaa... majlis tunang yang dirancang pada 12 dis 15 nanti. memang teruj! macam macam gambar aku jumpa kat youtube and website dan aku snap pic beberapa mini pelamin yang aku yakin aku boleh buat sendiri.
ini antara yang menangkap mata fikiran aku. ia cantik, minimalis, lembut, utuh dan nampak macam jimat. bunga bunga tu aku bleh sewa je nanti kan

yang ini kombinasi  pastel color yang sangat menyentuh jiwa. aku duk bayang diri sendiri berpakaian merah terang golek golek kat celah celah color pastel tu. humangaih!! lawa.... krikkk kriiikkk

ha yg ni aku suka sebab sure murah dan boleh didapati dalam umah mak aku je. like tapak tilam tu blh pakai tilam baby adik aku hahahahah

yang ini comel dan simple. konsep jurai jurai tu aku nak tiru nanti

yang ni the best design. nampak elegen. sure mahal tapi aku rasa aku blh tiru dengan jayanya

 yg ini kombination semua yang aku nak kat atas tadi. ada pastel, ada jurai jurai, ada jambakan bunga dan adalampu serta sentuhan elegen. tapi atas lebih simple dan moden kan?

soal kos, itu belakang kira. nanti dah pilih pelamin mana yang berkenan di hati barulah kira kos.. hihi... time google tu ada juga aku terlintas macam mana nak pasang langsir tu nanti. mana nak cari palang besi tu? mana nak beli bunga besau besau tu? time tu lah teringat nak sewa je bunga bunga tu nanti kat mana mana kedai kawen berhampiran. mesti ada kan? bantal-bantal ngan pentas kecil ala aku songlap lah kat mana mana umah kawan ke kan hahahahah... kata sayang...
hihihi
teringat masa aku DIY pelamin adik aku. lawa gilos! hakikatnya aku memang ada bakat deko semula jadi hehehehehhhh (berlagakkan).... insyaALLAH, harap semuanya berjalan lancar and sekarang aku dah ada prefered mini pelamin aku sendiri dan akan kucuba deko setepat yang mungkin.
nak tenguk yang mana? nantilah... dah deko baru aku update gambar ya...

dalam hati ini tak ada yang lebih aku niatkan selain nak tenguk wajah yang tersayang tersenyum saat dia dan keluarga melangkah masuk dalam rumah selepas upacara merisik dan bertunang nanti. aku nak dia happy... dia bangga dan dia gembira di hari bahagianya. bukan untuk diri aku semata-mata.

aku nak dia rasa bertuah dan gembiranya menjadi bakal tunanganku... huhu ni dah start nak terbang ke awan neh.. cet

ala mini pelamin tu just nak buat latar masa sarung cincin dan bergambar je kan. apa pun tetap nak yang terbaik di mata yang tersayang dan keluarganya. apa yang penting aku kena ikut pesan dia, untuk cut cost.... jimat... jangan belanja sembarangan, tanya dia dulu. jangan pandai pandai... hihihhi....  dia pesan macam tu sebab dia tahu bakal bini dia ni boros tahap gaban.. woootttt woootttt....
 
lepas ni aku nak google deko hantaran pulak.... nampak tak keterujaan aku kat situ? huhu ...
XOXO...
doakanlah ya

--
Thank you & best regards,
Lala

Rabu, 29 April 2015

setiap hari di FB inbox message...

Stranger : Assalam boleh berkenalan? Lebih serius? (kadang-kadang ayat lain. korang pepaham je la sendiri)

Saya: Wsalam. Ramai minta. Pening nak pilih... 


ooo gelak eh? tu la kalau saya cerita korang tak nak percaya.... k bye!


Hahaha... itulah yang berlaku dalam FB inbox saya hari-hari. kalau tidak dilayan manusia ini sampai ke tahap memaki. Jadi saya ambil jalan tengah, ada yang saya layan ada yang saya biarkan... layanan saya pula akan dimulakan dengan jawapan jawapan yang annoying macam tu. 

tujuan saya cuma satu, saya nak buat orang yang PM saya tu rasa meluat, menyampah, ngeri dan seterusnya meninggalkan conversation kitorang tu atau terdiam terus lalu block dan unfrend saya.. muahahaha ... maka say apun selamat tak diganggu atau dimaki hamun lagi...

Betul. Kekadang sifat riak tu buat ornag benci. ngeh ngeh ngeh... tpai mana yang degil dia akan teruskan perbualan. ha yang tu saya suka. memang saya suka jenis yang degil degil ni sebab seangkatan je dengan saya... (kadang-kadang je saya degil hokey!")

by the way hidup ini macam macam kan...

Hujang turun mencurah... kemudian berhenti.... unggas berterbangan... dimakan cicak... cicak dimakan burung.. burung terperangkap jaring... manusia rebut... dan akhirnya semua mati... kitaran yang berulang-ulang tak pernah padam sampai sangkakala bertiup nanti. yang tinggal gersang dan gurun tandus... alam berputar dari satu generasi ke generasi....banyak cara hidup dan banyak juga cara kematian... salam perkenalan semua...


Jumaat, 24 April 2015

Lelaki kalau dah bodoh...

Pengalaman masa buat laporan kat satu tempat rahsia dengan beberapa orang yang rahsia...
Masa ni saya menyamar jadi orang lain kat tempat lain...
hihi... pening ke? leks lu...

Lelaki: Nak nombor telefon awak boleh? (fakta: dia tak kenal saya dan dia tak tahu saya sedang bertugas)

Saya: Ermmm... hihi... tak boleh. ok bye. (saya bangun dna duduk tempat lain)

Lelaki tu tak berputus asa dan datang semula duduk sebelah saya. Kali ni lebih rapat dan tanya lagi...

Lelaki: Saya bukan apa. Mana tahu akan datang kita boleh jumpa dan kenal-kenal...

Saya: Tapi saya tak nak kenal. Lagi pun saya tak join dah group-group awak lepas ni. Ok bye... (saya bangun lagi) betul-betulkan pakaian dan tukar tempat duduk lain. Tudung saya dah nak serabai pun sebab saya kalau lemas memang mudah mempamerkan kerimasan pada manusia lain)

Lelaki, tak tahu malu tu, dia mai lagi dan rapatkan muka ke telinga saya.

Lelaki: Saya tak ajak pun awak join lepas ni. Saya cuma nak nombor telefon awak je... Perempuan kalau dak seksi tutup macam mana pun dia nampak seksi juga...

Eh, eh... memang nak kena hamun anak saitan ni. Masa tu saya dah hilang sabar. Menggunakan kuasa power rangers tahap infiniti, saya pusing dan balas balik...

"Lelaki kalau dah bodoh, pakai macam mana smart pun tetap nampak bodoh!" Saya ambil beg tangan dan balik...


Rabu, 22 April 2015

Kisah mama dan Aisyah...

Sekadar nak kongsi kisah ini….

Sejahat-jahat mana pun manusia, apabila dah ada anak-anak sebagai amanah ALLAH yang dipertanggungjawabkan, kita tetap nak didik yang terbaik dan mahu mereka jadi soleh / solehah bukan?

Begitulah aku...

Kadangkala aku menangis tengok wajah-wajah mulus dan polos anak-anak ketika tidur. Seorang berumur tujuh tahun... seorang lagi lima tahun...

Menangis sebab ‘Terpukul’ diorang tu satu hal, tapi menangis sebab aku tak tahu macam mana nak jaga dan macam mana nak didik diorang menjadi orang berguna, mengamalkan agama dan taat pada perintahNYA, serta tidak mengejar dunia pada zaman duniawi ini.

Ha... aku nangis sebab aku bukan orang yang banyak ilmu macam orang lain. Aku kurang sabar. Kurang ilmu, kurang warak, kurang segala-galanya... tapi terpaksa tempuh waktu-waktu sebegini sorang-sorang...

Aku takut kalau diorang membesar tanpa ilmu yang akhirnya membawa diorang kepada jalan dunia semata-mata, tanpa bekalan cukup untuk ke akhirat yang nyata lebih kekal abadi. Sedangkan aku sendiri tercari-cari...

Terasa beratnya tanggungjawab menjaga anak-anak. Balik kerja kita penat. Kita memasak. Kita basuh pakaian. Kita angkat jemuran dan lipat pakaian. Siap memasak kita suapkan mereka makanan.  Lepas tu pantau kerja sekolah... kemaskan kerja seni yang dia tak siap masa kat sekolah... ajar mengaji... iron baju... kemas beg sekolah... buat susu... prepare untuk tidur... sesi menghafal surah lazim...

Ya Tuhan... ampuhnya hati aku kadang-kadang... hilang masa untuk diri sendiri. Tahu-tahu dah tertidur sama.

Bila gagal kawal perasaan... aku marah... aku menangis dan aku tak endahkan diorang.

Apalah sangat akal yang diorang ada selain nak main, nak gelak, nak nangis, nak usik-usik dan bergaduh. Abang buli adik, adik buli abang... bingit... tengah ajar mengaji pun sempat jugak diorang bergaduh... haishhh...

..........................

Teringat perbualan aku dengan Aisyah (lima tahun) masa dalam perjalanan nak hantar dia ke rumah pengasuh.

Waktu tu jam 7.30 pagi. Baru lepas hantar abang Iman (tujuh tahun) ke sekolah.
Sememangnya waktu pagi; iaitu waktu perjalanan hantar anak-anak baik ke sekolah mahu pun ke rumah pengasuhlah menjadi ruang dan kesempatan terbaik yang aku gunakan untuk bersembang dengan anak-anak.

Selalunya setiap kali aku berpesan kepada abang Iman, Aisyah akan diam saja kat seat belakang sambil nyonyot botol susu dia tu. Tapi tak tahu entah angin apa yang merasuk dia, hari itu dia kerap menyampuk...

“Kalau mama lambat jemput, ingat pesan mama, abang tunggu sahaja dalam sekolah ya. Jangan lari-lari kawasan parkir, nanti cikgu undur kereta tak nampak abang, sebab abang kecil lagi...”

“Okey mama...” Jawab Iman

"Yelah mama..." Aisyah mencelah...

“Sebelum masuk kelas baca doa ya. Minta pada ALLAH supaya abang faham apa yang abang belajar hari ini. Balik nanti boleh share dengan mama.”

“Okey mama...” jawab Iman.

"Ha betul tu. Nanti ajarlah adik pulak..." Aisyah menyampuk lagi.

“Kalau dengar cakap mama dan cakap cikgu nanti ALLAH sayang... dengan kawan pun kena berbaik-baik. Kalau kawan main kasar-kasar cakap dengan kawan abang tak nak main dah.”

“Okey...”

Kali ni Aisyah diam...

Lepas abang confirm melepasi pintu pagar, aku tekan pedal minyak dan teruskan perjalanan sambil intai Aisyah dari cermin pandang belakang.

Si kecil tu diam tak berkutik. Puting masih dalam mulut. Lagak dia macam boss yang tengah berkhayal entah fasal apa.

“Adik!” Seru aku. Dia berdiri di tengah-tengah antara dua kerusi hadapan. Tiba-tiba dia bersuara.

“Mama ni asyik cakap fasal ALLAH je. ALLAH sayang ALLAH sayang... mananya ALLAH tu? Ada ke? Hah takde pun! Takde pun!”

Dia pusing-pusing kepala buat lagak macam tengah
cari ALLAH.

Haishhh... serta-merta aku tekan break kereta. Aku park tepi jalan then aku duduk dengan posisi pandang ke belakang menghadap dia. Nak ku ketuk kepalanya terasa kasihan tapi memang rasa marah datang mendadak. Aku cari idea. Budak lima tahun ni kena bagi faham macam mana ya?

Lepas tu aku dapat idea! Ni semua idea dalam buku ke internet entah aku tak ingat mana aku baca. Terus ku picit hidung Aisyah sambil cakap,

“Ha boleh bernafas tak? Boleh bernafas tak?”

Dia mengeliat.... sambil tepis tangan aku. Tak lama aku picit tapi cukup la buat dia tercungap-cungap dan terkejut dengan perbuatan aku. Bulat mata dia pandang aku. Air mata dah bergenang kat kelopak. Sikit je lagi nak berderai.

“Mama tutup hidung adik macam mana nak bernafas?!” Aisyah bersuara tinggi. marah betul dia dengan aku...

“Ha tau pun! Adik bernafas dengan apa?

“Dengan udaralah!” Time ni Aisyah masih main kasar. Kening dia berkerut pandang aku.
“Ye ke? Mana udara? Mana? Mana? Mama tak nampak pun...”

Aisyah diam...
Air matanya jatuh...

Aku tarik kepala Aisyah aku rapatkan ke dada aku. Aku cium ubun-ubun dia. Mak aku pesan baca Fatihah dan tiup ubun-ubun anak masa tidur. Ha aku selalu buat macam tu supaya dia dengar kata. Menjadi atau tidak aku tawakal je.

Aisyah menangis tapi tak bersuara. Aku tahu dia ketakutan tapi sikap Aisyah ni kental. Aku faham sangat...

“Mama tak suka adik cakap macam tu. ALLAH tu ada. Sama lah macam udara. Kalau adik tanya mama, mama tak tahu macam mana nak jawab. Tapi macam mana adik rasa udara tu ada... macam tu lah ALLAH ada. ALLAH yang ciptakan kita...” aku nasihat dia.

Tak tahulah perumpamaan aku boleh difahami atau tidak. Rasa macam bercakap dengan orang dewasa. Tapi jawapan Aisyah selepas itu buat aku pula yang nak menangis.
“Okey mama. Adik minta maaf...”

Dan aku sambung pandu kereta...

:( :( 


Isnin, 13 April 2015

POST MORTERM DIRI SAYA TAHUN LEPAS

POST MORTERM DIRI SAYA TAHUN LEPAS

PENCAPAIAN 2014

- ada banyak yang kurang dalam kehidupan dan pencapaian saya pada tahun 2014. apapun sedikit yang boleh dikategorikan sebagai PENCAPAIAN seperti berikut:-

- saya masih duduk di rumah yang dibeli pada 2013 :P konon-konon nak pindah selepas setahun duduk. Hehe, boleh kategori sebagai pencapaian ke? gasaklah...

- mencapai target gaji yang saya nak sebelum berusia 30 tahun (2015) huhu 

- keluar dari penderitaan hati yang panjang... ni fasal apa? biar hanya ALLAH yang tahu

- Mendapat kawan yang diberi nama BONEKIANs


KEGAGALAN 2014

- aduhai banyaknya kegagalan 2014

- gagal mangurus kewangan dengan baik
- gagal buat buku/novel pertama
- menutup syarikat dengan menjual shares pada harga rendah sob..sob.... :( bukan rezeki saya mungkin.
- gagal membaca semua buku-buku yang saya beli konon untuk mempertingkatkan diction dan pengetahuan diri (sebahagiannya masih ada dalam almari buku saya dengan pembalut plastik!)
- liabiliti melebihi aset...
- gagal tamatkan pelajaran tahun 2014... banyak paper saya drop sebab kekangan waktu dan akhirnya ada baki beberapa paper lagi yang kena forward ke 2015 :P 

PERANCANGAN 2015

- Saya nak bercuti ke luar negara sebanyak empat kali sepanjang 2015 (huhu tingginya cita-cita). apapun dua negara dah lepas awal tahun ini iaitu Krabi Island, Thailand pada Januari dan Bali Indonesia pada  28 Mac lalu.

- Saya nak buat buku / novel untuk menjana pendapatan tambahan

- mengurangkan liabiliti dalam usaha mengukuhkan ekonomi keluarga

- memberikan perhatian yang lebih mengenai pendidikan dan aktiviti persekolahan  anak-anak
(untuk ini langkah pertama saya sudah maju menjadi salah seorang anggota PIBG sekolah.. uiksss...padahal anak dajah satu je pun... tak kisahla kan asalkan saya tidak ketinggalan mengenai aturcara sekolah. secara tak langsung saya dapat beri yang terbaik untuk anak)

- memberhentikan sikap boros!!! oh Tuhan... :( saya sedih mengenangkan hal ini. ke mana hati nak kubawa bila diri dibanjiri tekanan... shopping mall...) jahat sungguh

OK cukup dulu setakat ini... sayonara kenangan...

--
Thank you & best regards,
Lala

Selasa, 24 Februari 2015

Susahnya nak manage blog

bab tulis blog saya memang failed. tapi bab nak merapu kat FB kat paper, cepat je idea datang. Kekadang tu mencurah-curah macam hujan....

ada juga saya google google and godek godek blog manusia lain kot kot dapat ceduk ilmu. 
Persoalan saya: Macam mana nak memantapkan blog saya yang bersawang ni? hehehehe...

takpe la.. kita pelan pelan eh. walau pun dah lama berblogging tapi still tak le mantapkan penguasaan ilmu blogging. Ternyata, blogger dan journalis dua dimensi berbeza.

Mereka yang hebat akan mampu menemukannya!

Tahniah!

peace yo!!


Khamis, 5 Februari 2015

H: Bahana suami penagih dadah

“Bahana bersuamikan seorang penagih dadah, akibatnya kekadang tak tercapai dek akal fikiran. Memang tidak waras!” Tegas Rasya sewaktu saya menemuinya baru-baru ini. Intonasinya tegas, penuh penyesalan dan kemarahan.

Rasya (bukan nama sebenar) tidak sekali pun terfikir bahawa keterbukaannya menerima suami yang dikatakan sudah insaf daripada menjadi penagih itu telah menjerat dirinya sendiri. Dia bukan sekadar menjadi hamba seks dan wang suaminya, malah menjadi punching bag suami sendiri sekiranya keinginan tak dipenuhi.

“Hati ikhlas terima dia. Terima kisah silamnya. Konon sebab cinta. Sebab dia dah berubah dan mahu jadi suami yang baik. Tapi hakikatnya itu kebodohan saya. Bodoh sebab cinta...” Sambung Rasya lagi. Kali ini nadanya mendatar, lebih menyerah. Ada air mata mengalir di pipi mulus milik Rasya. Saya memegang bahunya. Sebagai orang luar, saya hanya mampu mendengar, memberikannya bahu untuk bersandar dan meluahkan derita hati yang berolak dan berputar.


“Sepatutnya selepas dia mengaku bekas penagih dadah dulu, saya kena undur diri dan batalkan rancangan perkahwinan. Saya masih belum terlambat. Tapi entah kenapa saya jadi bodoh. Saya abaikan semua ciri-ciri penting seorang suami tanpa fikirkan kesan hari ini. Sungguh menyesal. Sampai mati pun saya akan kesal...”


Rasya, seorang wanita berusia lewat 20 an kini terpaksa menjalani rawatan intensif di sebuah hospital swasta bagi menangani masalah tekanan yang teruk atau depressi. Rasya jadi begitu selepas dipaksa untuk turut sama-sama mengambil dadah oleh bekas suaminya dalam tempoh yang lama; lebih-lebih lagi ketika mahu menjalinkan hubungan intim.


Wanita tersebut, yang saya namakan Rasya di kolum ini pernah dirawat di hospital di Kuala Lumpur dan kemudiannya dibawa pulang oleh keluarganya ke negeri Pantai Timur untuk menjalani rawatan alternatif. Dia juga pernah mengalami kemurungan setelah bercerai dengan suami atas campur tangan keluarga yang menyedari perubahan drastik terhadap tubuh dan personaliti Rasya.


Itu kisah Rasya; yang boleh dikategorikan sebagai wanita bernasib baik meski pun tepaksa melalui tempoh tragik sepanjang bergelar isteri dengan seorang bekas penagih dadah yang kemudiannya menjadi penagih semula.


Ramai lagi wanita, dan banyak lagi kisah wanita yang tidak terungkap di luar sana. Barangkali masih belum terbela nasibnya atau masih belum terfikir kesudahan kisahnya dek kerana dihimpit dengan pelbagai faktor dan situasi lain.


Rasya diselamatkan keluarga. Masih terlihat cerah masa hadapannya kerana keluarganya mengambil berat. Ada ekonomi dan kewangan kukuh untuk membantu memulihkan semangat dan jati diri Rasya. Tapi bagaimana dengan wanita lain yang tidak berkemampuan seperti keluarga Rasya? Semoga ALLAH SWT melindungi semua wanita yang tidak berdaya.









x