Isnin, 9 Disember 2013

UNDI HANTU: WUJUD ATAU DONGENG?

H: Undi hantu – Dongeng atau wujud?


NOR KHALILAH GUSTI HASSAN


Ada perbezaan antara pengundi hantu dan undi hantu. Pemahaman rakyat sering dikaburi dengan penggunaan istilah tiada pengundi hantu bagi menutup kewujudan undi hantu.

Persoalannya, apakah kewujudan undi hantu ini dapat dibuktikan dan  seterusnya dihapuskan?

Mengulas isu ini, Ikuti soal jawab khas wartawan Nor Khalilah Gusti Hassan bersama penganalisis tempatan yang juga merupakan pakar Matematik Gunaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Abdul Hamid Yeop Zainuddin.

Beliau yang menggunakan pendekatan matematik (teori nombor) dalam mengesan kewujudan undi hantu telah berjaya mencipta mekanisme baru dalam pilihan raya.



SH: Boleh Prof jelaskan apakah sebenarnya yang dikatakan undi hantu?

Abdul Hamid: Istilah hantu dirujuk kepada apa-apa yang bersifat negatif dan tidak nampak. Ertinya, undi hantu itu dilakukan tetapi tidak dapat dikesan secara rambang. Dengan kaedah matematik, undi hantu boleh dibuktikan.

Undi hantu digunakan untuk mengalahkan atau memenangkan seseorang calon dengan cara mengurangkan atau menambah bilangan undi calon tersebut di samping menggunakan teknik tipu helah. Banyak kajian yang telah saya lakukan bagi membuktikan undi hantu telah digunakan. Ia berbentuk perbandingan dan teorem yang biasanya digunakan dalam kajian ruang vektor iaitu hubungan bersandar secara linear.


SH: Undi hantu adalah kesalahan jenayah yang boleh ditangkap polis. Bagaimanakah Prof menggunakan pendekatan matematik untuk mengenal pasti undi hantu ini?

Abdul Hamid: Ya, ia adalah kesalahan di bawah Seksyen 3.1(h) dan Seksyen 6.2 Akta 5 (Akta Kesalahan Pilihanraya 1954).

Analisis yang dibuat adalah berdasarkan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-12 sebagaimana yang disiarkan dalam laman web SPR di www.spr.gov.my serta yang disiarkan melalui media arus perdana. Bagi orang awam, mungkin tidak ada yang pelik dengan data-data yang dikeluarkan tetapi bagi seorang pakar matematik, sekali imbas sahaja boleh tahu terdapat sesuatu yang tidak kena dengan data tersebut.

Saya berikan contoh yang paling mudah,  ramai yang tidak mengetahui atau menyedari bahawa Parlimen dan DUN sepatutnya tidak ada perbezaan.

Pada hari membuang undi, setiap pengundi atau pemilih diberikan dua kertas undi iaitu satu untuk DUN dan satu untuk parlimen. Ini bermakna jumlah kertas undi untuk semua DUN mestilah sama dengan jumlah kertas undi untuk Parlimen.

Oleh itu, tidak sepatutnya wujud perbezaan antara jumlah undi setiap kawasan Parlimen dengan kawasan-kawasan DUN tersebut  (kecuali bagi Parlimen yang tidak ada DUN atau yang menang tanpa bertanding). Jika ada, itulah yang dikatakan undi hantu. Undi hilang juga boleh menjadi undi hantu.

Orang awam masih tidak tahu betapa pentingnya perbezaan antara undi DUN dan Parlimen. Ini kerana sebarang perbezaan akan memberi implikasi bahawa data atau bilangan undi tersebut adalah palsu . Sebarang pengisytiharan kemenangan calon berdasarkan bilangan undi palsu sudah tentu boleh dipertikaikan dan menjadikannya sebagai tidak sah.

Bilangan sebenar undi hantu hanya boleh diketahui sebaik kiraan undi disahkan tetapi siapa yang “mewujudkan” undi hantu tersebut (iaitu pengundi hantunya) boleh dikenal pasti jika rekod bilangan kertas undi yang telah dikeluarkan secara sah dibandingkan dengan bilangan pengundi/pemilih yang mengambil kertas undi. Maklumat ini hanya boleh dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sahaja.


SH: Apakah sebenarnya kelemahan pilihan raya yang menyebabkan boleh berlakunya undi hantu ini?

Abdul Hamid: Dalam PRU-12 yang lalu, terdapat dakwaan bahawa kertas undi yang dikeluarkan tidak ditandakan. Ini membolehkan kertas undi lebih mudah menjadi “hantu”.  Sedangkan kertas undi yang ditandakan pun boleh menjadi undi hantu inikan pula jika tidak ditandakan.

Sebelum PRU-12, jika sesuatu kertas undi itu disyaki menjadi undi hantu, maka mudah untuk dibuktikan benar atau tidak dengan menyemak siapakah pengundinya berdasarkan tanda tersebut.

Memang undi adalah rahsia tetapi rahsia tidak bermakna tidak ada sesiapa yang boleh mengetahuinya. Undi adalah rahsia bagi orang awam tetapi tidak bagi pihak berkuasa dan bagi petugas kiraan undi.

Sebagai seorang pengundi berdaftar, saya sendiri tidak bersetuju apabila dakwat hitam sebagai penanda seseorang itu telah mengundi, dibatalkan.

Pada hemat saya penandaan tersebut dibatalkan kerana penggunaannya walaupun tidak dapat mengelakkan kewujudan undi hantu 100 peratus tetapi terjamin dapat meminimumkan kebarangkalian penambahan undi hantu. Dengan kata lain, ia dibatalkan supaya undi hantu boleh diwujudkan dengan mudah tanpa dapat dikesan.

SH: Kertas undi bagaimanakah yang boleh dijadikan undi hantu?

Abdul Hamid: Contohnya adalah undi yang diklasifikasikan sebagai undi rosak dan undi hilang. Teorinya begini, undi yang rosak tidak mempengaruhi kesahihan kiraan undi kerana bilangannya telah diambil kira, sekali gus tidak mempengaruhi keputusan pilihan raya. Cuma persoalannya sekarang bagaimana boleh terdapat sebegitu banyak undi rosak? Adalah sesuatu yang sukar diterima logik bahawa undi rosak di Semenanjung Tanah Melayu jauh lebih banyak berbanding di Sabah dan Sarawak!

Undi hilang atau undi yang tidak dikembalikan boleh mempengaruhi kesahihan keputusan pilihan raya. Dari segi istilah, undi hilang ini merujuk kepada kertas undi yang telah dikeluarkan di bilik atau tempat mengundi tetapi telah tidak dikembalikan. Cakap mudahnya hilanglah.

Satu lagi ialah undi  hantu jenis yang mulanya tiada tetapi kemudiannya tiba-tiba ada pula. Kertas undi ini tidak dikeluarkan di tempat mengundi tetapi wujud semasa kiraan undi dijalankan dan diterima sebagai undi yang sah.

Seksyen 3.1(h) itu jelas menyatakan bahawa kertas undi tidak boleh dibawa keluar dari tempat atau bilik mengundi kecuali seseorang telah diberi kuasa melakukannya. Begitu juga jika memiliki sesuatu kertas undi di luar tempat mengundi. Jika disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun penjara atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

SH: Berdasarkan seksyen yang disebutkan tadi, apabila terdapat undi hilang, jelas telah berlakunya perlanggaran seksyen?

Abdul Hamid: Ya, tetapi tidak pernah pula mendengar sesiapapun disabitkan atas kesalahan ini.

Malah, tidak ada dalam laporan mana-mana pihak menjelaskan mengenai undi hilang dan undi hantu. Seolah-olah semua pihak mendiamkan diri. Sedangkan terdapat, petugas, ejen atau pegawai pilihan raya yang akan memastikan kertas undi dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam peti undi lutsinar yang diletakkan di tengah bilik.

Malah anggota polis juga ditempatkan di setiap tempat mengundi. Pemerhati dan wakil parti juga ada di tempat mengundi. Bagi pengundi yang tidak mahu mengundi tetapi kertas undi telah diambil, ia boleh memilih untuk merosakkannya atau tidak memangkahnya, tetapi kertas undi tersebut tetap mesti juga dimasukkan ke dalam peti undi.

Semua fakta ini menunjukkan bahawa adalah mustahil untuk membawa keluar kertas undi secara tidak sah tanpa disedari. Dengan kata lain mustahil kertas undi boleh hilang, tetapi kertas undi hilang juga. Bagaimanakah kertas undi boleh hilang?



SH: Justeru, apakah pendekatan terbaik yang patut digunakan dalam pilihan raya bagi mengelakkan wujudnya undi hantu ini?


Abdul Hamid: Telah lama kemelut ini berpanjangan seolah-olah tidak ada kesudahannya. Maka saya mengambil inisiatif untuk mencipta mekanisme dan formula yang boleh digunakan dalam memantau pilihan raya.

Sebagai usaha pertama, saya telah membuat analisis melalui kaedah matematik untuk membuktikan kewujudannya. Setelah terbukti ia wujud, saya mencipta pula satu sistem yang dapat mengelakkan berlakunya undi hantu ini. Kaedah itu telah siap sepenuhnya dan boleh diguna pakai atau dicuba dalam pilihan raya peringkat parti atau di dalam pilihan raya kecil untuk melihat keberkesanannya.

Ia dinamakan Sistem Pemantauan Pilihan Raya (SPPR). Bagaimanapun ia menuntut kerjasama banyak pihak.

SH: Bagaimanakah SPPR boleh membantu dalam pilihan raya dan sejauh manakah keberkesanannya?

Abdul Hamid: Sistem ini boleh digunakan oleh semua pihak seperti SPRM sendiri, pemantau, wakil parti atau lain-lain. Semasa proses pembuangan undi berlangsung, pihak pemantau perlu berada dalam tempat atau bilik mengundi kerana itulah detik yang paling kritikal dalam sesuatu pilihan raya.

Dengan kaedah SPPR di bilik mengundi, kerja-kerja pemantauan dapat dilakukan dengan mudah, cepat, tepat, berkesan dan bebas dari ralat.

Sebelum kertas undi diberikan kepada pengundi, SPPR mampu menyemak serta mengesahkan status dan kelayakan seseorang. Ia boleh mengesan sama ada individu itu berdaftar atau tidak, boleh mengundi atau tidak, apakah ia hilang kelayakan mengundi atas sebab perintah mahkamah atau sebagainya.

SPPR mampu mengesan apakah individu itu mengundi di tempat yang betul mengikut daftar undinya.

Ia akan bertindak merekodkan nombor pengundiannya atau nombor kertas undi yang telah dikeluarkan kepadanya dan merekodkan kertas undi yang tidak dimasukkan atau dikembalikan ke dalam peti undi.

Pemantauan SPPR ini boleh mengeluarkan signal Boleh atau Tidak Boleh mengundi secara automatik, selepas semakan nama individu itu dibuat serta-merta. Barulah dapat dipastikan bahawa pemilih benar-benar layak sahaja dibenarkan mengundi. SPPR dapat mengelakkan berlakunya pengundian berulang di mana kaedah manual yang dilakukan sekarang dipercayai sesetengah pemilih boleh mengundi lebih daripada sekali dan tidak ada pengesahan boleh dilakukan.

Dengan ini, SPPR mampu bertindak untuk menyekat pengundian terhadap mereka yang hilang kelayakan mengundinya.

Ia juga dapat mengelakkan seseorang yang telah mengundi di tempat lain daripada mengundi di kawasan tersebut.

SPPR juga boleh mengesan serta-merta jika pemilih tersebut telah tersalah tempat mengundi. Malah ia juga boleh mempamerkan ke manakah sepatutnya pemilih tersebut mengundi.

SH: Apakah keistimewaan SPPR yang boleh dimanfaatkan semasa pilihan raya?

Abdul Hamid: Menariknya, SPPR membenarkan pengundi untuk mengundi di mana-mana sahaja. Kaedah manual yang digunakan pada masa ini tidak membenarkan mana-mana pemilih mengundi di tempat lain selain daripada yang telah ditetapkan SPR.

Ini menyebabkan sering berlakunya tersalah atau tidak tahu tempat mengundi yang boleh menimbulkan sedikit kecelaruan di tempat mengundi.

Ia juga boleh mempercepatkan proses pembuangan undi apabila pemilih boleh memilih mana-mana tempat pembuangan undi yang tidak sibuk.

Alasan pengagihan saluran mengikut umur pemilih juga sudah tidak relevan kerana senarai maklumat dan statistik berkaitan dengan pemilih boleh dihasilkan SPPR.

Melalui SPPR, semua maklumat yang direkodkan dalam tempat atau bilik mengundi boleh disemak semula semasa proses pengiraan undi dijalankan.

SPPR juga telah direka bentuk dengan kebolehan memantau kertas undi sekali gus menjamin ketepatan bilangan kertas undi.

Semua maklumat pemantauan yang dikumpulkan SPPR juga boleh dipaparkan dalam masa sebenar.

SH: Apakah SPPR boleh memantau undi pos?

Abdul Hamid: Ya. Sebagaimana ciri-ciri yang dijelaskan, penggunaan SPPR dapat memantau undi pos yang dijalankan sebagaimana sepatutnya.

Kerjasama dengan SPR amatlah diperlukan kerana semua data berkenaan pilihan raya adalah di bawah tanggungjawab SPR serta kerajaan yang memerintah. Namun demikian adalah lebih baik jika pilihan raya dikendalikan pihak bebas atau pihak yang mewakili ke dua-dua parti pemerintah dan pembangkang. Kombinasi antara SPR dan SPPR adalah yang terbaik pada masa akan datang sekiranya kaedah ini diterima pakai. Ia melengkapkan teori “Check and Balance”.

Dalam jangka panjang, penggunaan mekanisme SPPR boleh dilakukan secara elektronik yang tentunya menjimatkan kos kerana hanya memerlukan talian internet. Kerajaan telah dan sedang membelanjakan berbilion ringgit untuk talian internet dan sedang menaik taraf ke 4G. Sudah sampai masanya ianya digunakan sepenuhnya. Dengan adanya SPPR menjadikan Malaysia sebagai satu contoh dalam pengendalian pilihan raya yang adil, bebas dan telus. Tambahan pula mekanisme SPPR ini adalah satu-satunya seumpamanya di dunia ketika ini.

=Tamat=




Ahad, 8 Disember 2013

MAKLUMAT YANG BOCOR

Saya duduk pandang skrin komputer...

dia selalu hantar emel pada saya, mengharap ada sesuatu yg saya dapat lakukan dengan emel emel kirimannya.... saya tak kenal dia secara dekat, tapi apa yang ada dalam tulisannya selalu buat otak saya berfikir dan tertanya tanya.

pernah dulu saya tulis artikel beliau, dua atau tiga kali tak silap. ada pandangan positif dan ada negatif. kali ke seterusnya hantar, saya dapat soalan cepumas dari "awak asik buat artikel dia je... ada pa apa ke?" aduhhh.. kenapa ya? kalau sesuatu yg dia sampai kan itu ada kebenara, kenapa kita tak teruskan?

 

emel 1

Semua kerja saya tak ada publisiti, tak ada gambar, kerja rahsia dan belakang
tabir je...
Tambahlagi nak didik di Malaysia ni, sebab pemimpin kita sanjung sangat mat saleh, dll orang luar.
jangan tengok sapa yang bercakap, tengok apa yang dia cakap.
Semalam dan hari ini, Najib sebok cakap pasal penasihat teknologi maklumat negara.
Soalannya, siapa ahli nya danuntuk apa?
Kalau benar-benar untuk negara, kenapa tak lantik dari pakar betul yang bebas?
xxxxxxxxxxxxxxxxxx

Boleh buat artikel, rakyat Malaysia cipta sistem berkomputer dengan kos RM1,500.00 sahaja
tetapi bernilai beratus juta ringgit.
Jika sistem ini digunakan oleh kerajaan, kerajaan dapat jimatkan belaanja berbilion ringgit.
Kenapa kerajaan tak nak pakai? Kenapa tak nak ambil pakar ini menganggotai penasihat
teknologi maklumat kerajaan?
Saya bagi contoh, XXXX boleh sahkan degan PTG (Pejabat Tanah danGalian) Putrajaya).
Dah belanja beratus juta, dah bayar kontrak kepada Oracle selama 15 tahun, tetapi data rosak seluruh Malaysia.
AND YET ORACLE DAHTAK BOLEH SELESAIKAN.
Sistem saya boleh selesaikan dalam masa seminggu sahaja!
Kenapa tolak? Adakah sebab rasuah atau satu cara tarikh duit kxxxxx ke poket?
Saya quote salah pengarah tanah dan galian negeri kata, "diPTG ni, duit luruh dari langit!"
ya.. saya tahu, dan boleh buktikan. sepatutnya SPRM masuk tangkap!
Yayasan Selangor tu dah masuk kes kan? tak smpai sejuta pun!
Ada tahu dan boleh buktikan, ada Yayasan negeri lain, cuti duit berpuloh juta  dah betahun-tahun.
Nak tak?

Isnin, 28 Oktober 2013

SYDNEY!!!!

1 - 5 NOVEMBER 2013

seorang RM1500 sahaja! hotel + tiket (backpackers package)

016 233 5960 sms/whatsapp sahaja
PROMOSI

Like fanpage kami di facebook BAJET TRIP by MAGICAL THINKER GROUP SDN BHD untuk lebih tawaran istimewa.

di sini
https://www.facebook.com/pages/BAJET-TRIP-by-Magical-Thinker-Group-Sdn-Bhd/288763234594478

Mendaftar diri sebagai AGENT THINKER dengan RM450 melayakkan anda mendapat ID THINKER dan menerima percutian percuma ke PHUKET atau MEDAN (mana yang available) untuk seorang, serta merta!


AGENT THINKER mempunyai kelebihan bercuti secara percuma pada mana-mana trip di bawah MAGICAL THINKER GROUP SDN BHD (mengikut terma dan syarat).


AGENT THINKER yang membawa dan mendaftar 5 traveller juga layak menerima voucher percutian percuma untuk seorang bagi mengiringi traveller yang anda perkenalkan.

Bawa 8 Traveller percuma 2!

Hanya copy dan paste iklan kami id page FB anda!
Ambil peluang ini untuk bercuti percuma!

Khamis, 10 Oktober 2013

Apa Kesan Harga Minyak Naik?

Pakar Matematik Gunaan dedah fakta sama ada impaknya untung atau rugikan negara
Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.
Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.

Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan.

Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.

1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan?
HAMID YEOP:
Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.
Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.
Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).

2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?
HAMID YEOP:lawak minyak naik
Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda.
Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat.

3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?
HAMID YEOP:
Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1.
Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.

4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?
HAMID YEOP:
Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.

5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?
HAMID YEOP:
Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.
Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.
Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal.
Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.

6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?
HAMID YEOP:
Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.
Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.
Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.
Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini‘menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.’
Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.

7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?
HAMID YEOP:
Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.
Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.
Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.
Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).
Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga.

8) Benarkah stok minyak kita akan habis?
HAMID YEOP:
Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan di kawsan carigali.
Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.

9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?
HAMID YEOP:
Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.

10) Akhirnya apakah harapan Prof?
HAMID YEOP:
Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya perti politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi ‘World Reserved Bank’.

#Repost from 5 January 2011

Isnin, 7 Oktober 2013

Karnival Lipis 2013

Majlis Daerah Lipis dan Magical Thinker Group dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Karnival Lipis 2013 akan berlangsung brmula 23 Oct hingga 3 November 2013 ini. Seperti pada tahun-tahun yang lepas, Karnival akan diadakan di Dataran Lipis, Kuala Lipis Pahang Darul Makmur
Terdapat banyak aktiviti menarik telah dirangka bagi memperkenalkan Daerah Lipis sebagai destinasi pelancongan negara.
Maklumat Karnival Lipis 2013
Tarikh: 23 Oktober hingga 3 November 2013
Venue: Dataran Lipis, Kuala Lipis Pahang
Yuran: Lot 20 x 20 RM2500 (baza niaga)
Contact Person: Lala 0162335969 (call/sms/whatsapp)
Account: MAGICAL THINKER GROUP SDN BHD _ Maybank 562218209688

Arahan pembayaran
1 – Bank in bayaran anda RM2,500 ke akaun MAGICAL THINKER GROUP SDN BHD Maybank 562218209688
2 – Email / snap photo / mms / whatsapp bank in slip beserta borang pendaftaran ke magicalthinkergroup@gmail.com
Atau
Jika tiada MMS / emel... mesejkan / sms kepada kami Amaun di bank in, masa dan tarikh bank in ke 0162335969
3 – Tunggu sms balas daripada pihak MAGICAL THINKER GROUP SDN BHD
4 – bawa bersama-sama anda borang pendaftaran pada hari loading barang di karnival sama ada 21 atau 22 oktober yang mana akan dimaklumkan kepada anda kemudian.

Sebarang pertanyaan/pendaftaran bole email ke magicalthinkergroup@gmail.com  atau call/sms/whatsapp ke talian 0162335969 / 0166263054 / 0133220978. Pendaftaran melalui whatsapp diterima. hantar gambar borang yg telah siap beserta slip pembayaran ke nombor  tertera. Harap maklum.

Rabu, 2 Oktober 2013

Banner Magical Thinker

Hubungi kami dengan segera sekiranya berminat dengan pakej yang kami tawarkan.


Isnin, 23 September 2013

Baca dan fahami mesej ini betul2... Kefahaman anda adalah keutamaan kami

Pakej bajet trip rm600

Bandung
Medan
Surat thani
Phuket
Bangkok

3 hari 2 malam
Pakej termasuk:
- tiket kapal terbang
- hotel 3 hr 2 malam
- sewa kereta
- upah pemandu
- tips
- makan minum bfast, lunch n makan malam (kdg2 akan jadi brunch - breakfast lunch atau jadi lunch-dinner sbb kekangan masa. Bagaimanapun kami takkan biar anda berlapar. Hehehe) bukan apa kadang2 ada ahli grup kita nak shopping dlu puas2 jadi kami tak halang kerana trip ini adalah trip anda!

- lawatan penuh smp malam cuma pada hari kedua. Hari pertama dan ketiga adalah pakej free n easy. Ada lawatan separuh hari ke beberapa tempat. Ini utk memberikan anda lebih masa bershopping sakan

- pakej tidak masuk cukai lapangan terbang di sana. Shopping anda. Harga insurans rm46 dan seat arrangement rm12




- booking dan bayaran penuh adalah sebulan sebelum tarikh penerbangan.


- Bayar atas nama MAGICAL THINKER GROUP SDN BHD cek atau tunai ke akaun MAGICAL THINKER GROUP SDN BHD, 5622 1820 9688

- Jika lewat bayar penuh dari tarikh pengaktifan grup kutu anda, surcharge antara RM200 ke RM300 akan dikenakan. 




- sms 0162335969


KUTU TRIP MAGICAL THINKER GROUP SDN BHD

Jumaat, 20 September 2013

KES MAHKAMAH BELUM REVEAL 1

KISAH MASA JD REPORTER COURT

Pengalaman jaga court lebih 2 tahun sebenarnya tak lah seluas pengalaman senior-senior lain tapi, rasanya cukup banyak cerita2 mahkamah yang boleh dikongsi untuk dijadikan pengajaran kepada semua....

antara prosiding perbicaraan berprofil tinggi yg aku sempat follow dari awal sampai habis atau sebahagian besar prosidingnya adalah kes Khir Toyo, Sosilawati, bekas Adun Sharif Jajang, kes syariah menantu Ktua Menteri Sarawak,  dan bunuh isteri Mohafri.

Disamping tu ada banyak lagi kes kes melibatkan hukum gantung sampai mati, dadah, rogol, liwat, menyebabkan kematian dan lain lain tidak kira sama ada melibatkan rakyat biasa mahpun orang popular seperti artis.

KES ROGOL IBU BERUSIA 32 TAHUN

Hari ni aku cerita dulu pasal satu kes rogol di Mahkamah Klang. Kes ni setakat aku tamat khidmat di meja mahkamah masih dalam peringkat perbicaraan selepas seorang daripada 5 orang tertuduh mengaku bersalah. Disebabkan salah seorangnya mengaku bersalah, empat peguam lain ambil keputusan tarik diri.

Kes terpaksa ditangguhkan beberapa kali sementara memberi laluan kepada keluarga tertuduh utk cari peguam baru bagi menggantikan empat peguam yg tarik diri.

Kenapa mereka tarik diri? dua daripada peguam tu adalah kawan baik aku. ... depa kata, tak guna teruskan kes kalau salah seorang daripada tertuduh dah mengaku bersalah. bila dia mengaku bersalah penentuan prima facie atau definisinya 'ada kes' mudah terbukti. Dalam kes macam ni biasanya peguam lain akan advice anak guam utk mengaku bersalah juga agar hukuman dapat dirayu. Tapi disebabkan anak guam enggan, dan kerana peguam lebih tahu potensi sesuatu kes utk menang atau kalah, maka lebih baik mereka tarik diri.

aku tanya, "So u tau anak guam u bersalah atau tidak?"
"Mostly yes!"
"Tapi u defend jugak?" soal aku balik.
"That's my job... tapi kalau kes tu melibatkan public interest I akan push them to plead guilty. I also got hati perut... the thing is sometimes the OKT is so young. They dont realise what the've done. Like rogol or pukul sampai mati. they just do it for fun. to show that they are powerful. they have some sort of arrogant attitude you know... i think, they should be given second chance to begin their new lives.,"

dalam hati aku... Whatever... tapi nasib baiklah peguam tu bukan beragama Islam. kalau ya maybe panjang lagi perbahasan aku ngan dia. ok stop pasal peguam ... balik semula cerita tadi.

kenapa aku ingat  kes ni? sebab kes ni melibatkan mangsa yg aku rasa sangat kasihan. dia bukan perempuan seksi atau yg berpakaian menjolok mata atau anak dara.

dia hanyalah seorang ibu kepada tiga anak tak silap aku, kerja kilang dan bertudung litup.kira kira jam 6 pagi suami dia (pemandu teksi) anta dia ke kilang. Suami dia turunkan dia betul betul depan kilang. tak sampai 10 minit dia dihantar ke tempat kerja tup tup datang satu kereta alphard tarik dia masuk alphard tu.

ada lima lelaki (Bukan bangsa Melayu) dalam alphard tu termasuk sorang driver. dalam kereta, mangsa cerita dia disiksa dan dikendurikan lebih kurang dua jam. alphard dipandu keliling bandar Klang sementara dia di dalam dirogol macam binatang. tudung dan pakaiannya direntap. rambutnya ditarik dan kepalanya didongakkan, arak dituang ke dalam mulut. empat lelaki bertindak macam syaitan! Merogol sambil memperlekehkan dia yg merayu mohon simpati. bukan sekadar dirogol tapi dia juga diliwat! mereka berparti dengan air mata wanita malang itu! tidak cukup itu, kemaluan dan duburnya dirodok hujung botol.

sampai di satu kawasan di Klang, dia diheret keluar dari Alphaard. Mangsa sudah kepenatan akibast dirogol beramai-ramai sambil dibelasah. di atas tanah, berdekatan bukit dan hutan kecil, dia dirogol lagi. Pemandu (ikut keterangan dalam court) tidak merogolnya tapi memaksa dia melakukan seks oral dengan memasukkan anu dalam muluutnya.

dia ketika itu terlalu lemah untuk melawan. selepas tubuhnya dikerjakan hampir lunyai, kemaluuan mangsa dirodok pula dengan dahan pokok sebesar lengan wanita. ingat, DAHAN POKOK! bukan RANTING!... air mata aku mengalir dengar keterangan mangsa. suasana sedih memenuhi court.

utk makluman, bagi kes rogol mahkamah bersidang secara tertutup. tiada orang awam dibenarkan masuk melainkan wartawan. itupun aku tak dibenarkan menulis. hanya boleh dengar dan ingat. nama mangsa dirahsiakan jika mahu buat berita.

selepas dirodok dengan dahan, dia ditinggalkan macam kain buruk. Mungkin semua jantan dajal itu ingat dia dah mati, sebab dia pengsan. dia sendiri tak ingat berapa lama dia pengsan tapi bila dia sedar, dia tak mampu berdiri. Dia merangkak dan merangkak utk keluar dari kawasan yg dia sendiri tak tahu.

jumpa satu parit kecil dan ada titi kayu. dia merangkak atas titi kayu tu tapi terjatuh ke bawah. masa jatuh tu baru dia sedar ada sesuatu pada kemaluan dia. Walaupun terkejut, dia gagahkan diri tarik keluar dahan yang sepanjang hampir sekaki tu. Darah keluar membuak-buak menyebabkan dia pengsan serta merta. Penduduk setempat jumpa dan selamatkan dia....

huh... berat nak tulis sebab sedih... panjang lagi ni... cuma aku singkatkan.

ada satu prosiding kes ni. aku datang awal pagi ke court. Kawan aku, lawyer tadi bagitahu dia nak tarik diri dalam court hari ni. sebab salah seorang OKT mengaku n yg lain tak nak mengaku.

OKT anak orang kaya...  mengaku buat macam tu sebab minum arak mahal n hilang kawalan diri.... semuanya pelajar IPT!!!

LEPAS PROSIDING

paling sedih masa OKT yg mengaku salah tu bersalam dengan suami mangsa. dia salam dan dia minta maaf...
aku nampak pakcik tu menangis sambil bersandar tepi dinding. aku dekati dia... tanya dia kenapa.. dan dia dengan suara perlahan menjawab..."Saya marah... sangat marah dan sakit hati... tapi kita orang Islam. Apa awak nak cakap lagi bila orang yg rogol isteri awak dan hampir buat isteri awak mati datang bersalam dan minta maaf?"

aku terdiam. air mata aku mengalir sekali.. tapi aku cepat2 larikan diri daripada pakcik tu. dari Jauh aku tengok isterinya (mangsa) yang berpurdah dan niqab menggosok-gosok belakang badan pakcik tu...

Besar ujian mereka... aku doakan keluarga pakcik beroleh rahmat daripadaNYA. Rahmat yang AMAT BESAR DARI YANG MAHA BESAR... amin. sama sama kita doakan ya....

Khamis, 25 April 2013

NOVEL I LOVE YOU AYAM! - BABAK: Nakal2 kat sekolah


HARI ni April Fool. Hanna mengenakan serkup hitam di seluruh kepalanya. Serkup hitam itu ditarik menutupi muka macam abang mesen rumput depan sekolah. Bezanya abang mesen rumput tu nampak mata, tapi Hanna tak. Selepas itu, Hanna menyarungkan telekung pula. Seram! Memang seram gila tenguk Hanna waktu itu. Sebijik macam hantu yang tak ada muka. Hanna menoleh ke cermin. Mak!!! Terkejut tengok bayangan sendiri dalam cermin. ‘Hehe... jaga kau Haslida. Tahun lepas kau takutkan aku ye... tahun ni aku takutkan kau pulak. Huhu...’

Hanna menoleh jam di tangan, pukul 12 malam. Masa ni masa terbaik untuk pergi mengacau kawan-kawan. Hanna mengenakan kain sarung pula. Di bilik bacaan itu hanya ada dia dan Siti Zanariah. Siti Zanariah hanya tersenyum melihat tingkah Hanna. Dia seorang ulat buku, tak hairanlah kalau dia masih menelaah pelajaran sehingga jam 1 sekali pun.

“Siti, kau seram tak tenguk aku pakai macam ni?”Soal Hanna.
“Ish seramlah. Tegak bulu roma aku ni. Tempat yang takde bulu roma pun dah tumbuh bulu. Mana kau dapat idea macam tu?”
“Hehee... kelakar lah kau ni. Dapat idea semalam. Secara tak sengaja serkup aku ni tertarik ke depan lepas solat isyak. Terus aku dapat idea nak cipta hantu macam ni...”
“Eh tapi ni hantu apa ye?”
“Entah, jerangkung kot. Aku mana pernah jumpa hantu...” jawab Hanna selamba. Tiba-tiba sahaja bulu roma Siti menjungkit. ‘Alamak! Macam ada anasir-anasir jahat je kat Tingkat 3 ni’.
“Siti aku dah nak keluar ni. Nak kacau Dorm 203. Dorm Haslida kat bangunan baru. Jom! Kau nak ikut?” pelawa Hanna, walaupun dia tahu jawapan Siti ‘tidak’.
“Eh boleh jugak. Tapi aku nak jalan dengan kau sampai Tingkat 1 je sebab aku nak masuk bilik. Rasa macam nak tidur awal je hari ni.” Jawab Siti menyembunyikan perasaan takutnya tadi. Hanna pelik. ‘Bukan ke minah misteri ni suka tidur jam 2 atau 3 pagi. Kenapa hari ni awal pulak? Ahhh... lantak kaulah Siti’.
Elok sahaja kepala Hanna menjengah ke luar pintu, seseorang di hadapan tiba-tiba  kejung melihat Hanna. Bibirnya terkunci rapat. Matanya bulat macam tertelan pensel.
“Assstttaaaghfirullahhalazim... al lazila ila hailla...huwalhayyulqoyyum...waatubu ilaih..” Mimi mengalunkan isghtighfar panjang. Tak sedar dia dah terkencing. Matanya masih gagal terkatup biar pun seluruh kudrat yang ada Mimi paksa untuk menutup mata. Mimi tak mahu tenguk hantu spesis takde muka yang berada di hadapannya kini.
“Mimi! Mimi! Ni aku lah Hanna!” Hanna dah terlambat waktu buat pengakuan itu pada Mimi sebab Mimi dah pun terlentang atas simen.
‘Aisehman! Macam mana aku boleh lupa yang aku tak tarik lagi serkup hitam aku ni. Aduh... patutnya dah sampai depan bilik Haslida baru aku sarung penuh muka. Tak pasal-pasal tersampuk kat kawan aku pulak. Siap terkencing dalam seluar lagi nih...waduh gi mana sih!’
“Mimi! Mimi!” Hanna menampar-nampar kecil wajah mimi yang biru tak berdarah. Walaupun Hanna dah buka telekungnya Mimi masih membatu diri.
“Agaknya Mimi dah masuk ke alam khayalan....” Ucap Siti.
“Jom angkat dia. Busuk gila ni. Makan apa lah kawan aku ni sampai kencing busuk!”
“Nak bawak ke mana Hanna?”
“Kita heret je ke bilik air...” jawab Hanna sambil membuka keseluruhan pakaian sembahyangnya. Takut terkena najis Mimi.
Dan Siti tidak membantah. Mereka mengheret Mimi menuju ke bilik air yang terletak di hujung bangunan aras tiga itu. Hanna tarik kaki sebelah kiri, Siti tarik kaki sebelah kanan. Nampak macam kejam tapi itu saja cara yang mereka boleh guna kerana Mimi berat macam anak badak air. Kelihatan air kencing Mimi membentuk garis-garis halus seperti lantai kena mop.
Sampai di bilik air, Hanna dan Siti membaringkan Mimi tepi kolah. Mata Mimi masih buntang ketika Siti menghalakan sebaldi air ke arahnya.
“Wat! Wait kejap! Kau gila ke nak simbah air sebaldi sambil mata dia terbuka. Kang buta pulak kawan baik aku nih. Kejap aku tutup mata dia dulu...” Serentak itu Hanna meraup muka Mimi sehingga mata kawannya itu tertutup rapat.
“Bismillah...” Ucap Siti lantas menjirus tubuh Mimi. Basah kuyup dengan seluruh pakaiannya. Mimi terloncat serta-merta.
“Sejuk....” ucap Mimi. Hanna ketawa. Siti juga.
“Hanna jangan ketawa... aku nampak hantu... hantu cina...” Kata Mimi tersekat-sekat. Masih ada rasa takut dalam hatinya yang tak dapat disembunyikan daripada Hanna dan Siti Zanariah.
“Hantu Cina?” Hanna menyebut perkataan itu tanpa mengeluarkan suaranya. Jari telunjuknya menunjuk diri sendiri sambil mata memandang Siti Zanariah. Seolah-olah pertanyaan itu ditujukan kepada Siti. Siti sudah menekup mulut. Baru tadi mereka rasa bahawa Hanna menyamar Hantu Jerangkung, kini Mimi menamakannya Hantu Cina pula. Siti masih mahu ketawa. Akibat gagal menahan, ketawa Siti terhambur juga. Baldi di tangan Siti tercampak ke tepi. Baldi itu bergolek-golek dan masuk ke dalam longkang.
Mimi memandang seluruh tubunya yang basah lencun. Hidungnya kembang kempis terhidukan sesuatu. Macam bau hancing je...
“Ke..kenapa korang ketawa? Kenapa korang jirus aku?” Soal Mimi kehairanan.
“Kau tu tidur mengigau sampai terkencing. Sebab tu kitorang bawak kau ke sini...” Hanna menipu.
“Iye ke? Tapi ni kat aras tiga. Kenapa pulak aku mengigau sampai ke sini?”
“Eh entah. Mana aku tahu. Kau mengigau naik bilik bacaan. Nasib baik aku dan Siti nampak. Lepas tu kau kencing depan pintu...”
Makaih! Mimi menekup muka. Malunye beb.
“Takpelah Mimi. Kau mandi dulu dan tukar kain basahan. Aku turun ke dorm kita and ambilkan baju kau,” beritahu Hanna.
“Okey okey. Thanks Na. Siti kau temankan aku ye. Aku takut sebab tadi aku mimpi nampak hantu cina...” Mimi yang masih kebingungan meminta simpati. Siti mengangguk.
Selesai mandi Mimi mengelap-ngelap rambutnya sambil berjalan menuju ke bilik bacaan. Dia ingin tahu di mana dia terkencing dan kenapa dia mengigau sampai ke bilik bacaan itu. Hanna dan Siti mengikutnya dari belakang. Sempat Hanna menunjukkan isyarat diam kepada Siti dan Siti juga begitu. ‘Kalau Mimi tahu aku yang sakat dia mampus aku...’
Di bilik bacaan, Mimi tidak terus masuk sebaliknya berdiri di depan pintu. Sisa-sisa najisnya masih ada di situ. Dia kemudian mencapai mop di hujung pintu dan mengelap sisa najisnya itu. Hanna dan Siti masuk ke bilik bacaan dan menuju ke meja masing-masing. Siti mengemas buku-buku yang dibacanya tadi. Hanna juga buat-buat kemas buku. Padahal langsung tak telaah apa-apa. Esok cuti. Sabtu dan April Fool.
Sedang Mimi terbongkok-bongkok menyusun selipar, dia terlihat segumpal kain di tepi pintu. Mimi menonggeng ke arah kain itu. Tangannya dihulur untuk mengangkat longgokan kain putih itu. Hanna yang melihat dari jauh dah merah padam mukanya. ‘Aduh... telekung aku!’
“Kau yang jadi hantu tadi ye Siti??” Di saat Mimi bercekak pinggang marahkan Siti, Hanna sudahpun tergolek dog ke bawah kerusi. Belum sempat kepalanya diangkat, bucu meja pula mengena hujung dahi. Dua kali terhantuk bucu. ‘Aduh... benjol bucu tangga hari tu pun belum baik lagi, tambah pulak benjol satu lagi’ Mimi dan Siti memusingkan badan.
“Hanna!” pantas Mimi berlari mendapatkan Hanna.
“Kau tak apa-apa ke beb? Kepala kau benjol. Besarnya!” Mimi menjerit kecil. Terkejut dengan bejol di kepala Hanna. Masa tu, Hanna nampak bintang bintang kecil di langit menari tarian zapin.
“Peningnya kepala aku beb.” Sambil picit kepalanya yang dah semakin pusing.
“Kau berangan apa tadi sampai terjatuh kerusi...” Mimi mengomel sambil membantu Hanna bangun.
“Tu lah, banyak sangat mengencing kawan... baik kau terus terang Na. Tuhan marah kat kau ni, sebab tu lah terhantuk...” Siti memerli. Di hujung bicaranya ada ketawa kecil. Namun, melihat benjol Hanna yang dua biji itu mengundang simpati Siti. Mimi mengerutkan dahi.
“Kencing apa ni? Aku tak faham...”
“Hehee...” Senyum macam kerang busuk, Hanna kembali duduk di kerusinya sambil tangan kanan menekan benjol baru.
“Aku tipu kau Mimi. Sebenarnya aku lah yang jadi hantu tadi. Aku nak takutkan Haslida kat bilik dia, tup tup kau yang menjengah dulu depan pintu.”
“Tak guna punya kawan!” serentak dengan itu kepala Hanna diketuk dengan buku.
“Aduh...” Hanna mengaduh untuk kesekian kalinya. Siti ketawa.
“Kau ni tak simpati kat aku langsung. Dah dua biji benjol atas dahi ni tau. Kau nak tambah pulak kat atas kepala...”
“Kau tu yang kejam! Sampai terkencing aku dibuatnya tau tak?! Aku tak pernah jumpa hantu. Pelik juga bila orang alim muslimah macam aku ni disakat hantu.”
Huh! Mengaku muslimah! Uwek! Hanna memasukkan jari telunjuknya ke dalam mulut. Lagak mengejek seperti nak muntah. Nak gelak sampai pagi boleh? Haha boleh pulak kawan aku ni perasan muslimah. Melihat aksi Hanna yang over acting Mimi menjegilkan mata. Terus Hanna menyamar jadi patung.
“Eh tapikan. Real beb kau jadi hantu. Kenapa kau nak usik Haslida? Kau nak balas dendam last year April Fool ye?” Mimi meneka.
Sememangnya mereka masih tidak dapat melupakan tragedi last year semasa mereka di Tingkatan 4. Hanna sedang enak tidur sewaktu Haslina and the gang masuk ke Dorm G di bangunan lama dan menangkap Hanna lalu disumbatkan dalam guni. Hanna yang tidur mati langsung tak sedar mereka mengangkat dan menghumbannya ke bawah ampaian nun di hujung asrama. Dekat dengan hutan, tapi masih dalam pagar sekolah. Berhujan berembun
Hanna masih elok mengerekot dalam guni itu sampailah azan subuh berkumandang baru Hanna sedar dia terkurung dalam guni. Puas dia mengeliat-ngeliat minta tolong dan cuba membuka ikatan guni namun tak terlerai. Nasib baik mak guard yang buat rondaan ternampak makhluk terkinja-kinja dalam guni. Mak guard buat-buat berani je sewaktu mendekati tiga guni besar sedang mengeliat. Rupa-rupanya Mimi dan Elina juga diikat.
“Tak guna! Punyalah malam tu aku mimpi naik kereta Lamborgini tahu tak? Rupa-rupanya aku tidur kat atas rumput bawah ampaian. Dalam guni pulak tu! Nasib baik aku tak nak terberak malam tu. Kalau tidak mahu terberak dalam guni... so malam ni aku nak balas dendam. Biar dia takut sampai terkencing dalam kain... hahaha...” Hanna ketawa. Mimi juga. Siti...turut serta.
“Kalau macam tu aku pun nak jadi hantu cina jugak lah!” Mimi bersuara girang.
“Weh bukan hantu cina lah... aku rasa jerangkung...” Siti memberi pendapat.
“Alah tak kisahlah janji seram giler! Tahap gaban!”
Dan mereka ketawa. Pantas masing-masing mencari telekung dan serkup hitam. Malam itu Elina tidak turut serta kerana diserang cirit birit yang melampau. Agaknya sebab banyak sangat makan limau mandarin.



Xxx
DI DORM 202, Haslida, Ijah dan Aimi sedang seronok bersembang. Dari cerita fasal kampung masing-masing, cerita boyfriend dekat kelas sampa ilah kepada cerita hantu mereka leka bersembang. Mentang-mentanglah esok Sabtu.
“Korang ni dah merepek cerita hantu pulak ni yang kembang tengkuk aku ni. Baik aku tidur. Aku nak berangan jumpa Farid. Dah lah dua hari cuti. Huh, demam aku sebab tak nampak muka Farid.” Gumam Aimi sambil melompat atas katil. Aimi sukakan Farid tapi lelaki itu tak pernah tahu.
“Eleh Aimi muka je gangster. Baru cerita pasal hantu jerangkung dah takut. Rileks la wei. Bukan betul pun hantu-hantu ni... auta je” Ejek Haslida. Tidak sedar, Mimi, Hanna dan Siti sudah menapak tangga mendekati pintu dormnya.
Jam sudah 1.20 pagi. Haslida juga berkira-kira untuk tidur. Selepas seterika baju kurung kuning yang akan digunakan esok untuk ke bandar, Haslida memang dah tak ada kerja. Kerja sekolah tu banyak tapi tangguh dulu. Malam esok baru buat. Cuti kan dua hari. Haha... apa salahnya mengular dulu. Rakan-rakan seramai 20 orang ahli dorm itu ada yang sudah lama diulit mimpi dan ada yang masih berada di bilik basuhan.
Kruhhhh...kruhhh... tiba-tiba Haslida dan Ijah menangkap satu bunyi yang macam bunyi mesen rumput.
“Aik? Kejap je Aimi dah tidur. Siap berdengkur lagi. Teruk betul!” Komen Ijah sambil menjeling ke arah Haslida.
“Biaq pi lah Ijah oiii. Mai kita sambung cerita hantu,” Jawab Haslida dalam bahasa utara.
“Malaslah Ida. Kalau ramai-ramai cerita aku naklah. Ni tinggai kita berdua je aku pun naik takut. Nak tidur jugaklah,”
Tiba-tiba, bunyi pintu dorm pula diketuk.
Tuk... tuk...
“Eh siapa pulak yang datang dorm kita malam-malam ni? Bukak jela pintu sendiri bukan kunci pun...” Ijah mengomel sambil mengemas katilnya. Bersiap sedia untuk tidur.
“Ijah hang dengaq tak?”
“Dengaq la awat pulak tak dengaq. Pi lah bukak pintu tu. Kalau budak dorm kita mesti depa main masuk je toksah ketuk pintu. Budak dorm lain tu. Agaknya kawan hang kot Ida. Siapa tu? Ala si Manja...ha... Manja datang kot.” Teka Ijah yang sudah pun terlentang atas katil kesayangannya.
Haslida tidak membantah arahan Ijah. Mungkin betul Manja datang ke biliknya selepas habis ulangkaji. Haslida membuka pintu. Matanya memandang terus ke depan. Tak ada sesiapa. Yang nampak hanyalah bangunan dorm aspura yang tersergam indah depan bangunan dorm aspuri. Kelihatan penghuni T 201 masih belum tidur. Siap main ragbi dalam dorm. Hampeh! Komen Haslida.
“Takda siapa pun Ijah... wei jangan main-main wei.. siapa ketuk pintu tadi...” Haslida bertanya perlahan. Waktu itu, Wani, Salihan dan Fifi dah pun mengangkat kepala dari katil masing-masing. Tiba-tiba mereka pun naik seram.
Hanna sudah mahu ketawa bila tenguk gelagat Haslida yang tidak menyedari kehadiranya. Mimi dan Siti sudah mengekek. Suara kekekan mereka itu meremangkan bulu tengkuk Haslida. Haslida menyentuh tengkuknya.
Tiba-tiba Haslida rasa kain baju kurungnya ditarik dari bawah. Dengen penuh rasa debar, Haslida memandang ke bawah. Ada tiga ekor hantu sedang bertinggung. Siap buat peace. Haslida menjerit sekuat tenaganya sampai bergegar katil Dorm 202.
“AAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!”
Ash hadulallailahaillallah.. terdengar Haslida mengucap dari dalam dorm. Haslida berjalan mengundur ke belakang sambil meraung-raung dan membaca segala surah yang dihafalnya termasuklah Alif Ba Ta. Dia sudah terkencing.
“Alif..ba... ta... tsa...” Haslida membaca huruf mukaddam itu dampai habis. Seluruh ahli dorm terjaga dan mendapatkan Haslida yang sudah terlentang di tengah dorm. Haslida tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Baru sebentar tadi cerita pasal hantu jerangkung, kini tiga ekor menjelma depan mata. Wajah hantu itu hitam legam. Jari telunjuk Haslina menghala ke pintu depan. Seluruh mata tertumpu ke situ. Ijah memberanikan diri untuk menjenguk ke pintu.
Aaaaa!!!!!!!! Haslida kembali menjerit membuatkan Ijah terloncat ke belakang.
“Hang ni buat terkejut aku je Ida. Diamlah sikit biaq aku tenguk. Takda apa-apa pun kat depan. Hang menjerit sampai satu alam berputaq.” Demi mendengar bicara Ijah, Wani pula buat-buat berani menjenguk ke luar dorm. Kali ini dia pergi sampai ke kaki lima. Mencari-cari kelibat hantu yang ditakutkan Haslida. Dah macam kena rasuk Wani tenguk. Ceh padahal dada Wani pun berdebar hebat.
“Booooo!!!!” tiba-tiba bangunan aspura mengeluarkan bunyi. Rupa-rupanya seisi aspura mendengar jerita Haslida. Wani cepat-cepat menutup pintu. Dia bersandar depan pintu.
“Korang dengar tak tu?” Wani bersuara.
“Dengar. Budak aspura ejek kita...” Jawab Aimi.
“Bukan tu. Suara Warden Wahida dengan Warden Asmah. Aku rasa diorang nak datang dorm kita.” Beritahu Wani lagi. Sebagai ketua dorm, Wani rasa makin berdebar. Tiba-tiba Wani melompat ke atas katilnya yang berada di atas katil Haslida. Katil double decker.
“Aku nak buat pura-pura tidur. Lantak koranglah ye. Cakap kat warden aku tidur mati...” Ucap Wani lalu meniarapkan diri di atas katil. Rakan-rakannya terpana. Salihan memangku kepala Haslida. Badan Haslida menggigil.
“Korang aku rasa Haslida dah kena sampuk, tenguk ni dia menggigil...”
“Sampuk?!” Wani terkejut. Serta merta dia melompat turun dari katil. Lagak Wani tak ubah seperti dukun sedang menjampi serapah.
“Bu...bukan sampuklah Wani.... aku rasa Ida terkencing lagi sekali!! Yark!!!” Fifi menjerit. Salihan menolak Ida jatuh terjelepuk ke lantai.
“Tak guna punya member. Habis baju aku! Padanlah terketar-ketar rupanya tengah lawaskan kencing!” Marah Salihan.

Xxx
HANNA, Siti dan Mimi tidak dapat menahan geli hati. Mereka sudah tergolek-golek ketawa di tepi tangga. Telekung dan serkup kepala telah dibuka. Hanya kain sarung yang masih terlekat di tubuh. Sedang asyik golek-golek sambil ketawa, Hanna terlanggar sesuatu.
“Seronok ketawa? Kamu semua buat apa kat sini?” Cikgu Wahida dan Cikgu Asmah sudah  berdiri mencekak pinggang di belakangnya. ‘suara tak sedap mesti suara Cikgu Wahida’ getuh hati Hanna.
“Apa kamu bertiga buat dekat sini? Dah pukul 2 pagi... tak tidur lagi ke? Kamu tak dengar kawan kamu di Dorm 202 menjerit?” Cikgu Wahida bertanya lagi. Matanya terjegil. Lagi buruk daripada mata ikan.
“Erk...” Hanna menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Mencari idea untuk menipu.
“Kami...kami...kami solat hajat. Ha’ah solat hajat, ni telekung...” jawabnya sambil menunjukkan telekung di tangan.
“Ha’ah cikgu kami pergi solat hajat kat dorm 204. Lepas tu masa nak balik tadi Siti jatuh tergolek. Kami tengah gelakkan Siti lah ni sampai tak sedar pulak ada bunyi orang menjerit. Bunyi budak lelaki ‘Booo’ adalah. Maybe diorang pun nampak Siti tergolek...” Mimi menyambung cerita. Nasib baik cerita mereka kebetulan sekena dengan suara budak lelaki tu...
Cikgu Wahida memandang Cikgu Asmah sebelum mereka menapak semula menaiki anak tangga. Dorm 202 sudah hampir.
Gila! Siti membuat gaya mahu mencekik Mimi dan Hanna. Cepat-cepat mereka bertiga lari meninggalkan bangunan baru dan balik ke dorm masing-masing dengan ketawa yang masih bersisa...

Xxx
“AAAAAaaaaaaaaaaaaa!!!!” Satu suara nyaring menggema suasana asrama puteri. Hanna, Mimi dan Siti yang sedari tadi galak bercerita kepada Mimi tentang kejadian mereka mengusik Haslida terkejut beruk; sampai Elina tertelan biji pulasan yang sedang dimakannya. Uhuk! Uhuk! Elina batuk sambil menggapai-gapaikan tangan meminta simpati kawan-kawan. Pantas Siti memberikan bantuan dengan menepuk belakang dada Elina sekuat hati. Siti berbadan agak gempal. Ketukannya membuat Elina tersedak. Serentak biji pulasan tersembur dari mulut Elina dan tergolek-golek ke tepi katil.
“Mekasih.. uhuk..uhuk...” Sebut Elina terbatuk-batuk. Perit tekaknya akibat tertelan biji pulasan tadi.
“Suara siapa pulak yang macam kena sampuk tu? Dah pukul 3 pagi ni...” Hanna bertanya tanpa ditujukan kepada sesiapa.
“Eh jom! Aku dengar macam kat bangunan baru,” Natrah yang dari tadi bergolek atas katil mendekati empat sekawan itu. Keempat-empat mereka berpandangan sebelum semuanya bertindak drastik, keluar dari Dorm G. Mereka berlari ke bangunan baru. Mimi yang takut kena tinggal tak sempat pakai kasut sebaliknya hanya mencapai selipar dan berlari bersama.
Di Dorm 204, suasana hingar bingar. Norkumalasari sudah kerasukan. Dia mengamuk-ngamuk menayangkan gigi dan muka yang garang. Matanya merah menyala seperti baru lepas menangis. Cikgu Wahida dan Cikgu Asmah yang tadinya berada di Dorm 202 kini sudah berada di Dorm 204.
“Nor apa dah jadi dengan awak ni? Bawa mengucap... ni Cikgu Asmah ni... bawak mengucap...” Cikgu Asmah memberanikan diri memegang lengan Norkumalasari. Gadis itu meronta-ronta. Lima lagi ahli dorm itu membantu menangkap Norkumalasari. Keadaan bilik bersepah dikerjakan Norkumalasari.
“Cikgu kami dah panggil Ustaz Zawawi. Kejap lagi dia datang dengan Cikgu Bakhtiar...” Beritahu Haslina, ketua Dorm 204.  Ustaz Zawawi adalah ketua Warden Aspura manakala Cikgu Bakhtiar adalah timbalannya.
“Semua bagi ruang pada Nor ye. Jangan himpit-himpit. Haslina tutup pintu bilik awak. Saya tak mahu ahli dorm lain datang menjenguk. Nanti sesak dorm ini,” arah Cikgu Wahida pula. Demi mendengar arahan itu, Mimi, Natrah, Elina dan Siti cepat-cepat menekup mulut mereka dengan tuala yang tersidai di birai katil Haslina. Mereka mengesot sedikit ke katil double decker itu untuk mengelakkan kehadiran mereka daripada dikesan. Nor Lisa memandang Mimi. Mimi membuat isyarat diam. “Nanti aku bayar upah...” bisik Mimi.
“Siapa ni... siapa kat dalam Nor ni keluar... kenapa ganggu Nor?” Cikgu Asmah menyoal Norkumalasari. Seolah-olah dia bercakap dengan seseorang yang lain.
‘Wahhh... selama ni aku pernah dengar pasal orang histeria dan dirasuk. Kali ni betul-betul depan mata! Cayalah!’ Hanna bersorak dalam hati. Dia tak sabar melihat aksi seterusnya.
Norkumalasari terus meronta-ronta. Dia mengeluarkan dengusan yang garau. Kemudian Norkumalasari menjawab.
“Aku nak budak ni!!!” garau suara Norkumalasari tidak menggambarkan peribadi pemiliknya. Semua orang pucat lesi termasuk Cikgu Asmah yang pandai-pandai bertanya. Niatnya cuma mahu melengah-melengahkan masa sementara menunggu Ustaz Zawawi datang.
“Apa? Nak Norkumalasari? Gila apa hantu ni? Apa ada kat minah hitam legam tu? Dahla ada tahi lalat seketul kat atas hidung. Siap ada bulu dua helai... bukan cantik pun, nak buat apa? Ish ish ish... hantu gatal manalah yang terdesak ni...” Hanna mengomel depan Elina. Cepat-cepat tangan Elina menutup mulut Hanna.
“Shhh...kau ni nak kena halau ke?” Marah Elina. Suaranya berbisik.
“Tak apalah beb. Aku ni pengawas asrama. Takpe kalau aku dikesan berada di sini. Kau orang bertiga tu yang tak patut ada...” Jawab Hanna. Juga berbisik.
Elina, Mimi, Siti dan Natrah ketawa kecil.

Xxx
“WALAUPUN kami tak ada bukti nak mengatakan kamu bertiga yang mengusik Haslida dan menjadi punca Nor dirasuk malam tadi, tapi hati saya kuat mengatakan kamu bertiga ada kena mengena dalam hal ini. Hanna, kamu pengawas aspuri. Kalau betul kamu terlibat, kamu telah mengakibatkan tiga kawan kamu masuk hospital hari ini kamu tahu?”
Lembut Cikgu Asmah memarahi Hanna, Mimi dan Siti. Tiga sahabat itu menundukkan muka memandang lantai. Sampai ke sudah mereka tak mahu mengaku. ‘Yang part mengusik Haslida tu aku mengakulah aku dan kawan-kawan punya kerja. Tapi yang part Norkumalasari tu mana aku tahu sebab apa. Kalaupun Nor ternampak kelibat kami, tu bukan salah aku. Dia yang gatal tenguk tu siapa suruh? Aku nak mengusik Haslida je. Lagi satu,  macam mana pulak boleh tiga orang masuk hospital? Bukan ke aku sakat Haslida je semalam? Hish pelik... menipu ke cikgu aku ni...’ Omel Hanna.
“Lepas kami masuk dalam dorm, Haslida melompat-lompat macam kena sampuk kera. Habis merembes-rembes air kencing Haslida sampai termasuk dalam mulut Fifi. Tak fasal-fasal Fifi keracunan. Kalau kamu di tempat Fifi apa yang kamu rasa? Tak kesiankah pada mereka? Sampai jadi macam tu sekali akibat perbuatan kamu yang melampau? Nasib baik saya terserempak dengan kamu bertiga di tangga...” Kali ini Cikgu Wahida yang garang pula bersuara.
Mimi mengejek-ngejek kata-kata Cikgu Wahida tanpa mengeluarkan suara. Sememangnya Mimi benci dengan cikgu plastik itu. ‘Dahlah suka bergaya dan pakai kebaya ketat. Tak sedar diritu bulat dan hodoh. Lepas tu make up pulak setebal alam’.
“Mimi! Awak mengejek saya?” Cikgu Wahida menengking. Gulp! Mimi menelan liur.
“Mana ada cikgu. Saya tercekik tulang ayam pagi tadi. Tulang tu masih ada dalam kerongkong...” Tipu Mimi. Cikgu Asmah menggelengkan kepala. Mimi dan Hanna adalah pelajar kelasnya. Dia tahu perangai budak-budak itu yang suka menyakat orang. Dalam kelas pun selalu haru-biru dibuat mereka. Tapi, tanpa mereka, kelasnya sunyi.
“Petang nanti lepas makan malam, Jam 6.30 tunggu saya di depan dewan makan aspura. Tahu lah saya nak kerjakan kamu bertiga macam mana!” jerkah Cikgu Wahida. Mimi, Siti dan Hanna terus berlari keluar daripada bilik Cikgu Wahida dan Cikgu Asmah, merangkap warden aspuri.
“Habislah kita malu kali ni beb... macam manalah boleh terkantoi...” Mimi mengomel. Hanna hanya senyum.
“Tak apalah. Pandai buat, pandai tanggung. Aku lebih suka dia malukan or pukul kita depan pelajar aspura daripada dia masukkan rekod buruk dalam buku laporan kita kat Jabatan Hal Ehwal Pelajar.” Hanna menjawab. Siti mengangguk.
“Betul...betul.. terima jelah hakikat...” kata Siti.
“Ngek kau! Kalau Elina tenguk mesti dia mengejek kita. Malam tadi dia nyaris-nyaris merajuk bila kita cerita fasal Haslida tau. Dia bengang kita tak ajak dia...”
“Bengang tak ajak dia dalam hal ni tak apa. Sebab bukan kerja berfaedah pun... huhu”
“Ye la tapi Elina tu best friend kita... mesti la dia nak join walau pun kerja jahat,” jawab Mimi pula.
“Ala kita bukan tak biasa kena kutuk ngan Elina. Buat bodo je...” Jawab Hanna.
“Elina ok lagi ni kalau Zahiril nampak macam mana? Aduh malu!!!” Mimi menekup muka sambil menghentakkan kaki ke lantai.
“Alamak! Aku pun ada boyfriend. Mesti Malik sindir aku!” giliran Hanna pula menekup muka. Siti sengeh sebab tak ada boyfriend.
“Ayam kau tu takde perasaan. Takpe! Tapi Zahiril, Bas aku... romantik. Nanti dia kecewa... huuuu.” Mimi seperti mengeluh buat hati Hanna panassss.


            Malik dapat megagak Hanna yang jadi hantu malam tadi sehingga menggemparkan seluruh aspura akibat jeritan Haslida dan Norkumalasari. Agakan Malik itu semakin menunjukkan kenyataan apabila Hanna, Mimi dan Siti dirotan Cikgu Wahida depan dewan makan aspura petang tadi. ‘Kena tibai kat bontot pulak tu. Hai nasib badan ada girlfriend gila-gila macam tu. Cuma pelik jugak bila kawan mereka yang seorang tu tak ada sama. Siapa tu? Ala si Elina. Kan mereka selalu bertiga, macam mana pulak boleh ada si Siti ulat buku tu dengan Hanna dan Mimi. Pantas kau Hanna! Seorang lagi budak aspuri berjaya kau tauliahkan jadi jahat...’