Daily Calendar

Rabu, 24 April 2013

NOVEL - I LOVE YOU AYAM - BAB 3




NOVEL: Kenangan itu belati yang menghiris... I LOVE U AYAM!

Bab 3 _ sesi gado makwe n pakwe

“BETUL ke awak sayang kat saya?”
“Sayanglah. Kenapa pulak tak sayang?”
“Kalau sayang hari ni hari apa?”
“Rabu. Kenapa? And hari ni awak ponteng kelas dan paksa saya ponteng kelas semata-mata nak ajak temankan awak makan. Hei... kita ni budak sekolah menengah tau. Kalau kantoi susah... tahu tak?” Malik buat aksi berbisik pada Hanna. Konon-konon tak mahu bagi orang lain dengar. Padahal tak ada orang lain kat situ.
Pelisss... kenapalah dapat bofriend sengal... keji dan kejam... uhh nak nangis!
“La, kenapa pusing badan? Merajuk ke? Cepatlah bas dah datang tu. Panas ni.”
Baru Hanna tersedar yang mereka tengah tunggu bas di hadapan sekolah. Jauh sikit je daripada pagar utama sekolah. Hanna dah minta izin daripada warden asrama untuk ke bandar. Tapi Hanna tak jelaskan dengan siapa. Alasan ke bandar untuk cari keperluan majlis makan malam dan perpisahan Teacher Ros.
Dalam bas, Hanna cari tempat duduk paling belakang. Dia masih berharap Malik akan ingat pada hari jadinya. Dia juga masih berharap yang perangai buat-buat lupa Malik itu hanyalah sandiwara sahaja.
Maybe... dia nak suprisekan aku. Maybe... dia nak buat aku terkejut beruk. Maybe... dia dah suruh kawan-kawan tunggu kat bandar.... or maybe dia nak bagi hadiah besar kat aku, buat wait! Kan sekarang aku yang ajak dia keluar. Masa bila pulak dia nak plan kejutan? Argh... jangan beranganlah Hanna!
Hanna pandang kiri. Masa tu dia perasan Malik mengelamun jauh ke luar tingkap. Hanna tarik tangan Malik. Malik elak. Pantas dia pandang dan menjegil mata pada Hanna.
“Hanna. Berdosalah. Kita kan tak kahwin lagi...” Marah Malik buat Hanna terkedu.
‘Erk.. Anak siapa yang aku ikrar buat boyfriend ni? Sebelum ni kalau dia tarik tangan aku takpe pulak. Please, malunya! Malu gile! Dan waktu tu loceng bas berbunyi. Tak tahu siapa yang tekan tapi Hanna memang rasa nak ucap terima kasih pada individu itu kerana telah berjaya men’cover’ malunya. Malik pandang luar, ya, itu destinasi mereka.
“Bangun!” arah Malik. Hanna bulatkan mata.
“Cepatlah saya nak lalu. Kalau awak tak bangun dulu macam mana saya nak keluar? Kita turun kat sini. Depan tu ada KFC. Makan dekat sana pun okey kan?” Ucap Malik. Waktu tu dia dah pun berdiri di tempat duduknya. Hanna tidak membantah. Dia memberi laluan kepada Malik dan mengikut lelaki itu tanpa banyak kata.
Mungkin... dia memang jodoh yang baik. Dah ramai boyfriend aku, yang ini seorang je yang lain. Tak pandai ambil kesempatan dan bijak. Walaupun muka nampak bodoh, tapi baik sangat!
Terlalu banyak mengomel dalam hati Hanna tak sedar bila masa Malik berhenti melangkah. Tahu-tahu sahaja mukanya dah tersembam di belakang badan Malik. Hanna tersondol Malik. Bau wangian Malik menusuk hidung. Sedapnyer... dia ni mesti anak orang kaya sebab pakai minyak wangi mahal. Baru Tingkatan 5 tapi bergaya.
“Hoi! Jalan elok-eloklah!” Hanna tersengeh-sengeh sambil buat muka lima puluh sen.
Lima puluh sen...lima puluh sen...(alah yang drama Azian Erdawaty jadi Asiah tu...hihi klaka kan cerita tu).
Malik sudah memusingkan badan sambil menjegilkan mata hazelnya. Entah dari mana, perangai miang Hanna datang.
“Jangan marah ye pak cik tua. Hamba tak sengaja. Hamba nampak orang tua naik basikal tadi, tu yang hamba terlanggar pak cik!” Hanna bersuara manja. Sambil buat lagak miang yang entah apa-apa.
“Orang naik basikal pun hairan? Tak pernah nampak ke? Entah apa-apa...” Marah Malik sambil memulakan langkah. Melihat reaksi Malik yang mahu meninggalkannya, Hanna cepat-cepat memintas lelaki itu. Berdiri betul-betul depan muka Malik. Hanna dekatkan lagi mukanya. Lagi tiga inci boleh tercium.
Eh dia ni nak cium aku ke? Takkan dia nak ambil kesempatan? Muda-muda dah gatal.’ Gerutu Malik dalam hati.
“Memanglah orang tua naik basikal tu tak pelik. Yang peliknya orang tua yang dayung basikal tu perempuan, iaitu nenek. Yang tunggang basikal belakang nenek tua tu pak cik muda sikit. Kat depan basikal tu, ada dua budak perempuan duduk bersimpuh pada palang basikal. Lepas tu budak-budak tu pegang belon panas bentuk doraemon. Sambil nenek tu dayung basikal sambil nyanyi lagu Negaraku. Paham tak!”  yang lain betul, yang nyanyi lagu Negaraku tu aku tipu...
“Erk... paham... paham... kalau macam tu, memang hairanlah...” jawab Malik perlahan. Takut betul dia tengok muka garang Hanna.
He...he...he... tau pun takut. Percaya pulak kau apa yang aku cakap ye. Walaupun nampak logik tapi yang part nyanyi lagu Negaraku tu aku tipu je. Kot iya pun takut janganlah sampai akui semua. Nampak sangat plastik!
Usai bercakap begitu Hanna berjalan ke depan sedikit daripada Malik. Dia masuk ke KFC tanpa rasa bersalah.
“Hanna, nak makan apa? Order.” Malik arah macam komander Bomba. Hanna menjeling. Sakit hati dengan sikap Malik hari itu.
‘Tahulah kau tu komander kadet bomba, tapi janganlah eksyen sangat. Kat KFC pun nak jadi bomba. Entah apa-apa.’ Sememangnya sikap Malik hari-hari pun sama. Cuma Hanna je yang tak buat apa-apa. Hanna terima semua. Kenapa? Dia sendiri tidak tahu. Entah aura apa yang ada pada Malik hingga hatinya begitu mudah memaafkan lelaki itu.
Macam biasa, lepas order Hanna yang bayar. Walaupun pelik, juruwang wanita KFC berambut perang itu tak kata apa-apa. Hanna herot-herotkan mulut macam mengomelkan sesuatu.
“Kenapa? Hanna cakap apa?”
“Eh, takde apa. Saja cakap sorang-sorang. Tak boleh?”
“Selalu orang cakap sorang-sorang tu, selain orang gila ada satu spesis lain tau.”
Hm? Terkejut beruk Hanna bila dengar Malik cakap begitu.  Buntang mata Hanna meminta jawapan.
“Spesis ada saka. Hanna cakap dengan saka ye tadi?”
‘Cis... kenakan aku sampai macam tu sekali...’
Hanna terus blah tinggalkan Malik yang sedang seronok ketawakannya. Perempuan rambut perang juga ketawa. Malik tunjuk isyarat good pada perempuan itu.
Seperti biasa, Hanna biar Malik yang mengangkat dulang makanan dan berjalan ke meja. Mereka pilih satu sudut di tingkat atas. Saat itu Hanna dah sedar, memang Malik tak ingat fasal hari jadinya.
“Makanlah, tadi nak ayam gorengkan. Ada dua ketul tu. Jangan lupa jemput saka awak makan sekali...” pelawa Malik. Di hujung kata-katanya terselit ketawa kecil yang amat menyakitkan hati. Hanna pandang luar tingkap. Dia malas melayan gurau kasar Malik.
“Aik, macam tak selera je?” Malik menyoal. Tapi matanya langsung tak pandang Hanna. Dia sibuk membuka bungkusan burger.
“Makanlah, takkan marah kot. Saya bergurau sajalah. Awak ni sejak bila pulak serius? Selalu awak yang suka cakap benda-benda pelik,” Malik buat aksi gentle dengan membukakan bungkusan burger Hanna. Itulah sifat Malik yang selalu Hanna perhati dan senangi. Walaupun kata-kata Malik memedihkan hati, ditambah sikapnya yang menjengkelkan tak seperti kekasih hati, tapi Malik gentle. Malik tidak pernah sekali pun biar Hanna bawa barangan yang mereka beli hatta sebungkus plastik.
“Memang... takde selera. Awak makanlah.”
“Laa... dah tu buat apa ajak saya keluar makan? Takkan saya nak makan sorang? Dah la awak yang bayar,”
“Tau pun...”
“Apa?”
“Mana ada apa. Makan je la...” Malik sengeh. Tayang gigi yang putih melepak.
‘Mesti dia nak kata aku bercakap dengan saka lagi. Ish... menyampahnya ada boyfriend berlagak macam Malik ni. Kalau berjumpa dengan dia selalu je aku sakit hati dan bergaduh. Apalah malang nasib kau Hanna dapat boyfriend macam ni.’
“Say something please...” Malik cuba memujuk.
“Memang saya nak belanja awak pun. Hari ni hari jadi saya so saya nak buat amal jariah kat awak. Makanlah” Sambung Hanna semula.
‘Apa? Hari jadi dia? Erk...’ Malik buat muka cemberut. Segigit burger tersekat di kerongkong, seolah-olah dia baru menelan sebijik burger sekaligus. ‘Alamak macam mana aku boleh lupa...’
“Kenapa teruk sangat muka Malik tu? Nak berak ke?”
“Hehe...” Senyuman itu lagi yang Malik beri. Bergetar jiwa Hanna lebih-lebih lagi apabila tangan Malik hinggap mencubit pipi.
“Ish tadi kata berdosa...” Tepis Hanna. Sebetulnya, dia takut tergoda.
“Saya pergi tandas dulu ye awak. Nanti dah siap kita sambung sembang lagi...” Pinta Malik. Dia mahu memikirkan bicara apa untuk perbualan seterusnya dengan Hanna supaya Hanna tidak lagi teringat fasal hari jadinya.

xxx
“KENAPA awak nak couple dengan saya?” Belum sempat duduk Malik dah soal Hanna.

“Aik, sekejapnya berak? Sempat basuh ke tidak ni?”
“Eh basuhlah! Apa cakap macam tu pulak. Awak kira ke berapa masa saya ambil untuk pergi tandas?”
“Kira... saya baru je korek hidung masa awak pergi, belum sempat habis melombong awak dah datang sini... sekejap sangat...” Cerita Hanna.
Hanna goyang-goyangkan jari kelingkingnya di hadapan muka Malik. Tiba-tiba rasa nak buat perangai tak senonoh. Hanna mahu mencalit hujung jarinya je lengan Malik.
“Pengotor!” Malik menepis dan Hanna ketawa.
“Saya tipulah!” dan mereka ketawa... ada manik jernih bertakung di mata Malik.
“Okey, jawab soalan saya tadi, kenapa awak sukakan saya?” Hanna kembalikan soalan kepada Malik.
‘Hanna awak cute...saya nak sangat cakap macam tu kat awak. Tapi saya tak boleh. Saya tak nak awak terbuai dengan perasaan sendiri’
“Hanna jawab dulu soalan Mal,”
“Kenapa Mal tanya?”
“Nak tahulah pleaaaseee....” sambil pasang memek muka kucing comel. ‘Lelaki pun comel! Huh! Tolonglah jangan buat muka macam tu Malik. Aku tau kau ensem...’
“Bukan sayalah nak couple dulu. Kan awak yang offer nak isi hati saya? Lupa? Bukan awak ke yang approach saya masa kat tasik dulu? Awak tanya nama saya, ajak saya couple, selalu datang kelas saya, conteng nama awak atas buku saya?” Hanna menjawab acuh tak acuh. Dia elak pandang mata Malik. Tiba-tiba rasa macam geram nak marah. ‘Apa pasal pulak timbul topik ni? Huh...’
“Sebab awak cute. Masa kita semua rombongan ke Pesta Frola hari tu, saya saja je nak test awak dan saya tak sangka pulak awak terima,” jawab Malik bersahaja. Jawapan yang buat Hanna sentap. Sungguh sentap!
‘Macam ni punya manusia pun ada? Dahlah kau buat hati aku terbuai tanpa sebab, lepas tu kau nak kata kau main-main je? Siamang ke manusia dia ni?... ish... Habis selama ni apa? Hellooo... dah dekat setahun kita couple ala-ala tak couple ni tau, kenapa hari ni baru nak terus terang macam ni? Aduh... memang nak kena tikam mamat ni.’
“Ooo padanlah selama ni sikap awak macam ni kan? Awak tak hairan kat saya... awak asyik suruh saya belajar. Awak tak ingat birthday saya. Awak tak beli hadiah apple yang Kelab Bahasa Melayu jual tu untuk saya. Awak tak tau saya suka calour apa... awak ... awak macam-macamlah!” Hanna melenting. Malik buat muka cute lagi. Hanna makinlah sakit hati.
‘Kenapalah bila-bila pun aku pandang dia ni cute sangat? Sakit hati betul. Ni tengah marah ni.. marahhhhh!!!’
“Hanna, memanglah saya suka dekat awak. Saya suka sangat. Sehari tak nampak awak saya rasa lain tau. Saya pun tak sedar bila masa perasaan ni datang. Tahu-tahu je awak dah terpahat dalam hati saya. Tapi... saya sedar belum masanya lagi-“
“Belum masanya lagi? Masa apa? Awak merepek topik apa ni?” Belumpun Malik habis cakap, Hanna dah pintas. Marah betul dia kali ini.
“Tak... maksud saya, kita baru nak masuk tingkatan 5 Hanna. Bukan boleh kahwin pun. Hubungan ni mesti tak kan ke mana-mana.”
“Kahwin? Bila masa saya cakap saya nak kawin dengan awak? Awak tu dahlah gemuk, bulat! Mesti cepat tua. Saya pun tak nak lah ada suami yang cepat tua. Tak sesuai dengan saya yang cantik ni!” Hanna marah Malik sampai terkeluar macam-macam dari bibir merahnya. Malik senyum. Sikap comel Hanna inilah yang mencuit dan mendamaikan hatinya. Tapi...
“Kita kena belajar dulu Hanna. Kejar kerjaya yang baik. Saya rancang nak kahwin paling awal pun masa umur 29 tahun...lepas habis PHD”
‘29 tahun? Gile ke? Itu 12 tahun lagi tau... mampus nak tunggu. Kalau macam tu takpe lah. Kbai!
Hanna berjalan laju-laju tinggalkan Malik terpisat-pisat. Tak sempat nak kejar sebab makanan masih banyak di atas meja. Lagipun kata hati Malik berpesan, daripada kau kejar dia baik kau habiskan makanan ni, boleh kenyang!

Tiada ulasan: