Rabu, 24 April 2013

NOVEL I LOVE YOU AYAM! BAB 1





HANNA kepanasan menunggu kekasih hatinya yang tak sampai-sampai. Dari jauh dia lihat lelaki itu sedang menoleh kiri dan kanan sebelum melintas jalan menuju ke arahnya. Sambil menggarukan kaki yang gatal, sebelah tangan lagi memegang beg duit yang diletakkan di atas kepala sebagai cubaan menepis terik mentari yang menyengat ubun-ubun.
“AAAaaa!!!” Hanna menjerit macam hantu. Buah hatinya buat muka tak bersalah.
“Dua jam!” Hanna jerit. Senyuman itu lagi yang Malik beri. Aduhai... geram.
‘Malik lambat dua jam beb! Minta maaf pun tak, lepas tu selamba suruh aku jalan cepat. Ergh!’ Makian terbit dalam hati. Nak hambur keluar tak sampai hati sebab senyuman Malik dah tembak tepat ke tengah hati.
“Relakslah, tak cair pun make up awak tu... make up pun bukannya cantik.” Malik memerli.
“Apa??!!” Hanna jerit lagi. Kata-kata boyfriendnya kedengaran macam periuk api meledak di telinga. Pecah cuping telinga, otak, tulang, pankreas dan segala organ badan Hanna. Hatinya sakit. Malik berpusing sambil tersenyum. Seronok rasanya dapat mengusik insan tersayang. Lebih-lebih lagi bila tengok gadis kecil itu merajuk. Hanna sudah menghentakkan kaki. Seketul batu diambil.
Ini kalau kena memang sedap. Dusshh!! Batu itu dilempar tepat ke belakang badan Malik.
Malik berpaling. Dia menekup tangan di tengah kepala. Bibirnya menyebut perkataan ‘aduh’ tapi suaranya tidak keluar kerana terlalu sakit.
“Sedap?” Soal Hanna sambil membulatkan mata.
“Relakslah bukan pecah pun kepala awak tu. Kan?” Ucap Hanna lagi. Sengaja berkata begitu untuk lebih menyakitkan hati Malik, sesakit hatinya. Hanna berjalan deras sehingga merempuh lengan kanan Malik. Malik mengejar dan hampir sahaja mencekik Hanna dari belakang sebelum gadis itu tiba-tiba berpusing dan memandangnya. Cepat-cepat Malik tarik tangan ke atas sambil buat-buat meraup rambut gaya Shahrukh Khan.
“Lepas ni, saya dah tak nak mengalah dengan awak. Awak tengoklah nanti. Awak ingat awak sorang je hati kering. Hati saya pun boleh kering tahu tak!” Bentak Hanna. Malik terpinga-pinga.
Sampai di tepi perhentian bas, Malik menyuruh Hanna berhenti.
“Kenapa?” Marah Hanna.
“Ajak dating pun tak ikhlas...” Jawab Malik.
“Takde mood. Baik balik asrama sambung tidur. Lagi best.” Jawab Hanna dengan nada yang masih marah. Malik senyum.
“Eleh. Padahal kalau duduk dalam dorm tu asyik ingat kat saya je kan? Mesti pandang kipas nampak saya, pandang meja nampak saya, pandang katil nampak saya. Betul tak? Sebab tu ajak saya dating.” Perli Malik pula. Dia ni kenapa? Memang nak sakitkan hati aku ke nak bergurau je? Kasar nampak...
“Kenapa Hanna buat muka cemberut macam tu? Macam orang sembelit...” Hai kutuk aku lagi...nak kena tumbuk mamat ni. Dahi Hanna serta merta berkerut.
“Hanna janganlah marah. Tadi saya lambat keluar asrama sebab ada masalah kat aspura. Cikgu Aladdin suruh saya uruskan budak pengsan. Sebab tu lambat. Tapi saya datang juga kan? Kan? kan? jom saya belanja awak makan. Bagi sejuk sikit hati awak yang macam gunung berapi tu...” Malik tarik tangan Hanna sambil buat muka dholphin, ala... ikan lumba-lumba yang comel tu...
Hanna senyum berbunga-bunga. Sambil berjalan dipimpin Malik, sempat lagi dia berangan berlari-lari anak dalam Taman Astakona impiannya. Dalam taman itu, Maliklah Putera Tarabas yang akan menjemputnya menaiki kuda putih dengan tuksedo berbunga merah. Kemudian mereka kahwin di atas singgahsana bertatahkan emas. Di sekeliling mereka adalah rakyat jelata yang setia dan taat. Hanna bahagia. Bahagia yang tidak terkata. Tapi mimpi siangnya itu selalu diakhiri dengan sergahan kawan-kawannya Elina dan Mimi.
Sebetulnya Hanna selalu kalah dengan Malik. Eh tak, selalu mengalah dengan Malik. Dia selalu marahkan Malik, bengang dengan Malik dan rasa macam nak putus cinta dengan Malik. Tapi bila dah jumpa.. dah tenguk mata Malik yang bulat berair, yang ada sikit-sikit calour hazel tu, langsung Hanna cair. Hanna tak jadi nak marah..rasa nak cubit-cubit pipi segumpal!
“Nah!” Malik menghulur satu bungkusan berbentuk kon ke arah Hanna. Hanna membulatkan mata. Dia menjenguk isi di dalam bungkusan kon.
"Kacang rebus je?! Teruk..." Hanna mencebik.
"Yelah, habis awak ingat apa? Makanlah...saya belanja. Ikhlas!”
"Tak nak..."
"Lah, apesal pulak tak nak? Makanlah... Saya belanja ni. Awak ni kita kan student lagi. Ini je yang mampu saya beli. Ambillah... makan ye. Awak selalu kata asyik awak je belanja saya kan, so hari ni saya belanja kacang rebus. Tengok apa lagi?" Malik memujuk. Kali ini intonasinya lembut sekali.
Malik ni nak kenakan aku ke. Mana pernah dia cakap lembut macam ni. Entah-entah dia letak katak ke cengkerik ke...ish musykil.
"Tak naklah!" Tukas Hanna. Dia berpaling dan merajuk. Sebetulnya, dia was was untuk terima.
"Saya kata makan, makanlah!" Kali ni pitching Malik dah naik sedikit.
"Hanna kata tak nak, tak naklah!" Hai mencabar kesabaran betul awek aku ni.
“Makanlah Na... saya ikhlas belanja awak...” Rendah pula tone Malik. Masih try nak pujuk.
“Tak naklah! Tak faham bahasa ke awak ni...”
"Bagi sepuluh sebab!"
"Ah, Hanna bagi satu je. Hanna memang tak suka kacang rebus..."
“Itu je?”
“Itu jelah! Kenapa?”
“Mesti ada sebab lain kenapa tak suka?”
“Sebab tak sukalah. Nak cari gaduh ke...”
"Tak suka sudah" Jawab Malik selamba. Terus makan tanpa pandang ke arah Hanna lagi. Menyampah. Hanna pandang Malik dengan pandangan seribu makna.
Pelik. Macam manalah mamat ni boleh telan kacang rebus yang rasanya macam...errrkkk tu?
"Sedap giler!" Tiba-tiba Malik buat aksi menjilat jari.
"Pergh...sedap tahap gaban. Rugi tak makan" Malik buat lawak lagi. Hanna herotkan bibir. Malik ni kadang-kadang menjengkelkan. Nampak sangat berlakon. Tak jadi langsung.
"Bagi RM1,000 pun tak nak makan..."
"Amboi, jelik betul Hanna dengan kacang rebus? Kenapa?"
“Betul nak tahu sangat?”
“Betullah. Kenapa?”
"Kalau Hanna makan, Hanna rasa macam makan kentut..." EErrrkkkk!!! Apesal minah ni cakap pasal kentut... Selamba badak je pempuan ni kalau nak kata apa-apa kan...tapis sikit boleh tak?’
"Kenapa luah? Tadi kata sedap?" Malik yang tersedak terus batuk-batuk sampai meleleh air mata. Dah kau sebut kentut, apa yang sedapnya? Serta-merta aku pun loya. Marah Malik dalam hati. Hanna ketika itu sudahpun menepuk belakang badan Malik. Daripada perlahan, sampai sekuat hati.
"Hanna sakitlah! Ketuk ke tembak?" Marah Malik sambil usap belakang badannya.
"Sorry terlupa tadi. Ingatkan tengah main kompang..." Memang Hanna rasa tiba-tiba dia tengah buat latihan kompang. Selalunya setiap Jumaat malam Sabtu dia akan hadiri latihan kompang. Dah terbiasa ketuk kuat-kuat. Nak nak pulak time tengah geram macam ni. Hehehe...

xxx

Tiada ulasan: