Khamis, 19 Disember 2019

Perlawanan Muhibbah Bowling PMC-Media Pahang


Assalamualaikum. Hai semua!  Pada 18 Disember 2019 - Satu perlawanan persahabatan bowling telah diadakan di antara Hospital Pahang Medical Centre (PMC) dengan Kelab Media Pahang di Megalanes Kuantan.

Seramai 48 orang pemain telah turut serta mengambil Bahagian dalam perlawanan ini.

~Barisan pemain bergambar bersama selepas majlis penyampaian hadiah~

Pilihan PMC yang membariskan pemain-pemain daripada Agensi dan anak Syarikat MUIP iaitu Pahang Medical Centre (PMC), Klinik Al-Farabi (KAF), Pusat Kutipan Zakat Phg (PKZ), Pasaraya Darul Makmur (PDM) dan Grand Darul Makmur Hotel (GDM)

Manakala Pilihan Kelab Media Pahang pula mempertaruhkan pemain-pemain daripada The Star,  Bernama, BH/NST/Metro, RTM, TV3, Sinar Harian & UKOMP.

Perlawanan tersebut telah dirasmikan dengan balingan pertama oleh YDH Dato Sri Wan Hj. Abdul Wahid Bin Haji Wan Hasan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan  Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Dato Kamarizan Klinik al-Farabi dari team Pilihan PMC  telah memenangi perlawanan dalam kategori individu lelaki, manakala Lala mewakili Sinar Harian dr team Media Pahang tlh mengungguli Kategori individu wanita.

 ~cuba teka lala menang kategori apa ni? hahaha anugerah Pemain Paling Ayu katanya~😆
 ~Jatuhan pin terbanyak, Johan Wanita goes to me as well! hehehe~
~Jatuhan pin lelaki Johan abg Hafez dari Bernama~

The Best team pula telah menjadi milik Ucomp dr Media Pahang.

Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan PMC,  En. Mohd Sakeri Mohd Yunus berkata
acara ini sebahagian dari atucara program Jabatan Pembangunan Perniagaan PMC sebagai usaha dalam merapatkan lagi ukhwah dan hubungan antara PMC, Anak-anak syarikat MUIP bersama Pihak Media.


Tiada ulasan: