Ahad, 10 Julai 2011

herba buasir

Herba buasir call saya untuk atasi masalah ini, 017 204 5969. Macam mana saya blh baik, amacam tu lah anda pun!
Atasi masalah buasir lepas bersalin
Kebanyakan ibu selepas bersalin mengalami buasir. Hal ini dapat dikesan melalui bengkak yang terjadi pada saluran dubur. Pembengkakan yang berlaku di bahagian tersebut disebabkan oleh pengembangan saluran darah di dubur ataupun ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur.

Kebiasaannya anda berasa sakit hasil daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak. Apabila hal ini terjadi, ia menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi sukar. Selain itu, pendarahan sewaktu membuang air besar juga boleh berlaku. Ini disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.
Bagi yang mengalami buasir selepas melahirkan, masalah ini biasanya terjadi akibat daripada amalan meneran sewaktu membuang air besar yang disebabkan oleh sembelit ataupun najis keras.


Selain daripada itu, masalah cirit-birit, batuk teruk, berdiri dan duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama serta kekerapan mengangkat benda berat turut boleh menjurus kepada masalah buasir.


Boleh terjadi serentak
Dalam pada itu, terdapat dua jenis buasir yang perlu diketahui. Ia merujuk kepada buasir dalaman iaitu buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur. Lazimnya, buasir ini tidak menyebabkan sakit ataupun gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum dan tidak merbahaya. Namun, kekerapan anda meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah.

Manakala buasir luaran pula merupakan jenis penyakit buasir yang merupakan bengkak yang terjulur keluar dari bahagian dubur dan mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit, bekalan darah akan terputus dan pembekuan darah akan terjadi di dalamnya sehingga menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala sebeginilah yang mendorong anda untuk mendapatkan rawatan perubatan sewajarnya.

Fakta menarik yang perlu anda tahu ialah kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara serentak ataupun berasingan.

Tiada ulasan: