Jumaat, 29 Julai 2011

Nasihat abah...

Nasihat abah…
Hari ini aku menangis menceritakan seseorang pada abah. Nasihat yang sama seperti 11 tahun dahulu aku terima…
Abah kata, kalau kita benci sangat sangat pada seseorang tu, sehingga dah sampai tahap meluat, bacakan Al Fatihah dan niat untuk sedekahkan pada roh orang tu. Mudah mudahan Allah perlembutkan hati kita dan hati orang itu juga…
Persoalannya, bolehkah hati ini mendoakan kesejahteraan org yg kita tidak suka? Apatah lagi membacakan sekudus Al Fatihah dan menyedekahkan kepada rohnya yang busuk hati tu?
Hmmm…. Itu yg aku susah nak fikirkan…
Dulu, masa aku Tingkatan 5, masa aku masih belajar di Sekolah Menengah Teknik Temerloh, Cikgu Nazrul pernah panggil aku di perhimpunan (mungkin nak malukan aku atas perbuatan yang aku lakukan pagi tu)
Tumbuk orang… mmg aku salah tumbuk dia… tapi perbuatan aku tu bersebab. (kalau aku ceritakan dekat sini, tentu memalukan mangsa tumbuk aku tu… silap2 kalau dia dah lupakan semua ni jadi ingat balik.)
Masa tu lah abah nasihatkan aku perkara sama. Pukul orang, walaupun kita ada cara dan keupayaan, ia tak akan menghilangkan kemarahan dan kebencian kita terhadap seseorang.
Hanya sifat sabar, doa dan ayat ayat Allah sahaja yang mampu melembutkan hati… itu kata abah.. maka aku faham… Nasihat abah bermakna buatku…

Tiada ulasan: