Khamis, 3 Oktober 2019

Pemilihan PKR Ranting Semambu



NOR KHALILAH GUSTI HASSAN
KUANTAN - Pemilihan PKR Ranting Semambu bagi jawatankuasa baharu sesi 2019/2022 menyaksikan Chan Chun Kuang dilantik sebagai Ketua Ranting yang baharu menggantikan penyandang terdahulu, Lee Chean Chung.
Sementara itu Ong Tee Tock mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua PKR Ranting tersebut.
Menurut Chun Kuang, sebanyak dua usul dikemukakan dalam Pemilihan tersebut untuk diangkat ke peringkat pimpinan tertinggi.
"Dua usul dibawa, pertamanya kami harap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk undur diri dan serah pucuk pimpinan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Mei tahun depan.
"Kedua kami harap kerajaan negeri Pahang memberikan geran tanah kepada pemilik bangunan di Bandar Sungai lembing dan keutamaan kepada 31 keluarga yang merupakan mangsa kebakaran di Kampung Sungai Lembing baru baru ini," katanya.
Pemilihan diadakan Isnin lepas dengan kehadiran 20 ahli.
Bagi jawatan Setiausaha disandang olehOng See Chern; Bendahari: Chew Yok Kim; Ketua Wanita: Chan Cheng Lan manakala Ahli Jawatankuasa pula terdiri daripada Foo Yoon Kong, Yap Chee Xiong, Wong Geok Hwa, Ng Chooi Keong, Chow Kok Chew.
Difahamkan, Chean Chung tidak mempertahankan jawatan bagi memberi fokus terhadap tanggungjawab beliau di peringkat negeri dan pusat sebagai Ketua Cabang Indera Mahkota, Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang dan Bendahari Agung Pusat.
Tamat


Tiada ulasan: