KUANTAN - Lebih 300 ahli Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pahang menyertai Pesta Tanglung 2019 anjuran persatuan terbabit di perkarangan Masjid Sultan Ahmad Satu, di Kuantan, baru baru
ini.
ini.
Pengerusi MACMA Pahang, Datuk Izzudin Chong berkata objektif program bagi merapatkan hubungan ahli persatuan selain sebagai dakwah
kepada umum serta memperkenalkan budaya masyarakat Cina.
kepada umum serta memperkenalkan budaya masyarakat Cina.
Beliau menjelaskan acara itu merupakan tradisi dan budaya masyarakat cina mempunyai pelbagai pengajaran khususnya memupuk silaturrahim.
"Sebagai seorang muslim kita tidak meninggalkan budaya Cina yang kita raikan sejak nenek moyang lagi seperti Pesta Tanglung ini.
"Kita bersatu pada hari ini sebagai salah satu langkah dakwah untuk memberitahu kepada umum bahawa agama dan bangsa itu adalah dua perkara berbeza. Walaupun saya bangsa Cina tapi saya seorang Islam.
"Justeru kaum lain yang beragama Islam, masih boleh meraikan festival ini kerana ia tradisi kaum Cina bukan amalan ugama lain dan saya menyeru semua kaum saling faham memahami serta menerima budaya antara satu sama lain," katanya ketika ditemui media pada festival itu di sini, baru baru ini.
Pesta Tanglung lazimnya dirayakan pada hari ke-15 dalam bulan kelapan.
Mengikut kalender Cina secara asas pesta petani di China ketika bulan mengambang penuh pada musim luruh serentak dengan musim menuai.
Selain, perarakan tanglung turut diadakan persembahan tarian naga.
Dalam pada, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri sallehuddin Ishak berkata, kaum Melayu tidak perlu bimbang jika ada ahli keluarga yang berkahwin dengan bangsa lain kerana semua kaum di Malaysia tahu cara pergaulan dan adat masing-masing.
Beliau menyatakan perlu ada usaha berterusan dalam menjalankan dakwah tanpa mengira kaum dengan cara menghormati budaya dan juga tradisi sesebuah kaum;
" Islam sebenarnya diamalkan oleh semua kaum di dunia. Walaupun memeluk Islam tetapi tradisi kaum masih kekal iaitu cara hidup yang berbeza tetapi akidah tetap sama.
"Menjadi kewajipan kepada kita sebagai orang Islam untuk menerangkan bahawa Islam itu bukanlah hanya untuk kaum Melayu sahaja," katanya.
Tamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan