Khamis, 3 Oktober 2019

Perkasa wanita dengan Majlis Pembangunan Wanita


Shahniza bergambar bersama barisan jawatankuasa Majlis tersebut. (Gambar)


KUANTAN - Majlis Pembangunan Wanita Negeri Pahang ditubuhkan sebagai dedikasi kerajaan negeri untuk memfokuskan pembangunan wanita negeri ini secara lebih holistik.
Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, pihaknya bersama jawatankuasa yang telah dilantik akan merancakkan pelbagai aktiviti membabitkan wanita.
Sehubungan itu katanya semua NGO wanita di negeri ini diseru untuk berhubung dengan Majlis itu untuk memulakan usaha memperkasa dan memartabatkan wanita di negeri ini.
"Terima kasih kepada yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan rakan-rakan exco terutama Datuk Seri Sallehuddin Ishak yang menyokong dan membantu penubuhan Majlis ini.
"'Saya ingin semua wanita mengambil maklum mengenai kewujudan Majlis ini di mana selepas ini kita akan merancang pelbagai aktiviti berkaitan," Katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Terdahulu, beliau turut mempengerusikan Mesyuarat Pertama Mahlis tersebut di Wisma Sri Pahang, di sini, baru baru ini.
Dalam mesyuarat tersebut beliau menyampaikan surat-surat lantikan kepada Ahli-ahli Majlis yang terdiri daripada individu-individu yang dikenalpasti boleh membantu usaha memperkasa wanita di negeri ini.
Tamat

Tiada ulasan: