Khamis, 3 Oktober 2019

331 generasi kedua Felda Triang, bakal dapat geran



NOR KHALILAH GUSTI HASSAN
KUANTAN - Seramai 331 generasi kedua Felda Triang Tiga Taman Lamanda bakal menerima geran Perumahan selewat-lewatnya Oktober ini.
Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah berkata, hal ini merupakan berita gembira buat Generasi Kedua Felda tersebut setelah proses pemilikan geran itu tergantung selama lima tahun.
"Baru-baru ini kita telah melaksanakan program Bicara Warga Felda Zon Bera di atas inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Datuk Mohd Fadil Osman.
"Banyak perkara yang kita kemukakan dan beberapa isu diangkat warga Felda dan yang menjadi keutamaan adalah berkenaan geran individu pemilik atau pembeli rumah Generasi Kedua di situ. Alhamdulillah kata sepakat telah diambil dan generasi kedua bakal memiliki geran mereka sendiri tidak lama nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Sementara itu, Mohd Fadil berkata, pihaknya membuat semakan di Pejabat Tanah Bera dan mendapati dalam setiap projek perumahan pihak pejabat tanah akan menyerahkan geran sejak awal kepada pemaju.
Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab pemaju untuk menyediakan maklumat dengan mengisi borang dan menyediakan dokumentasi berkaitan, sebelum diserahkan kepada pejabat tanah untuk tujuan pindah milik atau pertukaran nama geran.
"Jadi dalam hal ini kita minta pihak pengurusan Felda di sini bertindak seperti sepatutnya dalam tempoh sebulan dari tarikh kita adakan sesi Bicara Warga Felda Zon Bera kelmarin," katanya.
Sementara itu katanya, berhubung Projek Perumahan Generasi Kedua Felda di Felda Triang Satu dan Felda Kumai, yang dihentikan, pihaknya sedang memikirkan alternatif untuk disyorkan kepada Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan peneroka Felda, terbela.
Tama t

Tiada ulasan: