Khamis, 3 Oktober 2019

PENCARIAN IKON ANAK MUDA! JOM JUMPA DS SHAHANIZA DI TAMAN TASIK MARAN MINGGU INI

Shahaniza (kanan) bersama Ahmad Taqiyuddin Hamid, pesilat dari Kg Bak-Bak Maran pernah mengharumkan nama Negeri Pahang dan Negara. Beliau memenangi pingat emas Sukan Sea yang lalu dan pernah dicalonkan sebagai Olahragawan Negeri Pahang tetapi nasib belum menyebelahi beliau.
Sumber foto: FB Ds Shahaniza


Pencarian Ikon Anak Muda Maran

KUANTAN - Lebih 50 pencalonan diterima dalam pencarian Ikon Anak Muda Maran bersempena sambutan program Gempak Orang Muda Maran yang akan diadakan di Taman Tasik Maran pada 6 Oktober ini.

ADUN Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, oleh kerana sambutan yang amat menggalakkan tersebut, beliau ingin menemui calon-calon dan akan membuat penilaian dengan cara mengikuti perkembangan calon secara lebih dekat.

"Apabila saya mengutarakan cadangan ingin mencari Ikon Anak Muda Maran, saya tidak menyangka akan mendapat sambutan yang sangat hebat. Ramai yang teruja mencalonkan individu-individu yang saya amat yakin semuanya layak diangkat sebagai ikon.

"Setelah meneliti, saya bercadang untuk bertemu sendiri dan mengikuti aktiviti-aktiviti mereka dalam tempoh beberapa bulan ini bagi memastikan Ikon yang terpilih itu nanti bakal menjadi inspirasi dan contoh terbaik kepada kita semua itu.

"Dengan itu, sempena program Gempak Anak Muda Maran, saya menjemput semua yang mencalon dan yang dicalonkan untuk hadir pada malam tersebut dengan mendaftarkan diri secara rasmi. Ini penting kerana kita memerlukan alamat,nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dan beberapa maklumat yang lain," katanya.

Perjumpaan itu katanya akan disusuli dengan  aturcara bertukar pandangan dan mendengar idea golongan muda demi kebaikan mereka.

Katanya hadir sama pada malam tersebut ialah selebriti Sharul Shiro, Zetty Mentor dan Lukman Faiz.


Tamat

Tiada ulasan: