Nor Kalilah
Gusti
Fesyen warna
kontra atau color block menyinari dunia fesyen tahun 2014. Ia merupakan
gabungan warna terang pada penampilan dan aksesori seperti warna merah jambu
dan kuning, hijau dan merah, biru dan oren serta pelbagai lagi gabungan berbeza.
Biarpun sebelum
ini fesyen warna kontra dilihat sebagai suatu yang pelik, kini tidak lagi
kerana bukan sahaja menjadi kegilaan selebriti, malahan menjadi ikutan kerana
pemilihan warna secara sesuka hati ini tidak memerlukan kita mengeluarkan
belanja yang besar.
Pada masa kini,
ramai wanita yang semakin berani mengenakan fesyen dengan warna kontra tanpa
mempedulikan lagi pandangan ortodoks mengenai perbezaan warna dalam berfesyen.
Malah,
warna-warna terang bermotifkan luar daripada kebiasaan ini sememangnya
menangkap pandangan dan memberikan aura berganda yang memberikan gambaran
bahawa si penggayanya sebagai seorang yang bijak, sofistikated, berani dan
pandai memancing tumpuan umum.
Seperti mana
corak dan rekaan pakaian, warna juga mengalami perubahan dan transformasi dari
semasa ke semasa, sesuai dengan kematangan dan kemajuan pemikiran masyarakat
masa kini. Yang sebenarnya mudah untuk menggayakan pakaian yang mempunyai warna
kontra asalkan anda tahu teknik padanan rona yang sesuai.
Aksesori yang
digunakan juga bolek menimbulkan impak blocking atau kontra. Ia tidak
semestinya pada pakaian malah jam, tas tangan, rantai leher atau gelang juga
boleh digayakan dengan warna kontra dengan rona pada pakaian asalkan tidak
terlihat padat dan berserabut.
Jangan takut
untuk melakukan percubaan kombinasi warna kerana dengan cara yang betul, ia
mampu menghasilkan kelainan pada penampilan dan personaliti diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan