Rabu, 13 Ogos 2014

H: RumahKu SyurgaKu


SH: Bagaimana cipta syurga rumah tangga

Dewasa ini, banyak perkara negatif yang seolah sudah menjadi biasa dalam masyarakat kita. Semangat perkauman, sosial negatif, hamil luar nikah dan macam-macam lagi antara yang terjadi. Sedar tak sedar, pengaruh dan wabak sosial kebaratan telah menular dan menjadi darah daging serta amalan anak-anak muda. Ia membawa kepada kehancuran generasi timur yang selama ini mendaulatkan budi pekerti serta kasih sayang.
Salah siapa? Bukankah jika unsur dasarnya baik, maka akan kuatlah sesebuah masyarakat itu? Bermula dari mana? Keluarga? Ya, institusi keluarga adalah asas paling penting dalam membentuk generasi dan masyarakat yang bersatu padu, penyayang, patriotisme dan sifar gejala sosial. Kuatnya jalinan ukhwah dan perpaduan kita bermula dari sebuah keluarga yang harmonis. Dan kekuatan sesebuah keluarga tersebut terletak kepada kekuatan seorang wanita dalam membentuk rumah tangganya.
Rumah tangga yang membentuk syurga pastinya yang mempunyai ciri-ciri keislaman yang sebenar yang boleh melahirkan kasih sayang, hormat-menghormati serta pelaksanaan ibadah yang membawa ketenangan dan ketenteraman. Bagaimana para wanita dapat membentuk rumah tangga bahagia?
Kerajaan Negeri Melaka contohnya telah memperkenalkan pelaksanaan Program RumahKu Syurgaku yang telah dilancarkan oleh Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam pada 4 Ogos 2003. Ia bagi menerapkan kepentingan mengenai penstrukturan rumah tangga. Antara program dijalankan termasuklah bengkel, seminar, ceramah motivasi kekeluargaan, dan banyak lagi dalam usaha mempertingkatkan sahsiah diri dan peribadi rakyatnya agar berusaha membentuk syurga dalam rumah tangga.
Masyarakat bersatu padu dan penuh kasih sayang bermula dari dalam rumah yang penuh kasih sayang dan perpaduan. Justeru, perkemaskan diri untuk menjadi seorang suri yang bakal membawa kebahagiaan dalam rumah tangga.

-tamat-


Tiada ulasan: