Rabu, 13 Ogos 2014

Bukan senang menjadi diri sendiri... dan jika diberikan pilihan pun tak mungkin aku memilih untuk menjadi diri aku sekarang... sebelum ini... atau selepas ini. kenapa? kerana terlalu banyak kisah duka yang tidak tertanggung...

tapi... hidup perlu diteruskan... perasaan disama ratakan. terlalu banyak yang berlaku dalam hidup aku selama 29 tahun ini. Pernah juga aku menjadi seseorang yang terlalu ingin aku jadi dan perjalanan hidup aku menjadi sedemikian, rupanya tak juga seindah yang aku sangkakan...

ha, manusia fitrahnya begitu. Kita cenderung untuk menjadi seseorang yang belum pernah kita jadi, sedangkan orang lain pula ingin menjadi seperti kita.

Pernah tak anda semua rasa, anda ada ramai kawan... ramai peminat.. dan ramai yang nak berkenalan tapi anda dapati tak seorang pun daripada mereka boleh menjadi dahan tempat anda berpaut, rimbun tempat berteduh, dan bahu untuk menangis?

tentu pernahkan. Anda hanya boleh menjadikan mereka teman ketawa dan gembira, namun sedikit masa lagi... selepas anda balik ke rumah, anda kembali menangis seorang diri.... ya... saya sedang melaluinya ketika ini.

perasaan saya penuh dengan dilema. hidup saya dikelilingi dengan cabang cabang yang berkehendakkan saya membuat keputusan. sama ada keputusan itu perlu dibuat cepat, tergesa-gesa atau dalam keadaan berhati-hati, yang pasti keputusannya harus tepat!

entahlah sahabat... di manakah anda .. siapakah anda yang sebenar.... muncullah. beri saya harapan. hulurkan saya tangan untuk digenggam. untuk merasai segenap kesakitan yang saya lalui kini. untuk mengambil sedikit kepedihan hati....

Tiada ulasan: